Nuffnang

Tuesday, July 23, 2013

Nilai Iman Kita

Assalamualaikum buat pembaca semua,

Hari ini sengaja nak ceramah sikit pasal iman. Adui, beb. Benda ni kat sekolah rendah lagi gua dengar. Sound la cerita lain la. Orait, aku kasi nafas baru sikit ceramah kali ni. Try compare iman kita ni dengan orang yang baru masuk Islam. Ok  tak? Hmmm..masa aku duduk dalam halaqah satu masa dulu, aku ada dengar member aku ni cerita life dia masa kat UK dulu. Time tu dia tudy lagi kat sana. Dia cakap mat salleh ni kalau masuk Islam, jihad diaorang memang superb! Samapi sanggup turun street nak edarkan flyer pasal Islam, ikut gerakan kemanusiaan, ikut program keagamaan. Memmang respect bila dengar. Tapi bila compare dengan life kita kat Malaysia ni, tak jauh beza beb. 
     Kat negara kita ni aku jumpa ramai yang convert jadi muslim ibadah mereka sangat hebat. Malah, tidak segan bertanya ustaz tentang kemusykilan agama. Kadang-kadang mereka tanya aku "Kalau subuh, kita memang disunatkan solat sorang-sorang ke?" Adui, malu aku nak jawab beb. Cuba kita try selidik di mana silap kita...

     Bayangkan kalau kita melanggan sebuah kereta sewa. Cuba perhatikan kereta itu dengan kereta milik kita. Sure jauh beza. Kereta sewa biasanya dah buruk, banyak rosak, minyak gerenti kosong! Sebab apa? Kita bayar sejam je. Lepas pakai lantak la. Bukan kereta kita pun. Kan????
       Kalau kereta kita sendiri? Biarpun kereta secondhand, murah, 660cc je pun...gerenti kita kasi kilat, hari-hari check minyak, enjin ok ke tak, audio sistem macam mana, kalau pecah sikit bunyi, tukar baru beb! Sayang giler! Bini nombor 2 la katakan. Tapi kenapa kita sayang sangat kereta kita tu berbanding kereta sewa? Yes! Sebab kereta kita ni diperolehi dari usaha kita. Titik peluh kita, susah payah kita, wang kita dan tenaga kerja kita!
          Begitu juga dengan iman kita. Kualiti iman yang ada pada para mualaf sangat tinggi kerana mereka memperolehinya dengan air mata, hati yang kental, dan mungkin dengan darah mereka. Kita pula, lahir-lahir dah Islam. Alhadulillah! Cuma kita kurang penghargaan terhadap nikmat terbesar ini. Tidak hairan kalau ramai yang tak solat, tak puasa, tak membayar zakat, tak menutup aurat, tak jaga mulut, dan kurang ajar dalam masyarakat. Kuantiti kita ramai. Sangat ramai! Tapi kualiti kita jauh offside dari ajaran Islam. 
           Islam ni bukan untuk para Ustaz je. Islam ni untuk kita yang bergelar manusia. Kita khalifah. Kita ada banyak tanggungjawab kat dunia ni. Apa nak jawab kat depan Allah kelak kalau ditanya tentang amalan kita? Nak ke Rasulullah SAW mengaku kita ni umat baginda kalau satu pun ajaran Rasulullah SAW kitatak buat? Di mana nilai iman kita? Tepuk dada, tanya iman..:D 

2 comments:

  1. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi wwwasianbet77com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...