Nuffnang

Sunday, January 30, 2011

Hobi oh hobi....



Dulu masa kecik, cikgu selalu tanya. Apa cita-cita aku. Aku jawab la mcm jawapan budak2.
"Saya suka main bola cikgu!"
Tapi masa tu mmg aku minat gila main bola.
Samapai waktu maghrib baru balik.
Time tu aku skolah sampai ptg.
Ada kelas KAFA. Hahaha!!
Balik2 je terus sarung baju bola then main!
Kaki ayam pon xpe!
Janji sepak bola.
Punya le kebal kaki masa tu. Sampai pijak duri semalu pun x rasa.
Kalau sekarang ni, kalau pijak, mmg gerenti luka beb!


Bila besar sket, aku suka main badminton lak.
Masa tu mana ada Dato' LeeChong Wei.
Masa tu era Dato' Misbun Sidek.
Choon Tan Fook, Lee Wan Wah,
Wong Choon Han...
Tapi tak pernah main atas court.
Hahahaha!! Main depan rumah je.
Ye la, masa tu kalau aku main jauh dari rumah, sure bapak aku mengamuk.
Takut beb....


Masa aku darjah 6, start la aku main takraw.
Masa tu cikgu yang introduce kelab baru kat sekolah aku.
Then aku masuk la. Mcm best je aku tgk.
Boleh tahan gak layan game ni.
Samapi la aku wakil sekolah main takraw ni.
Masa tu aku jadi tekong (Tau tak apa benda ni?).
Ye la, aku mana reti nak melibas ni. Apit kiri n apit kanan je reti melibas


Yeah! Masa form 1 aku stat main game yang lagi pelik.
Softball namanya. Mcm baseball gak la.
Cuma ada beberapa rules n saiz padang berbeza.
Time paling siot masa pukul bola. Jadi pitcher xda masalah.
Just masa pukul tu asyik miss je. Ntah apa sial la batang pemukul tu.
Samapai masa tu coach aku suruh pukul daun je.
Hahahaha!!!




Hahaha!! Masa aku form 3, cikgu aku train aku acara 110m lari berpagar.
Punya baik aku ambik 100m sprint, dia suruh aku ambik hurdles lak...
Tapi bila train lama-lama, rasa seronok lak.
Samapai la peringkat negeri, aku dapat no 6 je beb...
ye la, ketinggian aku ni mcm budak sekolah rendah je.
Mana la nak fight dgn budak yang tinggi mcm tiang lampu tu.



Bila masuk form 4, aku addict dgn sukan X-treme lak.
Mula-mula, main skate.
Perghh!! Punya la bangang aku main game tu.
Aku try ar rollerblade lak.
layan beb main tu! Mula-mula tu main rollerblade kat shopping mall je.
Yang harga rm99 tu...



Kira mcm ni la rupa rollerblade tu mula2 aku main.
Bila lama sket dlm 3 bulan layan....aku beralih pulak ke aggressive Inline.
Tau tak??? Upgrade sket ar mcm gambar kat bawah ni.

Hahaha!! sampai sekarang la aku main game ni.
Dan tak tau sampai bila aku akan main. Maybe 1 hari nanti akan muncul pula hobi baru???
Who's know??

Hahaha!! Ni cuma sport hobby je. Ada banyak lagi hobby lain beb.
Aku rasa korang pun ada hobby tersendiri kan?
Hopefully korang enjoy dgn apa yang korang buat.
Ni la cara untuk hiburkan diri.
Cara yang sihat dan menyihatkan.

Adios!!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...