Nuffnang

Thursday, April 19, 2012

Sanjungan Kita

Salam Jumaat buat semua pembaca Bubble Haze!

Hari ni Bubble bukak twitter. Lama dah tak jenguk twitter. Rindu lak rasa. Tak la ramai follower pun. Sekadar member-member rapat je. Apa yang Bubble tengok, artis sekarang disanjung seperti tuhan. Agak keterlaluan jugak bubble tengok. Bukanlah pandangan berat sebelah, tapi ni la kenyataan.



Bubble bukanlah seorang yang ada background belajar agama secara total. Tapi ye la, Bubble seorang beragama Islam. Itu je...

Bila tengok page artis, ada peminat yang terlalu fanatik sampai menyembah si artis. Bubble tak cakap di dalam negara, tapi di luar. Macam mana pemikiran meraka? Ya, minat sekadar minat tu tak la salah tapi yangan melampaui batas.

Allah menjadikan manusia tu kinat kepada hiburan dan tugas artis menghiburkan kita. Bila kita kaji balik situasi itu, darjat kita sebagai penonton jauh lebih tinggi berbanding artis. Kerana, artis dibayar untuk mneghiburkan peminat dan artis bergantung kepada peminat!

Tapi Allah menjadikan kita bukan untuk berhibur semata-mata. Itulah hakikatnya. Hiburan tu cuma sampingan malah Allah menjanjikan hiburan paling hebat di Akhirat kelak. Percaya tak?

Sempena hari Jumaat ni, Bubble nak bawak 1 cerita tentang seorang lelaki buta. Dulu dia seorang yang terkenal. Dia seorang penghibur dan disanjungi oleh peminat-peminatnya. Sehingga pada suatu hari dia dimarah oleh peminatnya kerana tidak dapat turun membuat konsert kerana sakit mata.

Oleh kerana peminat terlalu marah, ada yang datang menyerangnya dan mencucuk matanya dengan pisau lipat. Dan kini dirinya jauh lebih rendah martabatnya dari manusia biasa. Baru dia sedar kehidupan seorang artis bukanlah impiannya. Dirinya selalu dikunci peminat. Kehidupannya tidak ada yang peribadi. Semuanya dikongsi dengan peminat. Setelah buta barulah dia terasa bebas. Begitu mahal harga satu kebebasan baginya. Sehingga perlu dibayar dengan matanya....

Salam Jumaat....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...