Nuffnang

Tuesday, July 26, 2011

Ibu ku seorang pembohong!!!

 Di saat ku masih kecil, aku melihat ibu berpeluh balik dari sawah..."Ibu penat?" Ibu menjawab.."Tak la, ibu belum penat lagi. Nak masak untuk ayah lepas ni.." Aku tau ibu penat, dari raut wajahnya...ibuku berbohong..






 Kemudian aku lihat adik lahir. Ibu tersenyum riang. Aku bertanya, "ibu, sakit tak lahirkan adik?"
Ibu menjawab, " Tak la, kan ibu tengah senyum ni. Hepi adik lahir tau!"
Aku tahu ibu sakit sebelum ke hospital....ibu berbohong lagi....



saat aku masuk ke sekolah, aku lihat ibu berada di luar kelas. memerhati aku belajar. Maklumlah, hari pertama....Selesai kelas, aku bertanya.."Ibu risaukan saya?"

Ibu menjawab.."Tak lah...ibu cuma tunggu ayah ambik kita. Dia lewat sikit hari ni.."
Aku tahu ibu berbohong lagi....melihat wajahnya yang sungguh risau...

Hari tu, ibu tak turun ke sawah. Aku pasti dia sedang sakit. Namun ku lihat dia gagahkan jua dirinya bangun pagi untuk menyiapkan sarapan untuk kami sekeluarga. "Mak demam?"
"Tidak nak, mak cuma nak kemas rumah hari ni. Takut orang datang.." wajahnya yang pucat menceritakan segalanya..ibuku berbohong lagi....


Hari itu aku menduduki peperiksaan awam. Aku lihat ibu di luar dewan memerhatikan aku dari jauh. Berpanas, berhujan. dia sanggup tunggu aku. selesai kertas, aku keluar mendapatkan ibu. ibu memberikan aku sebotol air untuk meghilangkan haus....."ibu nak minum?"
   "Tak perlu nak. Ibu tak haus...." seharian berpanas, berhujan, mustahil ibu tak haus....ibu ku berbohong....

Malam itu, kami makan dengan serba kekurangan. Mungkin tanaman ibu tak menjadi musin ni. Lauk ku sudah habis. Namun, aku masih lapar..."nah, ambik lah makanan ibu. Ibu dah kenyang.." kenyang? ibu belum pun menjamah makanan....kenapa ibu? ibu berbohong lagi.....





apa lagi yang ingin ibu sembunyikan...semuanya aku sudah nampak bu...
Aku tahu, ibu buat semua ini, untuk kebaikan kami.
Tanda kasih yang tulus dari hati..
Yang sentiasa mahukan yang terbaik bagi kami....
Ibu, aku sayang padamu....

16 comments:

  1. serious touching..!_! kasih ibu bawa ke syurga.

    ReplyDelete
  2. rindu kt mak. :)

    sayu nya hati ni di mlm hari.

    ReplyDelete
  3. so nice entry..tersentuh hati baca entry ni..good luck for da next entry..;)

    ReplyDelete
  4. besarnye pengorbanan n kasih syg seorg ibu kn...

    ReplyDelete
  5. Sedihhh..tapi bila saya dah jadi ibu memang macam tu la persaannya..sob..sob..tapi saya tak kerja sawahla..hua..hua..terharu lg

    ReplyDelete
  6. sgt menyayat hati entry nie...sedih..terkenang pengorbanan arwah ibu emy...T T...

    ReplyDelete
  7. Sayanglah mereka sementara masih sempat...(Bubble Haze)

    ReplyDelete
  8. kasih seorang ibu yg tiada dua nya...

    ReplyDelete
  9. jgn r ckap ibuku seorang pembohong... ibuku seorang yg suke cakap terbalik ke, ibuku suke berdalih ke, ibuku suke berhelah... ibu ni kurniaan Allah yg mulia... walaupun nak ramai baca entry kene jaga2 mcm ni. sy x suka kalo org ckap ibuku seorang pembohong walau seseorang atau penulis tidak bermaksud demikian. wassalaam

    ReplyDelete
  10. Good article! Very touching! Sy adapn ada article berkenaan emak. Review http://hiddyasri.blogspot.com/2011/05/mak-ibu-mama-umi-mummy-bonda.html

    ReplyDelete
  11. sentap betul mummy baca....ibu mummy dah tak ada...rindu ibu...kalaulah ibu ada saat ini rasanya mau mummy peluk cium ibu mohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan lalu...

    ReplyDelete
  12. bergenang air mate kin bace entry ni. wpon kin hari2 call mak kin, but still rindu nk spend time dgn dea. :( miss my ibu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...