Nuffnang

Wednesday, November 9, 2011

Cinta jarak jauh...susahnya...

Apa kabar semua pembaca? Bubble harap semuanya sihat.

Bila Bubble perhatikan pembaca blog ni ramai dari golongan remaja. So, Bubble nak buat satu entry yang remaja suka sangat! Iaitu CINTA....
Bagi yang dah berumah tangga, hopefully dapat berkongsi pendapat di ruang komen ye?? :)

Hari ni Bubble nak minta pendapat korang tentang cinta jarak jauh.....Yup! Cinta jarak jauh.
Ni cuma pandangan peribadi Bubble la ek? Kalau salah minta dibetulkan...



Apa perasaan korang semua bila pasangan kita jauh? Isteri jauh...suami jauh...tunang jauh....kekasih jauh....
Banyak sangat halangan....nak jumpa pun payah....kalau si dia merajuk, susah gila nak pujuk sebab jauh..
Daripada survey yang bubble dapat, bayak masalah yang ramai hadapi bila pasangan jauh.

Kepercayaan
"Susah la beb...dia tu jauh. Susah aku nak percaya"
Ni la benda paling susah nak diberi dalam sesuatu hubungan. Even bapak pun susah nak percaya anak. Ni kan pula hubungan jarak jauh macam ni...tapi mahu atau tidak, tak ada pilihan lain selain percayakan pasangan. Apa yang kita boleh buat? Maka, kita pun kena setia kalau mahu pasanagn kekal setia.
Memang betul, kita tak mampu nak bagi sepenuhnya kepercayaan kepada si dia. Pasti akan timbul rasa curiga juga. Tapi sekurang-kurangnya kita percayakan si dia tak curang dan kita juga tak berlaku curang. 
Kalaulah masih juga tak percaya??

Cuba cermin balik diri kita. Atau pasanagan kita. Apa ynag membuatkan kita tak percaya sangat? Bagi bubble ada dua je kemungkinan. 

Kesilapan diri kita

Sebelum menyalahkan orang lain, sila telitikan diri kita. Mungkin banyak kesilapan yang kita lakukan kat pasangan kita. Contohnya, kita yang gi mesej dengan betina lain sampai keluar semua ayat2 manis lepas tu kita risau pasangan kita akan buat perkara yang sama. Apa yang berlaku sebenarnya? Ya! kita takutkan bayang-bayang sendiri! Lepas tu, mula la drama mengongkong sehingga rimas dan lepas. lalu penghujungnya putus tanpa notis. Hahaha!!
persoalannya, sejauh mana kita berlaku jujur terhadap pasangan kita? Kita tak bagi pun hak si dia. Si dia berhak tau hal sebenarnya. Dah la curang, menipu la pulak....lagi mau salahkan si dia? Orang kat sana setia separuh nyawa. Kat sini kita dok berbunga-bunga layan orang lain. So, nak ketegorikan orang jenis apa ni?

"Ala, relaks la beb..tak kawen lagi pun...aku berhak memilih.."

Betul ke? Ye, memang betul berhak memilih. Kalau da tau diri tu tak mampu untuk setia, masih nak memilih, saham lagi tinggi, jangan sesekali tabur janji kat anak orang. Maklumlah...bila bercinta ni rata-rata manis mulut nak berbicara. Tabur janji setinggi langit. Impian menggunung tinggi. Kata nak setia sampai akhir hayat. Tapi, kesudahannya?? Sendiri mau ingat aaaa.....

Silap si dia..

Kalaulah kita yang setia....semuanya kita da buat. Tapi si dia lak buat hal...apa yang kita boleh buat? Orang yang macam ni sememangnya tak akan setia kalau kita jauh. Bila ada je peluang, pasti dia rembat. So, cari la yang lebih sesuai. 

Apa yang istimewanya bila cinta jarak jauh?

Yes! Bubble lagi suka cinta jarak jauh ni. Tapi nak dapatkan seseorang yang mampu beri komitmen yang tinggi dalam hubungan sebegini memang susah. Cinta jarak jauh ni dapat hindarkan kita dari buat benda-benda tak elok. Usung anak dara orang hari-hari. Orang kiri kanan tengok malu ler beb....kalau jauh ni, lagi free. free dari fitnah, free dari dosa, free dari syaitan...kalau selalu je dekat nanti orang cakap seri pengantin hilang...hehehehe....

Lagi satu, kalau yang boleh bertahan dengan hubungan cinta jarak jauh ni, Bubble berani confirm dia tak banyak kerenah. Dia pandai nak uruskan hubungan, cukup matang dalam membuat keputusan dan bijak mengawal emosi. Ei, korang boleh jamin ke cinta dekat-dekat tu bahagia?

Bila jauh, tu la cabarannya. Kesetiaan yang perlu diberi perhatian dan cara memberi perhatian kepada si dia cukup berbeza. Apa ciri-ciri orang yang mampu bercinta jarak jauh ni? Nanti kita bincangkan kat next post ek? 

semoga korang bahagia bersama orang yang tersayang..peace yo!!!

13 comments:

  1. pendapat eyda plak...xkisah pun mne2..yg pntg keprecayaan 2 ad n setia antara satu sme lain..

    seriusly..eyda suke cinta jarak jauh..sbb..klu dekat..slalu jumpe..xde pun wujudnye rindu..tp skrng..eyda bercinta jarak dekat..tp jrng gk jumpe..sbb msing2 busy kn..

    kesimpulannye..depends pde dri sndri..=)

    ReplyDelete
  2. huuurmm pendapat saya :) yang penting 5K
    kejujuran
    keikhalasan
    kepercayaan
    keredhaanNYA
    jugak kesetiaan.

    saya juga suka PJJ nie..percintaan jarak jauh..

    stju apa yg eyda Dania ckp..klu dkt..slalu jumpa..klu jauh..ta jumpa2..hahaha..

    nak buat jugak la kesimpulan..jauh n dekat bukan ukuran.. yg penting 5K..

    ReplyDelete
  3. ninie dgn si dia bercinta jarak jauh..
    alhamdulillah, setakat ni dah 2 tahun kitorang bersama..
    semuanya terpulang pada individu tu sendiri
    sama ada nak pilih untuk berlaku setia atau pun curang..

    juz pegang 1 prinsip, hargai org yg menyayangi kita..tu je (n_n)

    ReplyDelete
  4. hehe.. Pieka tak la bpengalaman.. jauh lagi nak jd dato fadhilah kamsah.. tp pieka nk juga bg pandangan tak bertauliah.. :)

    macam eyda jugak.. pieka suka cinta jarak jauh.. sbb dpt create rasa rindu.. mcm kumpul rindu.. sekali bila jumpa moment tu trasa betul2 dihargai.. :) plus, masa bjauhan ni la blh renung balik diri.. perbaiki mana yg boleh.. untuk kebaikan berdua.. :D

    tapi.. mmg susah.. kunci hubungan jarak jauh ni.. kesetiaan dann kepercayaan.. and alhamdulillah.. Pieka da nak dkat 4 tahun dah hubungan jarak jauh ni.. stakat ni.. lancar.. hope tuan rumah pun camtu..

    ReplyDelete
  5. risiko tinggi., jarang dengar ada yg kekal lama bila bercinta jarak jauh ni..

    ReplyDelete
  6. cinta jarak jauh lebih baik :) kalau selalu sangat jumpa..sebab dekat sgt..nnt cepat bosan.. lagi pun cinta jarak jauh leh jauhkan kte dr buat prkre2 yg tak baik :D

    ReplyDelete
  7. If you love someone more then anything, then distance only matters to the mind, not to the heart.

    ReplyDelete
  8. sy n die adlh pjj..pncinta jarak jauh..dah kapel 10 yrs n berjauh slme 5,6 thn maybe..tp xjauh mne pon.die di srwk, sy di prk..yg penting percaya, jujur, setia..juga redha..sama mcm pricess laloli gtau tu =)

    ReplyDelete
  9. hui xrela cinta jarak jauh..cukuplah terpisah dulu sampai 3tahun :P xrela dah~~

    ReplyDelete
  10. dulu aku xpercaya dgn PJJ...
    kalaw boleh aku nk bf aku ada depan mata...
    layan kerenah aku hari2...
    kol aku tiap2 malam...mesej beratus2...

    tp bila aku alami sendiri PJJ ni aku rasa seronok...
    mmg kdg2 sedih sbb rindu ke ape ke kan...
    lg kalaw gaduh, mmg sentap la...
    ko nk marah tp orgnya jauh...terpaksa pendam sorg2...

    Alhamdulillah...
    da nk dekat 3 tahun...
    dari awal aku n bf aku kwn mmg kami jrk jauh...
    aku terengganu dyer johor...
    aku study, dye keje...
    camne nk jumpa kan?

    sekrg lagi jauh...
    da setahun aku kt UK..
    n Alhamdulillah, kekal lagi...

    pandai2 la didik hati utk sabar...
    n percaya pada jodoh...
    kalaw betul dyer jodoh kite, jauh mana pon akan bersatu jgk...hehehe...
    InsyaALLAH...

    ReplyDelete
  11. "percintaan jarak jauh a.k.a PJJ"
    mmg sesuatu yang menyakitkan.. dan menyeksakan..
    bagi yang mula2 merasainye..
    actually,its good for both bcos dri situ kita boleh tahu mcm mne psgn kita @ diri sendry.. dari segi kprcayaan dan kesetiaan..
    sbnrnye.. pjj nie byk mmbntu satu sme lain bagi megnal pasti adkh pilihn yg kita buat terbaik utk diri kita @ x.. kalau dpt berthn.. thats meant die mmg lah yg trbaik untuk kita,, hihihi
    thats all..^_^

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum bubble...cinta jarak jauh..rsnya ok kot as long as pasangan tersebut pandai jaga diri..kesetiaan tu penting...xkisah lah kat sana nak berkawan dengan sesiapa oun selagi ade kesetiaan dan kejujuran,everything will be ok..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...