Nuffnang

Thursday, August 4, 2011

Siapa Bubble Haze??

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia!

Dah banyak entry Bubble buat. lupa nak kenalkan diri...
Siapa Bubble ek?
Ye, salah bubble syok sangat nak menulis, sampai lupa nak kenalkan diri..

Ni la biodata Bubble yang ringkasnya:

On da way nak balik Bintulu...

 Nama empunya blog ni Mohd Asyurul Khazwan B Rafie.

Berasal dari Bintulu, Sarawak. Kota gas negara Malaysia.
Lahir tahun 1990 dan sekarang ni umur kira sendiri la ok?

Sekarang tinggal di kota Samarahan sebab belajar kat UiTM Kampus Sarawak.
Jurusan Diploma Kejuruteraan kimia.
Ni, nak promosi sket...
barang siapa yang minat bidang kejuruteraan tu, mai la masuk kos ni...kesian kat kitaorang tau. Sikit je dalam kelas (8 orang je dalam kelas ). Ni pun Lecturer kurang. Yang ramai lecturer electrical, Mechanical, dan civil je....
InsyaAllah next year akan fly ke Shah Alam ambik Degree in Chemical Engineering (Process).

Hobi oh Hobi..


Bubble ada banyak hobi..ntah la. Mungkin banyak sangat masa terluang kot.
Firstly, setiap hari bubble akan online. Macam-macam la yang Bubble cari kat internet ni. Ye la kan, sekarang ni zaman Y. Semua benda sumbat kat internet.

Lepas tu Bubble suka sukan lasak. Skateboard??? Tak la...Bubble Main Aggressive Inline A.K.A Rollerblade. Ya! i love rollerblade very much! Banyak da pertandingan join. Harap-harap dapt la wakil Malaysia. Sekali pun ok la...

X-Games Showdown Tun Jugah Kuching
Sukan ni Bubble dah main sejak form 3 sampai la sekarang. Alhamdulillah, mak dan ayah memang supportive habis! Ye la, kena seimbangkan dengan pelajaran, agama, hidup, keluarga, baru la mak ayah support. betul tak? (Haiz!! Lepas raya ni ada pertandingan sukan lasak kat Kuching. Nak tengok Bubble? Jom!)

Hobi seterusnya, Bubble suka la jugak ambik gambar..photography la kononnya. Tapi tak la serius sangat. Minat ala kadar. Kalau member ajak outing, baru la keluar kit yang dah berhabuk tu...(merancang untuk tukar ke full frame camera..boleh?)

Cita-cita:
Cita-cita pun banyak! Pertama sekali Bubble nak jadi seorang Jurutera kimia dan bekerja dengan PETRONAS. Hahaha! Kenapa?

Sebab Bubble dibesarkan dengan suasana Petronas dan jiran-jiran serta member-member Bubble ramai yang bekerja di pelantar minyak. Maka, sejak kecik lagi Bubble berminat nak ceburi bidang ni even mak ayah bubble adalah guru. Bila dapat kerja nanti, mintak-mintak la dapat kat Bintulu. Senang nak jenguk mak ayah..:)

Secondly, Bubble nak mewakili Malaysia dalam sukan lasak ni. Sekali pun tak mengapa. Asal pernah. Bubble selalu main kat Bintulu ja. Kat sana expose game ni kurang. Malah, cuma Bubble sorang je yang main menatang alah ni. Bila belajar kat Samarahan ni baru la kenal ramai member sama minat.
Then, baru la masuk banyak petandingan.

Lastly, bubble teringin nak ada perniagaan sendiri. Ye la, perniagaan adalah sesuatu yang memuaskan. Seronok berniaga tau! Walaupun kecil-kecilan, kepuasan tu tetap ada berbanding kerja makan gaji.
Lepak di KL Bersama family tersayang..:)
Kalau diberi pilihan, Bubble nak create jenama Bubble sendiri. Jenama pakaian lelaki la. Macam kasut ke, baju T-Shirt ke, Sweater ke, jacket ke...kan best ada jenama sendiri!

Kenapa berblogging??

Bagus soalan tu. Bagi Bubble, blog adalah ruang untuk menyebarkan ilmu. ilmu tu, selagi orang amalkan, selagi tu la kita dapat ganjarannya.
Melalui blog juga kita boleh kenal dengan ramai orang secara lebih dekat. Jangan tak tau, melalui gaya penulisan seseorang kita boleh gambarkan perwatakan seseorang tu secara kasar. Penulis adalah seorang yang matang? Malas? Kebudak-budakan? Suka mengkritik? Rendah diri? semuanya kita boleh tahu. terpulang kepada judgement kita kan?

Lagipun, berblogging ni satu kepuasan juga. Menulis tu lebih baik dari bercakap kosong. Sekurang-kurangnya kita berfikir sebelum menulis. Berapa ramai yang bercakap tanpa berfikir?

itu je la kot dari Bubble. Kalau skema sangat minta maaf la ye? bubble mungkin seorang yang agak lurus orangnya..hehehe...Salam dari Bubble Haze!!

23 comments:

  1. wah!!...ak suka enri kali nie...serius, cool je bce...uitm semarahan...sme dgn adek ak..haha...sory la weh...sblm nie ak sll bce jgk blog nie...ak ingat penulis die perempuan, sbb ade name "bubble"...skali laki lasak beb...men in line ag...jarang bdk msia main in line...biasa men sk8 lagi la...nywhr, cool!! =)

    ReplyDelete
  2. hehe...perempuan ek?? Lembut jugak rupanya bubble ni..:)

    ReplyDelete
  3. bubble! muda lagi,hahaaha. orite, pnggil saya kak lana pas ni,hahahaha.

    Akhirnya.. dapat juga tahu siapa tuan disebalik bubble haze ^__^

    ~~ satu je soalan lana..kalau sudi jawab, hehehe. Kenapa pilih nama Bubble Haze untuk blog? jawab ek?hik3.

    ~ Sorry..lana keja kul 10 pg td smpai 9mlm ni..tu yg lambat smpai :)

    ReplyDelete
  4. Bubble Haze?? Hehehe...sebab tu adalah nama otai yang sponsor Asyurul masa extreme games showdown kat Plaza bintulu dulu. Org gelar dia Bubble haze bladerz. Ahaks! Lembut jugak nama tu rupanya..;)

    ReplyDelete
  5. Seb bek abah x nggorat ingat pempuan.hehehe

    ReplyDelete
  6. hadusss...hehehe....Abah oh abah...

    ReplyDelete
  7. yup sokong..blogging satu kepuasan disamping menjadi hobi :)

    ReplyDelete
  8. opss...selama ni ninie ingat bubble gugurl..coz slalu visit blg pinky ninie..btw, salam persahabatan bubble..boboy rupanya..hehe :)

    ReplyDelete
  9. Thanks ya! Tak sangka gaya penulisan Bubble agak lembut rupanya..:)

    ReplyDelete
  10. memang dh agak bubble ni llki :D..heheh

    ReplyDelete
  11. GO.. itu angan- angan jadikan ianya cita cita d tambah usaha.. insallah pasti jadi kenyataan...

    Amin...

    ReplyDelete
  12. salam perkenalan Bubble...hehehe baru kenal walau dah berkali-kali masuk blog ni...

    ReplyDelete
  13. masih sangat muda nak bandingkan dengan usia kak aya ni, tp tak payah la panggil makcik aya..he he.

    ReplyDelete
  14. ehh.. ingatkan pompuan. huhu~

    ohh. budak inline rupanya. dulu aku main skate. tapi dah lama quit. huhu~

    ReplyDelete
  15. main x-game gak? gimme 5 bro! tp aku men skate jela, tu pn dh lama stop..btw kt KL nnt ko sng la nk advance dlm sukan ni, lg2 kt Shah Alam, lepak ar Skatepark Seksyen 7, comfirm lebih exposure la..btw aku student UiTM Puncak Alam, xde la jauh sgt dari Shah Alam, pe2 leh roger..hehe

    ReplyDelete
  16. Ekmal, no hal la k. nanti ada tour ke KL Bubble inform la kat blog ekmal. jgn risau, dah masuk list bubble da blog ekmal tu.

    ReplyDelete
  17. perghhh...ambik kos Kejuruteraan Kimia, tapi bnyak masa luang...terer gler habaq hang...haha..
    gud luck 4 ur dreamz k..
    1st time kunjung sini...:)

    ReplyDelete
  18. wahh..hebatnye main skateboard...
    takot la na naik skateboard tu,tak stabil je rase,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...