Nuffnang

Monday, February 14, 2011

Dasar Lelaki!!!

Salam semua.
Post kali ni simple saja...xda apa sgt nak tulis. Lagipun tgh rush nak siapkan assignment..
Minggu ni maybe minggu masalah kot. Banyak je masalah dtg.
Tengah best2 tgk member main dota, dtg la 1 msg kat phone aku ni mengadu putus cinta...adui...
biasa la, bila pts cinta ni emosi je lebih. drama king la katakan..
Aku layan je la cerita dia ni. then terpancul la satu ayat...
"Dasar LELAKI! Semua sama!!!"



Amboi....nak salahkan laki lak ke kak?
Better tarik balik ayat tu...
Aku rasa, korang pun biasa dengar ayat mcm ni.
"Perempuan la katakan.."
"Dasar jantan, dah jantan tu jantan jugak la."
"Betina semua sama je!"
Kat dalam hubungan tu sapa yang salah? Orangnya ke atau jantinanya?
Siapa yang menciptakan jantina makhluk?
Adakah kita menyalahkan ciptaan Allah??
Setiap ayat yang keluar dari mulut kita, pasti akan dipertanggungjawabkan kelak.
Kalau dah putus cinta tu, be professional la beb.
Tak payah la sampai nak cerita kat semua orang buruk pasangan.
Masa couple, bukan main baik je si dia.
Bila dah putus, macam2 buruk keluar. Dah tu pergi cita kat orang.
Buka aib orang lain sana-sini.
Come on la...macam budak-budak je mentaliti.
Dah putus tu, anggap je la takda jodoh. Sakit hati tu kan bisikan syaitan.
Tu tak kira lagi dosa masa couple kalau ada.
Tak perlu cipta musuh untuk diri. Tapi, ciptalah sahabat untuk diri.
Kan tu lebih elok??
Muhasabah diri.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...