Nuffnang

Monday, January 20, 2014

DSLR dan aku

Lepas tamat spm, dlm tahun 2009, ramai yg beli dslr dan bergaya dgn gadget tu. Paling popular model canon 1000D. Which masa tu kira mampu milik la. Aku pun bercita cita nk beli satu jugak. Cuma harga agak mahal. Bayangkan, rm6000 satu. Mana nak cari duit? Banyak tu....
Then, ada member cakap harga dslr dah turun. Memandangkan nikon keluarkan model d3000 dlm harga rm3000. Maka semakin ramai yg mampu beli. Lepas tu sony pulak pecahkan market dgn a100 dgn harga rm1899. Golongan yg memiliki dslr pun semakin bertambah. Aku pun tak terlepas dgn fenomena ni dan bercita cita nak beli satu. Tambahan ramai kawan yg beli dan ambik gambar org nikah dan dapat payment yg kaw2....gambar lak hasilnya mmg jauh beza dgn compact kamera.
Aku pun check2 kat rumah ada kamera compact family yang agak lamak jugak dah tak dipakai, aku guna nak belajar ambik gambar jugak. Ahhh...mmg jauh bezanya. Tapi aku tetap nak cuba hasilkan gambar mcm member buat. Lepas beberapa minggu, aku ikut kawan outing. Mereka guna dslr, aku dgn compact kamera tu kena gelak.
Tak apa...sabar je la...rezeki belum ada...lepas stpm, aku jadi guru sandaran sementara tggu masuk universiti. Then bila keliar gaji, aku kumpul sikit2 utk beli dslr. Alhamdulillah aku berjaya beli satu. Yg paling murah di pasaran masa tu. Sony a290 dgn kitlens 18-55mm. Dgn terujanya aku ambik apa sahaja yang ada depan mata. Hahaha!!
Then sony ada buat workshop, aku ikut je la. Sebab free...hehehe...then dari situ aku jumpa ramai kawan baru yang sama baru beli kamera. Ooohh...banyak yang aku tak tau rupanya....
Balik je aku bukak youtube dan beberapa website untuk belajar fotografi. Jumpa majalah fotografi aku beli buat references...
Lepas beberapa bulan, kelab fotografi kat bintulu ni ada organize outing. Aku pun ikut la. Pergh!! Macam-macam pulak aku tgk. Ada yg lens pendek gila, panjang mcm lemang, yang besar....kamera lak mau 3 kali ganda besar kamera aku. Belum cerita lagi pasal flash, softbox, monopod....lepas outing diaorg post kat fb gambar yg dah diambil. Pergh...aku makin segan nak tunjuk gambar aku. Jauh bezanya. Ternyata aku masih noob sangat!!!
Lepas beberapa bulan menunggu, aku dpt la tawaran masuk ke uitm. Bila kat sana aku kenal dgn beberapa org student art n design. Diaorg ni ada yg ambik fotografi dan deaigning. Jadi, mmg kaw2 la pasal editing, shoot n lighting. Dari situ aku belajar dan terus belajar dari mereka. Portrait, landscape, wedding, fashion shooting, commercial shoot n editing, photoshop advance dan banyak lagi.
Aku mula confident untuk ambik upah jadi jurufoto perkahwinan dgn skill dan gear aku yg ntah apa2...dgn bayaran yg masa tu bagi aku mmg tinggi rm200 shoot n burn. Sepanjang event tu aku mmg penat sgt...balik rumah terus tido...esoknya badan da stat kebas. Ohh..kerja aku belum selesai nampaknya..aku kena edit gambar ni satu demi satu utk pastikan kualiti gambar memuaskan. Bila softcopy diberi, pengantin komplen lak ada gmbar yg perlu diedit lagi. Aku edit la lagi...selesai edit aku bagi lagi kat diaorang. Hampir sebulan lebih aku edit gambar yg beribu ribu tu. Dan upah aku hanya rm200....tak apa. Ini pengalaman pertama aku. Aku ikut member shoot org nikah, bersanding dan outdoor. Bila aku naikkan charge ke rm400, stat da org komplen.."eleh...gambar tak cantik nak charge sampai rm400 ke?". Aku turunkan balik ke price asal. Mmg sedih beb. Ye la, aku ni slow skit nak belajar benda art ni. Tambahan member lain yg dah lama ada kamera pun banyak komen gambar aku sgt teruk. Tak ada seni langsung. Tahun demi tahun, aku makin mahir shoot wedding. Kalau dulu aku shoot, kena pakai format raw. Sebab sure banyak yg tak jadi. Boleh la edit. Tapi sekarang aku konfiden nak shoot dlm jpeg. Lepas shoot terus print. Unless kalau yg nak mintak diedit, aku akan edit dulu. Tapi basically banyk gambar yg dah tak perlu diedit pun dah ok.
Now...org sanggup bayar utk shoot n burn rm900 ke rm1500. Bergantung pada majlis. Aku pun makin yakin dgn kebolehan aku dan terus belajar untuk bersaing dalam bidang ni. Bila aku luhat balik gambar dulu dan sekarang, mmg jauh bezanya. Aku semakin paham apa yg ada dlm bidang ni. Dan yang aku hampir terlupa, di mana manusia yg hebat dulu? Yang punya kamera lebih canggih berbanding aku. Yg ada lens lebih mahal dari kereta kencil aku ni? Dulu mereka lah yg mematahkan semagat aku utk terus belajar dlm bidang ni. Hebat gambar aku dikutuk 1 ketika dulu mengolahkan kembali gambar aku kini. Dimana mereka sekarang? Apa masih lagi menembak? Atau sudah berdebu kamera? Atau sudah dijual? Biarlah...yg pasti, aku tidak akan berhenti belajar dan memajukan diri. Kini nilai gambar yang aku hasilkan mampu menutup mulut mereka yang dahulunya melihat aku sebagai seorg yang tidak layak dibayar untuk mengambil gambar. Namun ianya tidak berhenti di sini...aku akan terus belajar...inshaAllah...


1 comment:

  1. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi wwwasianbet77com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...