Nuffnang

Wednesday, March 28, 2012

Meluah kepada yang salah....

       Hari ni first time bubble update blog setelah lama tak update. Apa khabar semua? Minta maaf banyak-banyak....

semenjak beberapa minggu ni Bubble kena macam-macam masalah. Maklum la, masalah yang takkan pernah berhenti sehingga dibangkitkan semula pun tetap ada masalah. Setiap kali ada masalah, kiata akan cari jalan penyelesaian dan bagi yang stress, memang perlukan tempat untuk meluahkan perasaan. Masa ni la bergunannya kawan, sahabat, teman-teman, keluarga dan Facebook..??? Facebook??? kenapa Facebook?



Yes! semua sedar dan tahu yang masalah peribadi tak perlu nak cerita kat semua orang. sendiri mau ingat la katakan. Tapi, sedar atau tak, majoriti facebook user akan gunakan platform ni untuk meluahkan masalah mereka. dengan berharap komen dari friends Facebook penuh kat bawah. Nampak la orang concern kat kita kan?

Tak salah kita post kat facebook. Ye la, akaun kita kan? Lantak kita la nak post apa. Tapi, takkan la sampai masalah keluarga, kisah mak ayah, kisah adik beradik pun nak cerita. Ni dah kes hina family sendiri. ada pulak samapai mencarut, maki memaki kat facebook. Apa kes beb?

Bagi yang beragama Islam, mana perginya kebergantungan kepada Allah? Mana perginya rukun iman pertama? Solat sehari semalam dan berdoa tu pergi mana? Facebook 10 kali sehari takpe. Samapai 10 jam sehari pun takpa. Solat 10 minit minta rahmat Allah payah?

Jadi, tu jela nak kongsi kat semua. Bukan untuk org lain, tapi untuk diri si penulis jugak. Yang mulutnya lagi hampir dengan telinga yang mendengar. Mata yang hampir dengan jari yang menulis....

W'salam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...