Nuffnang

Monday, April 9, 2012

Frust putus cinta...cinta Oh Cinta...

Hari ni antara topik hangat yang selalu jadi bahan bualan remaja adalah pasal cinta. Yup! Cinta pada zaman remaja tu biasa dah. Lagi sekarang darjah 6 dah pandai dating!!!

Bila dah putus cinta, apa cita beb??? Terus je frust menonggeng. Ada sampai nak bunuh diri jugak! Nak terjun banggunan la, makan pil tidur la, minum clorox la....macam-macam....



Orang cakap nak buktikan cinta sejati yang tak berbelah bahagi. Macam tu ke??

So, kat sini nak share sikit sebanyak tips-tips untuk peringatan kita sendiri...

Bila putus cinta tu, bukanlah perkara yang besar sangat pun sebanarnya. Cuma kita terlalu bagi peluang kepada hati kita untuk bertapaknya cinta di dalamnya. Hati yang terlalu mencintai sampai membabi-buta tu dah tahap salah dah! Lain la kalau cinta kepada Allah. Apa pun yang kita cintai, jangan sampai memakan diri tau! Sebab, kita hidup kat dunia ni bukan hanya nak bercinta! Otak kena rasional beb! Bukan jadi pak turut untuk hati je. Ingat, hati tu raja, otak tu penasihat, anggota badan tu tentera.

First tip ialah sibukkan diri.

Kalau dir dah sibuk, otak akan fokus kepada kerja yang kita buat dan lupa dengan masalah. Ye, kadang-kadang bila dah tak ada kerja yang kita buat, memang akan teringat jugak. Tapi, bagilah masa untuk hati tu. Jangan terlalu ikut hati yang tengah tak betul tu.

Kedua, bercinta dengan hobi.

Tricknya, gunakan hobi kita sebagai medium. Kalau aku la kan, aku minat main game. So, hari ni aku main game online dan menang banyak kali. Ini akan menggantikan memori indah yang kita lalui bersama si dia dan secara tak langsung, kita akan sibuk dengan dengan hobi kita. Memang, kita tak akan dapat lupakan semuanya. So, kita perlukan tips yang lain kan? Follow step by step k Tipas ni gunakan dalam beberapa minggu.

Ketiga, cari pengganti baru.

Maybe cara ni agak bodoh kalau ikutkan konsop hubungan. Tapi percayalah, carilah yang baru. Nak cari yang baru lak ada caranya lagi. Kita hidup ni kawan ramai. So, rasanya tak ada masalah nak cari baru.

"Gila la! Mana boleh aku luipakan dia! Kau nak pengganti dia jadi tempat persinggahan je ke?"
Bagus soalan tu! Jadi persinggahan je? Ingat betul2. Orang yang sayangkan kita akan berada bersama kita dalam keadaan apa pun kita. Dia akan terima kita seadanya.Carilah yang baru. Jangan terburu-buru k? Ada orang samapai 10 tahun baru dapat cari yang baru.

Tips yang terakhir,
Berdoalah. Ingat, orang yang buat perkara bodoh kalau frust tu maknanya hati kosong. Hati tak ada ruang dah untuk agama. Orang yang macam ni akan mengikut nafsu je. Cuba renung balik hubungan yang putus tu. Ada tak sifat keagamaan dalamnya? Cinta tanpa restu pemilik cinta akan rapuh. So, tak hairan lah kalau hubungan tu hancur.

Conclusion, ingatlah, jodoh tu rahsia Allah. Kita cuma boleh merancang je. Apa pun yang kita buat, ingatlah pemilik cinta sebenar. Letakkan agama dalam hubungan kita. Jangan kita terlalu ikut nafsu dalam hubungan kita. Be smart dude!

P/s: Sumbangan Nik Samudera. Thanks for the tips dude!!! (Bubble dah nak Khawin?? Hahahaha!! Amin!!)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...