Nuffnang

Saturday, April 28, 2012

Solatlah...sedih dan menyedihkan....

       Hari ni Bubble macam biasa la main rollerblade petang-petang dengan member. Hari ni special sikit. Sebab ada ramai budak sekolah tengok. Maklum la, hari sabtu kan. Hahaha!! Lepas main, solat maghrib kat masjid kami nak tengok kawasan perumahan budak-budak sekolah ni. Bila sampai je, memang terkejut giler. Kawasan persekitaran memang teruk dengan budak-budak rempit yang jauh hebat dari Valentino Rossi!


     Korang bayangkan je la kereta kat depan tu punya dekat diaorang boleh overtake lagi kitaorang. Dah la jalan berlubang macam jalan ladang! Nak kasi kaw lagi, helmet tak pakai! Keras giler kepala diaorang ni.

     Bubble tertanya-tanya, macam mana kalau anak dibesarkan di kawasan ni? Lagi menyedihkan, bubble nak solat isyak kat sebuah surau kat tempat ni. Cari punya cari, mak aih!! Kat celah-celah banggunan antara flat dengan Church rupanya. Adui....lagi tambah sedih, makmum kat dalam tu tak sampai pun 10 orang!!!

     Mana pergi orang Islam ramai-ramai kat tempat tu? Ok, tak payah la cerita kat tempat kecik macam tu. Cuba korang bayangkan kat tempat korang. Sebuah Masjid yang penuh dengan jemaah masa solat Jumaat. Nak tau kedudukan solat kita?? Dimana kekuatan kita untuk terus berada dalam saf untuk solat subuh, zohor, asar maghrib dan isyak??

   Sebab tu masa Rasulullah SAW nak wafat, ada 3 perkara yang ditekankan. Umatnya, Masjid dan Perempuan. Pada akhir zaman, manusia akan berlumba-lumba untuk mencipta masjid dan menghiasnya seperti Istana. Tetapi jemaahnya sangat kurang. Ingat, Yahudi takut dengan pemuda Islam yang turun untuk Solat Subuh berjemaah. Ni yang selalu Ustaz Bubble pesan. Berbalik pada kes kat atas tadi, Alhamdulillah budak-budak yang bubble lawt ni ada kemahuan nak dekati agama. Sekarang Umat Islam hanya pada nama. Nama je Ali bin ehem2. Nama macam nama para Sahabat. Macam para Syuhada! Tapi amalan sangat menyedihkan. Nama macam nama Isteri Rasulullah SAW, macam nama besar dalam lipatan sejarah. Macam nama bidadari syurga. Tapi ketaatan kapada Allah tak sesempurna nama yang indah.

    Bubble pun bukanlah nak tunjuk pandai. Cuma berpesan sesama kita kan? Tanda kita caring! :D
Tak rugi kita share pendapat macam ni. Bukan untuk orang lain, untuk generasi kita yang akan datang jugak kan??

Share the love...spred the words...Musleem awake!

2 comments:

  1. kadang kdang umat islam sndiri yg merendahkan martabat agama sndiri :) fast developed religion katanya, tpi sedih tgk zmn skarang

    ReplyDelete
  2. yeah...setuju dgn komen MIALIA :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...