Nuffnang

Tuesday, February 9, 2016

Power of mind

Selama ni aku sentiasa rasa looser. Banyak benda aku gagal. Pemalas. Even aku kat sekolah agak top scorer jugak la. Tapi makin aku besar, aku banyak berubah. I lose hope until i reach a point that i cant exceed my own barrier. Aku da jumpa ramai orang yang berjaya. Cumanya aku tak rapat dengan mereka. Until i enter my degree than my mind change a lot. The way i am thinking, making decision, semua aku belajar balik.
Now aku dah final year. Aku sentiasa rasa aku seoranv yang gagal. Tapi tu semua bukan alasan untuk aku terus berjaya. Aku tukar cara berfikir dengan lebih tajam. Walaupun hakikatnya aku dah banyak kali gagal, tu semua tanda Allah nak uji aku untuk jadi lebih kuat. Maybe aku sekarang bukan lagi yang dulu. Banyak idea nk cakap apa. Now i am a people with proof. Aku kena buat, let my work talk. Cakap orang sekeliling semua tak payah dengar. Sebab mostly yang cakap tu semua nak tengok kita jatuh. Bila berjaya, orang dengki. Biarlah mereka di takuk lama. Kita truskan dengan impian kita. Biarlah orang kata kita mat jenin. Banyak angan-angan. Mereka tak melihat ianya sebagai satu wawasan. Bila kita dah berjaya, mula lah ramai yang tepuk dahi, bagitahu yang mereka pun boleh buat KALAU mereka ikit langkah kita. Itu bicara KALAU. Buatnya tidak...

Wednesday, February 3, 2016

The Martian: filem paling advance yang pernah aku tengok

Ok, yg ni aku memang respect. Matt damon yg berlakon dalam filem ni pun terbaik. Semua hal saintifik basically mmg logic dlm cerita ni. Ecxcess oxygen explosion, air condensation, thermodynamics ambient air, banyak lagi la. Antara filem ilmiah yg aku rasa patut lagi banyak di buat dalam industri perfileman. So far kat malaysia aki tak rasa kita boleb terima cerita macam ni. Market kat malaysia ni semua acah2 cerita kawen dgn mat sado, org kaya, cerai talak satu then rujuk balik....

The late midnight

Photoshop manipulation. Antara karya yang aku paling suka sepanjang 2 tahun ni. Ya, mmg aku x popular. Sbb aku mmg suka artwork. Bukan popularity.

My photo artwork

Photoshop work around 3 hours working experiences

Enjoy The ride!

Lama benar tak update blog ni....alhamdulillah masih lagi ada yang melawat. Even aku tak tau yang datang melawat ni memang nak baca blog aku atau saja nk simbah traffic. Hahaha!! BTW, now i am in final year of my degree. Tak lama lagi boleh la graduate. Alhamdulillah.
           Even aku ni lambat sangat dari member yang sebaya aku, aku kaang-kadang rasa nak give up. Of course la kan sebab yang sebaya aku semua dah kawen, dah kerja, or at least dah ada duit poket sendiri. Ada kerja tetap dan gaji yang tetap. Aku dah mula slow ambik job untuk fotografi. Even sekarang aku ni crew tetap sebuah studio kat sarawak ni. Quite busy dengan thesis dan final year project.
           InshaAllah kalau ada kelapangan nanti aku akan update lagi blog ni. Just nak inform yang aku masih lagi aktif bekarya. Mungkin bukan di media sosial, tapi secara realitinya, aku masih bekarya. Aku minat sangat bidang fotografi dan design ni. Cumanya aku tak berkesempatan nk belajar lebih dalam. Ada pun, aku curi-curi belajar dari internet. Pastu try kat photoshop guna laptop cabuk aku ni. Jauh benar bdang yang aku belajar ni dengan minat aku. Chemical Engineering VS Photography. Dua-dua belah otak main beb....
          Btw, aku nk promote skit bidang yang aku ambik skrg ni. Aku ni bukan la org yang pandai, bijak apatah lagi. Tunduk je kepala aku ni kalau org cakap aku pandai. Malu wei...dah la lambat habis degree, ambik paper banyak kali. bengapnya adeh....Allah je tau macam mana rasa bodoh sangat tu tatkala member lain relax je boleh dean list tiap2 sem....
           Now aku ambik Bachelor degree Chemical Engineering with Environmental. UiTM Pulau pinang. So, better korang usha2 skit kos ni. Aku ni first batch. Mmg kiranya org tua la dalam kos ni. So far, intake ke sini mmg kurang. Mostly akan sambung ke Shah alam kalau dari diploma. Ambik either pure chemical engineering, process engineering atau oil and gas. Ye la, environmental ni mana gempak sgt org nk dengar. Kalau Oil and gas baru la terkejut ketua kampung nanti dengar. Tapi, korang boleh buat mini research tentang peluang kerjaya yang background Chemical yang ada specialty environmental. Aku malas nk cakap. Nanti korang cakap aku sembang kencang. Boleh tahan wei. Cuma kita ni belum ada kesedaran lagi tentang keperluan industri sekarang. Betapa pentingya orang yang specialty environmental ni. Tambah-tambah kat malaysia ni. Punya la sikit yang ada background ni skrg.
    But, still terpulang kat korang la nak ambik apa kan. Masing-masing ada minat. Macam aku ni dulu nak jadi pharmacist. Tapi otak tak berapa nak pandai, so, jadi la chemical engineer inhsaAllah..
 Tu je la aku nak sembang malam2 buta ni. Nak melancong lak esok.


Monday, January 20, 2014

DSLR dan aku

Lepas tamat spm, dlm tahun 2009, ramai yg beli dslr dan bergaya dgn gadget tu. Paling popular model canon 1000D. Which masa tu kira mampu milik la. Aku pun bercita cita nk beli satu jugak. Cuma harga agak mahal. Bayangkan, rm6000 satu. Mana nak cari duit? Banyak tu....
Then, ada member cakap harga dslr dah turun. Memandangkan nikon keluarkan model d3000 dlm harga rm3000. Maka semakin ramai yg mampu beli. Lepas tu sony pulak pecahkan market dgn a100 dgn harga rm1899. Golongan yg memiliki dslr pun semakin bertambah. Aku pun tak terlepas dgn fenomena ni dan bercita cita nak beli satu. Tambahan ramai kawan yg beli dan ambik gambar org nikah dan dapat payment yg kaw2....gambar lak hasilnya mmg jauh beza dgn compact kamera.
Aku pun check2 kat rumah ada kamera compact family yang agak lamak jugak dah tak dipakai, aku guna nak belajar ambik gambar jugak. Ahhh...mmg jauh bezanya. Tapi aku tetap nak cuba hasilkan gambar mcm member buat. Lepas beberapa minggu, aku ikut kawan outing. Mereka guna dslr, aku dgn compact kamera tu kena gelak.
Tak apa...sabar je la...rezeki belum ada...lepas stpm, aku jadi guru sandaran sementara tggu masuk universiti. Then bila keliar gaji, aku kumpul sikit2 utk beli dslr. Alhamdulillah aku berjaya beli satu. Yg paling murah di pasaran masa tu. Sony a290 dgn kitlens 18-55mm. Dgn terujanya aku ambik apa sahaja yang ada depan mata. Hahaha!!
Then sony ada buat workshop, aku ikut je la. Sebab free...hehehe...then dari situ aku jumpa ramai kawan baru yang sama baru beli kamera. Ooohh...banyak yang aku tak tau rupanya....
Balik je aku bukak youtube dan beberapa website untuk belajar fotografi. Jumpa majalah fotografi aku beli buat references...
Lepas beberapa bulan, kelab fotografi kat bintulu ni ada organize outing. Aku pun ikut la. Pergh!! Macam-macam pulak aku tgk. Ada yg lens pendek gila, panjang mcm lemang, yang besar....kamera lak mau 3 kali ganda besar kamera aku. Belum cerita lagi pasal flash, softbox, monopod....lepas outing diaorg post kat fb gambar yg dah diambil. Pergh...aku makin segan nak tunjuk gambar aku. Jauh bezanya. Ternyata aku masih noob sangat!!!
Lepas beberapa bulan menunggu, aku dpt la tawaran masuk ke uitm. Bila kat sana aku kenal dgn beberapa org student art n design. Diaorg ni ada yg ambik fotografi dan deaigning. Jadi, mmg kaw2 la pasal editing, shoot n lighting. Dari situ aku belajar dan terus belajar dari mereka. Portrait, landscape, wedding, fashion shooting, commercial shoot n editing, photoshop advance dan banyak lagi.
Aku mula confident untuk ambik upah jadi jurufoto perkahwinan dgn skill dan gear aku yg ntah apa2...dgn bayaran yg masa tu bagi aku mmg tinggi rm200 shoot n burn. Sepanjang event tu aku mmg penat sgt...balik rumah terus tido...esoknya badan da stat kebas. Ohh..kerja aku belum selesai nampaknya..aku kena edit gambar ni satu demi satu utk pastikan kualiti gambar memuaskan. Bila softcopy diberi, pengantin komplen lak ada gmbar yg perlu diedit lagi. Aku edit la lagi...selesai edit aku bagi lagi kat diaorang. Hampir sebulan lebih aku edit gambar yg beribu ribu tu. Dan upah aku hanya rm200....tak apa. Ini pengalaman pertama aku. Aku ikut member shoot org nikah, bersanding dan outdoor. Bila aku naikkan charge ke rm400, stat da org komplen.."eleh...gambar tak cantik nak charge sampai rm400 ke?". Aku turunkan balik ke price asal. Mmg sedih beb. Ye la, aku ni slow skit nak belajar benda art ni. Tambahan member lain yg dah lama ada kamera pun banyak komen gambar aku sgt teruk. Tak ada seni langsung. Tahun demi tahun, aku makin mahir shoot wedding. Kalau dulu aku shoot, kena pakai format raw. Sebab sure banyak yg tak jadi. Boleh la edit. Tapi sekarang aku konfiden nak shoot dlm jpeg. Lepas shoot terus print. Unless kalau yg nak mintak diedit, aku akan edit dulu. Tapi basically banyk gambar yg dah tak perlu diedit pun dah ok.
Now...org sanggup bayar utk shoot n burn rm900 ke rm1500. Bergantung pada majlis. Aku pun makin yakin dgn kebolehan aku dan terus belajar untuk bersaing dalam bidang ni. Bila aku luhat balik gambar dulu dan sekarang, mmg jauh bezanya. Aku semakin paham apa yg ada dlm bidang ni. Dan yang aku hampir terlupa, di mana manusia yg hebat dulu? Yang punya kamera lebih canggih berbanding aku. Yg ada lens lebih mahal dari kereta kencil aku ni? Dulu mereka lah yg mematahkan semagat aku utk terus belajar dlm bidang ni. Hebat gambar aku dikutuk 1 ketika dulu mengolahkan kembali gambar aku kini. Dimana mereka sekarang? Apa masih lagi menembak? Atau sudah berdebu kamera? Atau sudah dijual? Biarlah...yg pasti, aku tidak akan berhenti belajar dan memajukan diri. Kini nilai gambar yang aku hasilkan mampu menutup mulut mereka yang dahulunya melihat aku sebagai seorg yang tidak layak dibayar untuk mengambil gambar. Namun ianya tidak berhenti di sini...aku akan terus belajar...inshaAllah...


Wednesday, September 25, 2013

Kemelut di Persimpangan? Istikharah selesaikan!

"Kita berjumpa ddengan orang yang salah sebelum berjumpa dengan orang yang betul." Pernah dengar quote ni? Sure pernah bagi mat jambu dan yang pernah clash dengan awek or pakwe. Let me explain you all guys tentang quote ni. Theoretically, benda ni ramai org assume macam kita belajar dari kesilapan.
          Let say seorang mamat ni couple dengan minah A. Lepas beberapa bulan, clash la pulak. Sebab nya minah A kuat berleter. Selang beberapa bulan couple pulak dengan si minah B. Oppss!!! Clash lagi. Kali ni minah B tu kuat menipu. Ok, lepas ni cari perempuan yang tak kuat berleter dan tak kuat menipu. Kita try pulak minah C. Oh, minah C ni tak setia. Clash lagi. Letak pulak syarat lepas ni kena cari yang setia. Last2....nikah umo dah tua. Tu pun dengan minah A balik. So, yang B, C, D, E bla...bla...bla..tadi semua salah???

          "Dan SEGALA SESUATU Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah." (Adz-Dzariyat: 49)
              Ya memang benar kita ini djadikan dengan berpasang pasangan. Contoh di atas tadi saya letak sebagai cerita basic bagaimana manusia ni hebat mengatakan kita berjumpa dengan org yang salah dalam memilih jodoh ni.Sebenarnya tidak ada orang yang salah kita jumpa. Cuma dalam konteks di atas, kita lupa satu perkara, tidak ada istikharah dalam memilih jodoh. "Bro, aku dah istikharah. Memang muka dia yang muncul dalam mimpi aku.  Dah 3 hari beb aku mimpi dia sepanjang aku istikharah. Cuma aku tak paham macam mana aku boleh clash dengan dia."
            Dush!!! Palmface 3 kali kat muka. Hantuk kepala kat dinding. Harapkan mimpi je ke brader? Ada usaha lebih tak? Solat istikharah buat, tapi solat fardhu lu buat tak? Memang la mimpi dia sampai 3 hari kalau dah angau. Ingat jawapan Istikharah ni Allah letak dalam mimpi je? Takda cara lain?
           Kalau Allah nak bagi jawapan dalam urusan jodoh dan istikharah ni, yang pertama sekali memang melalui mimpi. Saya tak nafikan benda ni. Yang seterusnya untuk confirmation, Allah permudahkan jalan untuk korang mendirikan rumah tangga. Bukan permudahkan jalan untuk korang makin terjerumus ke maksiat! "Aku rasa aku dah dpt petunjuk yang aku akan menkahinya...kerana sekarang dia mengandungkan anak aku.." Dusshhhh!!!! Ni pun petanda gak, petanda supaya bersegera bertaubat!!!
         Lagi, apa petanda istikharah ni? Orait, bagi lelaki bila seruan itu benar, korang akan rasa tanggungjawab yang berat untuk dipikul bersama dia. Tak timbul dalam hati nak sentuh dia selagi tak halal. Come on dude!! Korang taknak dia rosak, tapi takkan korang nak biarkan tangan korang sendiri yang akan rosakkan bakal isteri??? Plus, korang akan berminat nak tahu lebih apa lagi tanggungjawab yang perlu untuk bimbing isteri. Ingat, nak jadi suami ni kena cukup kuat untuk bagi nafkah. Nafkah ni ada dua, zahir dan batin. Nafkah zahir ni pun da makin sesak sekarang, dengan harga barang yang macam roket naik, ni lagi nafkah batin. OOO.....bukan nafkah "batin" yang korang fikir tu je (im thinking the same things!! hahahaha!!) tapi nafkah batin ni merangkumi ilmu agama yang nak di bagi kat isteri dan anak-anak kelak. Ooopppsss....korang dah khatam Quran tak bulan ni? Kalau tak khatam lagi, macam mana mau khatam ilmu rumah tangga?? Hehehehe...
        Istikharah ni kena berterusan. Bukan esok nak nikah baru nak istikharah ini malam. Bukan tak boleh, tapi cuba fikir skit, kita ni kalau dalam bab kehidupan harian semua nak awal. Nak naik pangkat awal, nak dapat gaji awal, nak bonus awal....jodoh pun nak awal jgk??? So, istikharah la awal-awal. Kalau dah kenal kat kampus tu, istikharah cepat. Nanti dah cukup semua, da ada kerja, masa tu dah tak ada timbul rasa was-was dah. Lagi satu, jangan banyak baca buku novel, tengok wayang jiwang....nanti layan blues sorang-sorang. Ingat, setiap kita ni Allah dah bagi jalan cerita sendiri. Jalan cerita tu la yang paling romantik dalam hidup kita. Buat apa nak sama dengan orang?? Boring beb!! Create your own future! Get a life dude!!
       Jodoh yang diredhai akan bawak kita hampir kepada yng maha Esa. Bukan jauh dari-Nya. Ingat, dalam sesi taaruf, dan pertunangan, permainan hati sangat dahsyat. Masa ni la syaitan nak bagi korang offside habis-habis. Tingkatkan ibadah dan tegur pasangan masing-masing kalau dah terlajak. Kurangkan berjumpa. Ala, save la perjumpaan tu bagi lepas nikah kelak. Nanti lepas nikah hari-hari jumpa ma...(baru tgk KL gengster ni..)
        The rest, saya rasa sendiri boleh tambah. Kalau ada pengalaman atau point yang baik, boleh letak kat rung komen. Yang pentingnya, istikharah ni sangat penting. Bukan pasal jodoh je, benda lain pun boleh istikharah. Macam nak kerja kat mana, nak sambung study kat mana, macam-macam lagi la. Cuma kat sini saya ketengahkan soal jodoh. Ramai yang main bedal je pasal nikah ni. Ada yang kenal kat mana ntah, kapel 3-4 bulan terus nikah. Ok la, takda masalah. Cuma kalau boleh dah nikah tu belajar la apa tanggungjawab. Nikah bukan sehari dua, ni samapi mati beb....takkan nak nikah cerai sebulan sekali. Org pun jemu nak dtg majlis nikah ko sorang.
       Rasanya tu je kot. Next time saya update lagi. InshaAllah pasal masalah lain pulak. Sayonara!!
           
      

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...