Nuffnang

Sunday, September 4, 2011

Seminggu berhari raya!!

Salam Aidil Fitri buat semua pembaca tegar Bubble Haze!

Macam mana raya tahun ni?? Best tak?? Ada jugak yang tak dapat beraya kan?? Kesian. Biasa la tu, dah selalu sangat kita beraya setiap tahun, kena la pulak miss raya sekali dua. Hahaha!! Standard la tu.


Bubble lak raya tahun ni rasa berebut sangat. Seminggu je cuti. Lepas cuti ni final exam lak. Hadui....
Nak beraya sangat, assingnment dengan presentation lak tunggu kat u ni. Ingat nak balik la lewat sikit ke U, tapi terpaksa pulak la balik awal....
kiut tak anak pakcik ni?? :)

Lepas ni beraya la dengan buku, laptop kesayangan, broadband(Maxis of course!).

Nak cerita pasal raya ni, yup! best sangat! Walaupun cuti seminggu je, 3 hari je kat kampung, tapi feel tu rasa lain. Rasa kembali ke zaman budak2 dah. Kerja bubble, jadi photographer sepenuh masa sepanjang cuti raya ni. Banyak la jugak gambar Bubble ambik memandangkan saudara mara yang kecik2 ni ramai, maka lensa Bubble yang dah berhabuk ni kembali berkilat.

Ni pun kiut kan?? Anak kacukan memang kiut..:)


Hari ni Bubble dah sampai di UiTM kota Samarahan dan kembali bikak buku mathematics dan kimia. Memandangkan dua subjek tu kena test dan presentation minggu ni, maka bubble kena la lupakan hasrat beraya ke rumah member di Kuching.

Lagi seminggu nak final nih....korang doakan kejayaan Bubble ye??

Next post, Bubble akan kembali bercerita tentang kisah seorang profesor dengan pendayung sampan. Nak dengar?? Tggu next post!! :)

5 comments:

  1. berayer2x jugak...huhu...gud Luck final exam nanti...(^___^)

    ReplyDelete
  2. Mana gambar Raya dgn Baju Raya?? Gud Luck FINAL..Tu yg tentukan masa depan..

    ReplyDelete
  3. selamat kembali ke U dan InsyaAllah, dengan adanya usaha pasti berjaya

    ReplyDelete
  4. raye sebulan..hehe
    dah2 pikir pasal raya...exam memnanti lak...XD

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...