Nuffnang

Saturday, May 26, 2012

Tanda-tanda kematian seorang muslim..

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT;Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu matimaka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"

(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.




Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencarikeredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Monday, May 21, 2012

Kisah budak bijak

Kisah ni aku kongsikan untuk orang yang baca Bubble Haze. Tengkiu sangat cz bagi peluang untuk aku kongsi cerita ni.

Masa tu aku jadi guru sandaran kat sebuah sekoah menangah ni. Ye la, dah nama guru sandaran, aku ajar budak tingkatan 1 je la. Nak ngajar tingkatan 5 lak takut kena ngorat. (Maklum la aku ni hensem sket..:P)

Nak dipendekkan cerita, satu hari ni ada sorang student baru masuk kelas aku. Oh ya, lupa lak aku ni ngajar sejarah. kesian diaorang ni takda guru sejarah lagi. Aku la yang ngajar diaorang ni walaupun pada hakikatnya aku ni bengap juak sejarah...:)

Mau nya tak panas aku dibuat student ni, aku mengajar punya la setengah mati diaorang tak paham 1 benda pun! Masa ngajar bukan main cakap paham. Nak je aku tangankan nanti, kena saman mak bapak pulak. Adui! Sakit jiwa dibuatnya! Kalau exam nanti student tak pass, aku pulak kena soal dengan penagetua. Ahhh!! Lantak la! Janji gaji jalan!! Lagipun aku ni bukan guru tetap pun... :P

Berbalik dengan budak baru ni. Lagi aku pening. Sah-sah ni nak tambah masalah aku lagi. Nak aku bagi makan kasut ke berani masuk kelas aku? botak la kepala aku lepas ni!

Lepas aku ngajar bab 3, aku buat speed test! Hehehehe..ambik korang! Tengok korang dengar tak apa aku ajar tadi. Ke, diaorang ni saja buat-buat paham depan aku. Esok exam, hampeh! Lepas test, aku collect paper diaorang aku semak kat bilik guru. First sekali aku cari nama budak baru tu. Nak tengok apa budak kecik ni jawab!

Huh!!! Ternyata tanggapanku meleset sama sekali! (Ceh!! Ayat novel bro....) Ayat dia..perghh!! sebijik macam dalam buku teks! Aku nak bagi markah kurang pun aku tak jumpa kat mana salahnya. Macam mana ni? Ah! Bagi je la 100%. Test je. Kalau exam nanti tengok la macam mana dia jawab...

Di pendekkan cerita, masa exam pun sama jugak beb....semua jawapan betul Sekali dengan tarikh, tempat, tokoh...satu huruf pun tak tinggal. Aku try la tanya cikgu lain. Pergh! sama jugak...tambah-tambah matematik dengan sains. Pening kepala aku nak jawab apa....ah...bagi je la 99%. Kalau bagi 100% lak orang cakap aku bocor soalan der....

pagi tu masa kelas aku, aku panggil budak ni. Apa la petua dia tu sampai jadi genius macam tu. Dia cakap, sebelum masuk tingkatan 1, dia dah habiskan semua silibus tingkatan 1 sampai 3 untuk semua subjek. Dan buku sejarah tu dia dah hafal yang dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3... mak aih....manusia apa ni??

Matematik lak dia dah belajar tu lama dah. Masa sekolah rendah lagi dah didedahkan dengan masalah trigonometry dan asas algebra. Genius?? Dia cakap tak la. Cuma mengisi masa lapang...dia cakap kat rumah banyak sangat masa terluang. sebelum tunggu main bola dengan member petang-petang dia belajar la. Sebelum turun mengaji malam, dia belajar. Sebelum tunggu van sekolah datang lepas subuh dia belajar sikit. ada ke manusia macam ni??? Aku cakap dia tipu. Ni mesti mak ayah hantar tusyen kan?? Or mak ayah ajar awal...:P (Ego cikgu maaa....)

Dia cakap apa?? "imam As-Shafie lagi hebat cikgu. umur 12 tahun dah hafaz Quran. Setakat buku teks sejarah tu, tak ada apa sangat la cikgu..."

arrr...aku nak jawab apa agak-agak ek?? betul jugak. Cepat-cepat aku suruh dia balik ke meja dia.

Tu la sepatutnya student buat kalau nak pandai. Sentiasa dahagakan ilmu. Sentiasa bersedia sebelum masuk ke kelas. bukan dah habis ngajar baru la nak ulang kaji. hampeh la kalau macam tu...berbalik pada kisah imam As-Shafie tadi, memang betul. cara para ilmuan dulu mempelajari ilmu memang diaorang master dulu bidang tu baru berguru. Bak kata orang tua, pre-reading dulu. Contohnya kitab al-Muattok iamam as-Shafie hafal dulu sebelum berguru dengan tuan punya kitab, Imam Malik. Nampak tak?? Betapa orang dahulu hebat belajar. Kalau macam aku ni?? Huh!! Mintak-mintak la dikuatkan iman. Harap korang ambil iktibar dari cerita aku yang tak seberapa ni...

Thanks Bubble!! 

Sunday, May 20, 2012

Kisah BMW yang tak guna

Kat sebuah bandar ada seorang bisnesman yang kaya giler. Satu hari tu dia ada meeting penting. Projek yang nak meeting ni nilai berjuta jugak la. Kalau makan 7 keturunan pun x sure habis lagi kot...hehehe..



Pagi tu si bisnesman tu bangun awal. Ye la, semangat tander dah dapat. Masyuk ma....

Lepas sarapan semua, si bisnesman tu ambik kunci kereta dan keluarkan BMW mewah dia dari garaj. Nak pakai Merc nanti orang cakap kereta majikan lak. Pakai BMW la ok sket..hehehe...


dalam perjalanan ntah apa kes hari tu boleh jem lak jalan....adui...lambat pulak nak sampai nanti. Takpe, ada 1 jam lagi nak meeting. Jam pun tak la teruk mana pun. Lepas je dari simpang, jalan clear. Huh!! Terbaek!!! Sempat sampai ni!!


Bila on da way tu ntah kenapa enjin jadi slow lak...adui...meter turun mendadak. Aih!! Apasal ni?? Takkan BMW buat hal lak???

Alamak!!! habis minyak rupanya!! Apasal la aku tak perasan lampu amaran tu dah bernyala!!

Si Bisnessman ni bingung jap. Dah lambat ni....nak jalan kaki krismas nanti baru sampai ni...adui!!!

dengan segera si bisnesman tu tahan teksi dan suruh hantar pergi pejabat. BMW yang mahal tadi tu si bisnesman suruh makenik tunda ke workshop.


Apa kes cerita bodoh ni?? Haaa...ni la bubble nak bagitau. Hidup tanpa iman, inilah jadinya. Manusia ibarat BMW. Iman dan taqwa ibarat minyak tadi. Kalau tak isi, ada guna tak BMW mewah tu?? Sama je nilai dengan besi buruk! Tak bagi manfaat langsung! Bagi susah lagi ada! Batul tak?? sebab tu sangat tinggi nya nilai iman ni. Namun tak ramai yang perasan. Semua lupa. Mata umat Islam buta dah. Kenapa?? Syaitan tu bijak dan sangat halus bisikannya. Jadi, semoga kita muhasabah diri dan berusaha untuk menambah Iman kita setiap hari supaya BMW kita ni menjadi berguna dan boleh dibangga....:) bubble Haze....

Saturday, May 12, 2012

Jangan Kahwini Wanita Ini!

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah".


Wanita Ananah : banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah : suka membangkit-bangkit tentang sesuatu terhadap suami. Wanita ini sering mengatakan 'aku buat tu keranamu'.
Wanita Hananah : menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah : ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising.


---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Di atas ni antara ciri-ciri wanita yang tak layak dikahwini. renugi diri anda....

Thursday, May 10, 2012

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita


1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Tuesday, May 8, 2012

Vintage Effect (Photoshop)

Ramai suka edit gambar sekarang kan? Hari ni Bubble nak share gambar yang telah siap di edit atas tema Vintage. Bagi yang sukakan gambar berunsur fantasi, Vintage adalah salah satu effect yang hebat untuk digunapakai. Nak tutorial?? Sila tinggalkan komen di bawah yer..:)




Lawak Kartun Facebook

Gamabr ni Bubble dapat dari Facebook. Ntah sapa la bijak sangat buat ni..:)

Korang ada tabiat macam ni?? Bubble tarak aaa....

Hahaha!! Ramai2 boley la macho!!
Sah je terus update status..:P

Friday, May 4, 2012

Bersih 3.0 : gambar lengkap 91 diburu

Jumlah yang dikehandaki mungkin lebih ramai dari ini. Bubble akan Update dari masa ke semasa. Check la kalau-kalau ada muka yang kenal kat bawah ni.









Semangat yang salah!!

Satu hari tu di pusat pelajar penuh dengan student yang marah dengan tindakan Israel yang membuli masyarakat Iraq dengan teruk. Islam seolah olah di tapak kaki mereka. Di Kuala Lumpur pula penuh dengan masyarakat Islam yang berhimpin untuk menegakkan Islam di negara kita. semangat yang berkobar-kobar seperti harimau yang kelaparan. Sangat buas dan digeruni!



        Jumlah ahli demonstrasi yang ramai menjadikan golongan ini ditakuti dan digeruni. Siapa berani menghalang?? Malah, polis yang bersenjata juga terasa kerdil dengan mereka. Bubble amat kagum dengan semangat sebegini. Jika semagat ini digunakan dengan betul, alangkah indahnya dunia Islam. Setelah media barat membuat provokasi terhadap dunia Islam, rakyat Malaysia marah dan berhimpun di kedutaan Amerika dan mengherdik Israel laknatullah. Mereka berkumpul seumpama angkatan Islam yang mahu berjihad dan berjuang demi Islam!

 Pagi itu bubble bangun pagi seperti biasa dan menuju ke masjid universiti. Anehnya, hanya 1 saf sahaja yang ada makmum. itu pun tak penuh dan dapat dibilang dengan jari sahaja jemaahnya. Kemana perginya semangat yang berkobar-kobar semalam?? Takkan dah habis kot??

Bezanya masjid dan gambar di atas...

Rasulullah bersabda "Solat itu tiang agama. Barang siapa mendirikannya maka dia mendirikan agama. Dan barang siapa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama."

Kata nak dirikan agama, kenama jumlah umat Islam yang ramai-ramai tadi?? Kemana perginya semangat tu? Solat subuh pun payah nak bangun...inilah yang Rasulullah SAW bagitau, umat Islam pada akhir zaman ni seperti buih di lautan. Nampak ramai. Tapi bila datang ombak, hilang terus. Kemana perginya semangat nak berjihad sangat tadi? Ingat, Israel takut kepada pemuda Islam yang solat SUBUH berjemaah di masjid. Tengok je la Masjid waktu subuh dan masa solat jumaat. Betapa jauhnya beza. Islam tu takkan bangkit sehingga solat subuh masjid tak penuh macam solat jumaat. Kata nak tengok Islam bangkit. Tapi nak tegakkan agama untuk diri sendiri pun payah!

Sama-sama kita muhasabah diri. Ingat, kita hidup ni bukan lama. Apa yang kita nak bawak berjumpa Allah nanti? Kalau yang wajib pun kita tak dapat nak laksanakan, inikan pula amalan lain. banyak mana amalan kita nak bawak mati?? Sendiri mau ingat aaa.....


Bubble Haze

Tuesday, May 1, 2012

Khusyuk Dalam Solat

Sejauh mana khusyuknya kita dalam solat? Hari ni bukan soal khusyuk yang kita tanya. Tapi dah solat ke belum?? Kalau tak solat, jauh lagi nak khusyuk kan?? Hahahaha!! Tu la iman kita zaman sekarang. Betapa jauhnya beza dengan iman para sahabat.


    Nak diceritakan tentang khusyuk ni, semeangnya berat. Malah sangat berat! Sehingga pada suatu hari Rasulullah SAW mencabar para sahabat barang isapa yang dapat solat khusyuk akan diberikan hadiah iaitu selendang Rasulullah. Pada masa tu tak siapa yang berani menyahut cabaran tersebut sehingga Saidina Ali R.A tampil menyahut cabaran Rasulullah SAW.

    Lalu Saidina Ali solat 2 rakaat dihadapan Rasulullah SAW dan diperhatikan oleh para sahabat. Selesai solat, Rasulullah SAW bertanya tentang solat Ali. Lalu Ali menjawab, "Ya Rasulullah, solatku sempurna sehingga tahiyat akhir. Pada tahiyat alhir aku teringatkan ganjaran yang engkau janjikan ya Rasulullah. Sehingga khuyuk ku terganggu dan aku leka."

     Bayangkan, para sahabat pun susah untuk khusyuk dalam solat. Tapi tak bermakna Saidina Ali terus tak solat dan keluar dari solat. Solatnya diteruskan sehingga habis. Apa lagi kita yang solatnya kadang-kadang sahaja.

    Itu yang diceritakan oleh ustaz Bubble pada satu hari dulu bahawa umat Islam pada masa sekarang imannya sangat nipis dan hati yang berbolak-balik. Paginya beriman tapi petangnya kufur. Sama-sama kita jaga solat kita ya? Kerana "Solat itu tiang agama. Barang siapa yang mendirikannya, maka dia menegakkan agama. Barang siapa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama."


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...