Nuffnang

Saturday, February 19, 2011

Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.


Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.


Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.


(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Kisah kambing putih dan kambing hitam

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"


Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Monday, February 14, 2011

Dasar Lelaki!!!

Salam semua.
Post kali ni simple saja...xda apa sgt nak tulis. Lagipun tgh rush nak siapkan assignment..
Minggu ni maybe minggu masalah kot. Banyak je masalah dtg.
Tengah best2 tgk member main dota, dtg la 1 msg kat phone aku ni mengadu putus cinta...adui...
biasa la, bila pts cinta ni emosi je lebih. drama king la katakan..
Aku layan je la cerita dia ni. then terpancul la satu ayat...
"Dasar LELAKI! Semua sama!!!"



Amboi....nak salahkan laki lak ke kak?
Better tarik balik ayat tu...
Aku rasa, korang pun biasa dengar ayat mcm ni.
"Perempuan la katakan.."
"Dasar jantan, dah jantan tu jantan jugak la."
"Betina semua sama je!"
Kat dalam hubungan tu sapa yang salah? Orangnya ke atau jantinanya?
Siapa yang menciptakan jantina makhluk?
Adakah kita menyalahkan ciptaan Allah??
Setiap ayat yang keluar dari mulut kita, pasti akan dipertanggungjawabkan kelak.
Kalau dah putus cinta tu, be professional la beb.
Tak payah la sampai nak cerita kat semua orang buruk pasangan.
Masa couple, bukan main baik je si dia.
Bila dah putus, macam2 buruk keluar. Dah tu pergi cita kat orang.
Buka aib orang lain sana-sini.
Come on la...macam budak-budak je mentaliti.
Dah putus tu, anggap je la takda jodoh. Sakit hati tu kan bisikan syaitan.
Tu tak kira lagi dosa masa couple kalau ada.
Tak perlu cipta musuh untuk diri. Tapi, ciptalah sahabat untuk diri.
Kan tu lebih elok??
Muhasabah diri.....

Saturday, February 12, 2011

Valentine Day's VS Maulidurrasul.



Salam semua,
Bulan Februari dah tiba. Rasanya mcm baru semalam je sambut tahun baru.
Cepat btl masa tu berlalu kan? Aku mcm tak percaya je aku ni dah 20-an. Rasa mcm baru belasan je umur aku ni.

Post kali ni aku nak sentuh pasal event dalam bulan ni. Yezzza!!! Valentine's day dan Maulidurrasul.
Kalau nak sebut pasal dua event ni, mmg sesuatu yang cukup kontra beb. Especially pasal Valentine's day. Ye la, sebut je Valentine's day, semua orang yang ada pasangan akan tggu hari ni. Nak celebrate la katakan..
Kalau sebut pasal sejarah Valentine's day, jgn cakap la. Ramai da org tau sapa si St. Valentine tu. Pengorbanan demi cinta suci beb!! (Cehhh!!). Romantik, cool!! Mantap!!



Tu orang ramai cakap la. Masa ni la banyak bunga rose dijual, cincin berlian pun tgh laku, tak heran kalau time ni jugak la yang melamar someone...ui...mmg hot tarikh ni.

Tapi bulan ni jugak la maulidurrasul. Hari keputeraan Rasulullah SAW. Bagi yang beragama Islam, mcm mana korang sambut hari ni? Adakah sehebat korang sambut valentine? Perjuangan sapa sebenarnya yang lebih hebat? St.Valentine atau Muhammad Rasulullah SAW?
Sejauh mana kita mengingati sirah Rasulullah SAW berbanding St. Valentine? Dan sejauh mana kita mengingati tarikh keputeraan Rasulullah SAW berbanding tarikh Valentine's day?



Persoalan ni la yang aku tanay kepada ramai orang dan kebanyakannya jawab,
"Ala bro! Ko nak jadi ustaz kat sini?"
"Adui..stat da ceramah..."
"nak ceramah gi suaru la.."
"Ala, benda kecik je kot..."
"Relax la bro!"
"Kubur lain-lain la beb!"
Adakah kita dalam golongan yang memberi alasan yang sedemikian?? Muhasabah diri kita....

Friday, February 4, 2011

Lagu Muahh! - Suzzane Brautigam adalah lagu saduran??

Sure ramai yang tau pasal lagu Muahh! yang dinyanyikan oleh Suzzane Brautigam.
Memang best lagu tu. Masa kat UNiSEL dulu mmg selalu dgr lagu tu kat kafe.
Bila pindah UiTM ni, jarang lak dgr.








Penyayi yang menjadi kegilaan lelaki di Malaysia ni pulak.
Ye la, orang cakap kiut beb. Lawa. Ada rupa.
Sekarang tinggal kat Australia. 
Lagu dia ni ciptaan Eddie Hamid. So, pertanyaan bermula di sini...

Bila aku bukak Youtube, aku terjumpa lak lagu yang satu ni.
Sebijik melodi dia sama mcm lagu ni.
Kalau tak sama sgt pun aku leh cakap 90% sama.
Lagu ni lagi lama, dan kurang popular la.
Juga ciptaan Eddie Hamid.
Tajuknya "Api-Api Rindu"
Ni video kat bawah. Aku ambik dari youtube.



Mungkin Eddie Hamid nak popularkan balik lagu dia yang lama tu.
Memberi nafas baru pada lagu yang kurang mendapat sambutan.
Dinyanyikan pula oleh penyanyi baru.
So, aku rasa tak salah kalau dia buat macam tu.
Secara tak langsung, mempopularkan balik lagu lama dia yang kurang dikenali.
Tu pendapat aku. Korang lak mcm mana???

Thursday, February 3, 2011

Ayah yang sporting atau tak guna???

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil.
"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"
Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta
Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.




Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.
Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya
tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap
bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan
saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai
RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang,
dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak
anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"




Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah
berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi."

Jeles kerana kucing...

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu
jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan
itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela
seekor kucing siam.



Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah
lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat
rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya,
Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.




Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam
karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya
sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok
tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan
siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan
sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan
Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa
si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya
mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja,
alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.





Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi
jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan
ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,
segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok
dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni "

Yang mana lebih pantas?

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).





Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata

“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”

“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”

“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.




“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.

“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.

” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.

“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.



“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.

“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah…………..”

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan…………..

Hehehehehhe…………………

——
MORAL: Pengalaman sendiri mengajar kita untuk memberikan jawapan yang terbaik.

Kisah 3 lelaki Pakistan

Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.



“Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?” tanya salah seorang lelaki Pakistan. “Lihat dan belajar”, kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata “Tolong bagi tiket”. Pintu tandas di buka sedikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

“Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?” tanya salah seorang lelaki Pakistan.

“Lihat dan belajar”, jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.



Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata “Tolong bagi tiket”.

Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.

Curang 3 kali je...(lawak 18 tahun ke atas je!)

Alkisah dekat-dekat nak pilihanraya ni ............ cerita dipetik dari sebuah banglo kat .......????!!


Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.







Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"




"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."




"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...


(Korang paham-paham sendiri la ek...)

Wednesday, February 2, 2011

Kisah Parajurit...Yang mana lagi berani?

Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tentaranya dan untuk membuktikannya masing masing jeneral memerintahkan salah satu prajuritnya untuk mengikuti arahannya :

1. Jepun
Jeneral : Prajurit maju sini!
Prajurit : Siap Jeneral.
Jeneral : Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu.
Prajurit : Siap Jeneral.






Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si prajurit tidak dapat menangkapnya dan langsung mati.
Si jeneral dengan bangga mengatakan “lihat prajurit saya sangat berani dan siap mati”.

2. Jerman
Jeneral : Prajurit maju sini!
Prajurit : Siap jeneral!
Jeneral : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak.
Prajurit : Siap Jeneral!




Peluru meluncur cepat dan prajurit yang menangkap hancur berantakan. Si Jeneral sangat bangga dan bilang “prajurit saya lebih berani bahkan untuk menangkap bom RPG”.

3. Indonesia
Jeneral : Prajurit maju sini
Prajurit : Siap Jeneral
Jeneral : Seberangi ladang periuk api dengan berlari cepat
Prajurit : Tidak mau jeneral !
Jendral : Seberangi cepat!!
Prajurit : Tidak mau jeneral!




Sampai tiga kali sang jeneral memerintahkan prajuritnya, namun tetap di tolak.
Si Jeneral berkata “Lihat prajurit saya yang paling berani, perintah jeneral langsung bisa dia tolak".

Kisah Ayam Panggang

Rizal pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor. Beberapa minit kemudian pesanannya sampai. 

Tapi sedang dia menikmatinya makanannya. Pelayan yang lain menghampirinya dan berkata.. 

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. 
Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada. Maaf ya Encik." 

Rizal menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah. 
Lalu berkata, "Kerana terlanjur sudah makan sedikit. Jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya." 

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak. 

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! 

Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau 
lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."



Rizal terdiam beberapa minit. Lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...

p/s : pandai2 lar korang imagine..

Happy Chinese New year!!!

Selamat Tahun Baru Cina!!!



Kepada semua pembaca yang berbangsa cina, selamat tahun baru.
Post kali ni aku tak tau lak nak cakap apa. 
Mercun dah berbunyi seminggu ni. Meriah la kejap area rumah aku ni.
Sejak dulu sampai la sekarang, kalau ada perayaan cina memeng meriah.





Tak kisah la, pesta tanglung ke, chinese new year ke, cap goh mei ke, apa-apa la. 
Memang meriah. Ye la, kiri kanan ramai cina.
Tapi yang best diaorg ni, mereka hormati bangsa lain.
Ada gak ar bangsa lain mcm iban, bidayuh, melanau semua.
Kalau ada hari raya, krismas ke, or gawai dayak, diaorg pun celebrate sekali.
jemput je la diaorang datang rumah. Gerenti penuh rumah. 


Ni la rumah aku. Cukup la untuk kitaorg sekeluarga. Flat cikgu ni. Mak ayah aku cikgu la katakan...
hahaha!! Xpe, nanti aku kerja aku beli rumah untuk parents aku ni.

1 lagi benda kat area rumah aku ni, 
kalau ada perayaan yang besar2 mcm hari raya,
sure ada open house.
Maka, ramailah kereta park kat bawah tu. 
Dan rumah mula penuh. 
Samapai nak masuk rumah pun kena ambik nombor.
hahahaha!!!

Ni adik aku. Kalau aku balik, mesti aku ajak dia main badminton. 


Bila ada perayaan mcm ni, sure ada cita best kat Astro.
Maka, berjagalah aku sehingga lewat malam baru tido.
Takpe, nanti kat campus mana leh tido lewat lagi.
Ader kelas hari-hari. Huhu...



Adui...rasa rindu lak nak ke kampus.
Tak sabar nak study balik.
Lama-lama cuti ni, leh jammed otak.
lebih 3 hari kalau ilmu tak diamalkan, ianya akan berkarat.
Membara semangat nak study balik ni. Hahaha!!
Jom!! Nikmati cuti dulu sebelum kembali ke kampus!!

 

Tuesday, February 1, 2011

Perkataan berlawan....Lawak!! Hahaha!!!

Hari ni post simple je. Aku dapat dari facebook benda ni. Perbualan antara cikgu dengan anak murid. Ntah betul ke tak, aku tak tau la. jadi pengajaran kepada guru-guru di luar sana ek? Jangan buli budak-budak. Nanti kena buli balik, malu siot!!! Layen ek cita ni!







Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...