Nuffnang

Saturday, July 30, 2011

Kisah Si Raja Makan (Intro Puasa 2)

Semalam Bubble takde idea nak buat entry apa...so ramai yang suggest buat entry pasal puasa. Jadi, Bubble akan ceritakan 1 kisah mengenai puasa.

Kat sebuah negeri, ada seorang raja. Sememangnya raja ni sangat memilih bila bab makan. Boleh cakap semua benda dia nak makan.



Sehinggalah pada suatu hari, si raja berasa bosan untuk makan makanan di istana. Semua makanan yang dimakan berasa tidak lagi enak. Dia mahukan sesuatu yang lebih lazat.

Wednesday, July 27, 2011

Jom tilik nasib!!

Assalamualaikum semua! Apa khabar korang? Hopefully sihat la. Bubble Haze just tertarik nak tulis pasal tajuk kat atas tu. Tilik nasib. macam kat gambar bawah tu la. Kad kat bawah tu bukan kad Uno. Tu kad tarot. (Tarot Card). Kad yang org guna untuk tilik nasib. sebelum aku start, aku nak share 1 info yang aku tau skit pasal tilik nasib ni. benda ni bukan baru lagi. Start zaman Nabi Musa a.s dulu dah. Malah, pada masa tu, benda mcm ni dah jadi rutin harian diaorg. sihir2 ni semua standard la. Sampai la hari ni, masih ada lagi manusia yang percaya kat tukang tilik. 





Bukan tukang tilik je tau, dalam majalah pun leh tilik nasib!! Tak caya? Try ar selak majalah hiburan. Tgk ada x pasal zodiak.. Hahaha!! Kira sama la tu! tilik nasib jugak! skrg ni tukang tilik dah moden beb! tak payah nak buat show kat fun Fair lagi dah. Publish kat blog pun boley! 



hehehe...Kalau tak silap, kat italy ada sorang tukang tilik yang handal. setiap tilikan dia mmg tepat. then dia punya sifu, skrg dah meninggal. sifu dia leh teka masa kematian diri dia dengan tepat! hohoho!!! hebat x? Sure korang susah nak caya kan? Then sampai la benda ni ke malaysia. Org kita pun x kurang hebatnya main tilik2 nasib ni! ada yang leh baca dari tarikh lahir, tapak tangan, alur dahi, nama....pergh!!! Mantap beb! Hahaha!!! bagi yang lahir pada bulan ni, akan jadi mcm ni. kalau alur tangan mcm ni, akan jadi mcm ni lak. hehehe...aku ada hadiah untuk korang. Nak tgk? Baca kat bawah tu.


“Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah).


Wow!!!! Penampar yang cukup power!!! jauh power dari POWER ROOT!!! Ambik kau. Hadis sahih lak tu. Dua perawi utama lak yang riwayatkan tu. Mmg sahih la hadis ni.



Apa? Horoscope tu ilmu astrology? Ooo....ok2. Kalau dia ilmu Astrology, kira x tilik nasib la ek? Just perwatakan kita je? Hmmmm.....korang ambik lak hadiah ni kalau mcm tu.:



“Katakanlah (wahai Muhammad) tiada siapa di langit dan bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah”. (Surah al-Naml: 65).


Haaa!!! Yang ni mmg sahih! Dari Al-Quran!! Mmg sah2 bohong la kalau kata horoscope tu betul. Tarikh lahir la. ape ntah. Leh jatuh kufur ui!!! Jgn main2 dgn benda ni! Semua ni cuma permainan Iblis je. Nak runtuhkan kepercayaan kita kepada Allah!!! Apa???!! Korang masih percaya gak??? Ok2...ni hadiah last aku:


"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar(pengakuan imannya). (Al-Hujuraat 49:15).


Skrg korang percaya yang mana satu? Tepuk dada, tanya iman..jgn tanya Aiman. Sebab.."Aiman tak kisah..."(hehehe..just kidding!)

Tuesday, July 26, 2011

Ibu ku seorang pembohong!!!

 Di saat ku masih kecil, aku melihat ibu berpeluh balik dari sawah..."Ibu penat?" Ibu menjawab.."Tak la, ibu belum penat lagi. Nak masak untuk ayah lepas ni.." Aku tau ibu penat, dari raut wajahnya...ibuku berbohong..






 Kemudian aku lihat adik lahir. Ibu tersenyum riang. Aku bertanya, "ibu, sakit tak lahirkan adik?"
Ibu menjawab, " Tak la, kan ibu tengah senyum ni. Hepi adik lahir tau!"
Aku tahu ibu sakit sebelum ke hospital....ibu berbohong lagi....



saat aku masuk ke sekolah, aku lihat ibu berada di luar kelas. memerhati aku belajar. Maklumlah, hari pertama....Selesai kelas, aku bertanya.."Ibu risaukan saya?"

Ibu menjawab.."Tak lah...ibu cuma tunggu ayah ambik kita. Dia lewat sikit hari ni.."
Aku tahu ibu berbohong lagi....melihat wajahnya yang sungguh risau...

Hari tu, ibu tak turun ke sawah. Aku pasti dia sedang sakit. Namun ku lihat dia gagahkan jua dirinya bangun pagi untuk menyiapkan sarapan untuk kami sekeluarga. "Mak demam?"
"Tidak nak, mak cuma nak kemas rumah hari ni. Takut orang datang.." wajahnya yang pucat menceritakan segalanya..ibuku berbohong lagi....


Hari itu aku menduduki peperiksaan awam. Aku lihat ibu di luar dewan memerhatikan aku dari jauh. Berpanas, berhujan. dia sanggup tunggu aku. selesai kertas, aku keluar mendapatkan ibu. ibu memberikan aku sebotol air untuk meghilangkan haus....."ibu nak minum?"
   "Tak perlu nak. Ibu tak haus...." seharian berpanas, berhujan, mustahil ibu tak haus....ibu ku berbohong....

Malam itu, kami makan dengan serba kekurangan. Mungkin tanaman ibu tak menjadi musin ni. Lauk ku sudah habis. Namun, aku masih lapar..."nah, ambik lah makanan ibu. Ibu dah kenyang.." kenyang? ibu belum pun menjamah makanan....kenapa ibu? ibu berbohong lagi.....





apa lagi yang ingin ibu sembunyikan...semuanya aku sudah nampak bu...
Aku tahu, ibu buat semua ini, untuk kebaikan kami.
Tanda kasih yang tulus dari hati..
Yang sentiasa mahukan yang terbaik bagi kami....
Ibu, aku sayang padamu....

Friday, July 22, 2011

Intro Puasa...

Kat sebuah gua, didalamnya sangatlah gelap! 

Lalu ada seorang lelaki mencabar anak muda di kampungnya untuk masuk ke dalam gua tersebut. Lalu berkumpul lah mereka untuk masuk ke dalam gua itu untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Syaratnya, gua itu hanya boleh dimasuki sekali sahaja. selepas masuk, gua itu akan runtuh.

Lalu mereka masuk dengan tangan kosong lalu mencari barang-barang yang beharga. 

Selepas beberapa hari mereka di dalamnya, mereka keluar melihat apa yang mereka perolehi.

Alangkah terkejutnya mereka bila melihat mereka membawa keluar emas, permata, intan dan berlian! Jika dijual, pasti jauh mahal harganya...


Lalu mengeluhlah mereka kerana menyesal. Bagi yang masuk dengan tangan kosong pasti kecewa kerana jika masuk dengan beg, mereka pasti akan lebih kaya. Begitu juga dengan yang membawa bes, rugi kerana tak bawak guni. Yang masuk bawak guni menyesal sebab tak bawak lori je masuk.

Begitulah Ramadhan...

Jika kita tahu apa yang kita akan perolehi bila memasuki Ramadhan, pasti kiita akan membuat persediaan yang secukupnya bagi memperolehi ganjaran yang jauh lebih mahal dari intan permata..

Salam Ramadhan dari BUBBLE HAZE.....

Wednesday, July 20, 2011

Titanic yang best!!

Korang pernah tengok cerita Titanic? Tipu ar kalau tak pernah...cerita yang famous dikatakan bukti cinta sejati....antara minah rambut blonde dengan Jack, mamat rambut panjang seorang pelukis rakyat kelas bawahan. Kononya si minah blonde ni kelas orang kaya. tak leh campur dengan orang kelas bawahan. Tapi, kerana cinta yang suci (kononnya) mereka sanggup harungi segalanya. Si Katie minah blonde sanggup tinggalkan keluarganya kerana cintanya kepada Jack. Jack lak, sanggup merempuh apa sahaja untuk berjumpa dengan Katie. dan akhirnya kehidupan Jack berakhir dengan kematiannya di laut antartik yang sejuk tahap dewa 19.

         Pernah dengar cerita ni? Romantik? Boley la...kang aku cakap tak romantik, orang bantah lak...
Apa pun, korang percaya tak kalau aku cakap semua tu cuma sekadar lawak buduh je? Kita la yang dah di perbuduhkan. Hahaha!!
     
      wei! Logic ke kalau baru jumpa, kenal, tau nama, leh cinta? Kalau suka tu takpe gak. Ni siap leh sehidup semati lak...lepas tu, leh pulak dipeluk, dicium, di @$#%^! si Jack tu...

       Ok, aku bagi 1 situasi, korang jumpa la minah cun kat tepi jalan tu. Then korang try ar ngorat. korang rasa boleh ke dia cakap "I Love u until the end of my life!!" dalam masa sejam? Aku cabar ar kalau dapat. Hahahaha!!!
      
      Tu la tandanya orang puteh ni kebanyakannya takda harga diri. diaorang je dok kecoh cakap nilai diri diaorg sangat  tnggi. malah paling tnggi kat dunia ni.
    

     Tu la yang kita banggakan sekarang. Tengok la remaja kita sekarang. Ada rambut hitam, berebut nak bagi blond macam minah bangang barat. Ada baju kain cukup, nak jugak pakai baju tak cukup kain walaupun harga baju singlet tu mahal nak mampos.
    
    Ada seluar panjang, nak jugak pakai boxer je ke pasar. Nak tunjuk jugak betis kering macam kaki kambing tu. Baik pakai spender je gi pasar. lagi seksi.
    Lepas tu, kalau kena rogol..."laki tu sial! Nafsu binatang!" Leh plak tuduh laki nafsu binatang...binatang kena rogol sebab tak pakai baju la. Kalau binatang tu pakai baju, pakai seluar, sorry la nak mengandung.

     Semua ni pasal apa? Pasal kes Titanic tu la...remaja kita dah macam titanic...baru kenal sehari dua dah leh ajak tido sekali...tak heran la kalau hari2 dengar kes buang bayi. sebab apa? paham-paham sendiri la ek?



(Ahaks!! Ni sumbangan member aku. Axel philip. agak Emo jgk la tp lawak dude! Hahaha!!!) 

Beza semalam, esok dan hari ini....

Apa perbezaan semalam dan hari ini?? 
Adakah sama??
Kalau sama, kita seorang yang rugi..
Kalau hari ini lebih baik, kita seorang yang untung!
Tapi kalau hari ini lebih teruk...kita adalah orang yang malang...




Esok??
Siapa dapat jangka apa yang akan terjadi esok??
Ya, tiada siapa boleh jangka.
Namun, bayangan esok bermula pada hari ini.
jika hari ini kita buat hal,
Pasti esok juga kita akan menaggung hal yang sama.
dan mungkin lebih teruk!

Konsep ini mudah...dan senang untuk difahamami..
tapi kenapa ramai yang masih berputus asa??
Apakah tidak ada lagi esok??

Fikirkan untuk kita bersama...

Sunday, July 17, 2011

10 pemain catur tercantik

 1. Bosnia Herzegovina – Sanja Dedijer (2068)

 2. Slovenia – Vesna Rozic (2277)

3. Russia – Alexandra Kosteniuk (2540)

4. UAE – Mariam Mansur (1838)

 5. Indonesia – Irene Kharisma (2300)

6. Slovakia – Regina Pokorna (2338)


7. Peru – Ingrid Aliaga (2019)

 8. Argentina – Maria Belen Sarquis

9. Turkey – Zehra Topel (2132)

10. USA – Rusudan Goletiani (2371)





Saturday, July 16, 2011

Lawak kartun 2













Lawak kartun 1









Siapa lebih hebat???

Cerita 1:


 Kat sebuah sekolah rendah, ada satu group budak bercerita tentang ayah masing-masing. ye la, budak-budak ni kalau cita sapa hebat, sure la bapak diaorang yang paling top. Maka, ni la dialog diaorang..:

Asif: Bapak aku hebat! seorang doktor kat hospital paling besar kat sini. Boleh bedah orang!!

Maka budak lain pun tepuk tangan kagum.."Wooo!! hebatnya bapak ko!!!"

Sudirman: Bapak aku lagi hebat! Dia ada syarikat sendiri. Cawangan sampai luar negara! Tiap-tiap bulan kami melancong ke luar negara.

Perghh!! Lagi gempak bapak dia ni! Maka budak lain pun tergamam kerana terkejut dengan kehebatan bapak Sudirman.

Asyraf: Tggu! Bapak aku lagi hebat! Dia boleh tahan trailer guna tangan je!

Budak-budak lain terkejut!! diaorang pun tanya "Bapak ko kerja apa??"

dengan muka bangganya Asyraf berkata..."Polis Traffic!"



Kisah 2



Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

Eman : "Datuk aku kuat.... Kalau bertanding silat, tak pernah kalah."
Emon : "Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk."
Eman : "Datuk kau kuat tak, Emin?"
Emin : "Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi."
Eman dan Emon : "Ye laaa.... kuatnya datuk kau."

Monday, July 11, 2011

Jangan berputus asa sahabat....

Seorang pemuda berjalan di padang pasir. Sambil dahagakan air...dan perut sudah seharian tak berisi. Dihadapannya hanya padang pasir yang terbentang luas. Sepertinya tiada harapan lagi untuk meneruskan hidup. setelah beberapa ketika, khudratnya sudah tiba di penghujungnya. Dia merasakan tidak ada gunanya lagi untuk berusaha. Berjalan lah ke mana pun, tetap hanya padang pasir. 


Lalu si pemuda tersebut berbaring dan memejamkan mata. Menunggu saat hembusan nafas terakhir. Meskipun dia tahu dia masih punya baki waktu untuk berusaha. 

Dia mengambil pisau di beg sandangnya dan menusuk perutnya sendiri. Ah! sama sahaja! Aku tetap akan mati!

Lalu matilah lelaki tadi....



Maka datang si malaikat untuk mengambil roh si lelaki. Bertanya si malaikat.

"Kenapa engkau membunuh diri? Apa engkau tidak tahu bunuh diri itu haram?"
"Ah, sama sahaja! Daripada aku tersiksa di padang pasir ini, lebih baik aku mati!"
"Apa engkau dapat melihat masa hadapan?"
"Sudah tentu tidak!"
"Jadi, bagaimana kau tahu yang engkau akan mati di padang pasir ini jika kau tidak membunuh diri?"
"Kerana di sekeliling ku hanya pasir! Aku akan mati kelaparan juga!"
"Kau sememangnya silap....dihadapan mu ada sekumpulan pedagang arab yang membawa bahan makanan untuk ke bandar. Jika kau tidak membunuh diri, sudah pasti kau akan bergembira sekarang dan bertemu keluargamu."

Si lelaki hanya terdiam.....namun apa gunanya??

- Mengapa perlu berputus asa jika tidak tahu penghujungnya???

Saya nak pasangan yang baik....

Bila ditanya kepada sekumpulan banduan wanita ketika memberi ceramah di sebuah penjara....

"Jika kamu diberi pilihan, lelaki seperti mana yang kamu mahu jadikan suami?"
"Kami mahukan lelaki yang baik.....seperti ustaz yang baik memberi nasihat kepada kami..."

:antas si Ustaz menjawab..."Mahukah saya berkahwin dengan kamu dalam keadaan kamu begini?"
Maka terdiam semua banduan tersebut...ada yang mengalirkan air mata. Pertanyaan ringkas itu sudah cukup memberi impak yang besar kepada semua banduan wanita itu.
Kesimpulannya, tidak ada yang mahu berkahwin dengan orang yang jahat.....meskipun dirinya seorang yang jahat.

Umpama seperti makanan....jika makanan mahal dan sedap sekalipun seperti lamb chop, chikan chop, pizza, kalau tidak ditudung....pasti akan diratah pelbagai jenis serangga...tikus, lipas, semut.....


lain pula jika makanan yang murah seperti karipap, biskut atau hanya nasi putih kalau ditutup elok...saya yakin dan pasti, kita lebih sanggup memakan makanan yang ditudung berbanding makanan yang telah dihinggap serangga.


Jodoh yang baik itu adalah untuk orang yang baik. itu janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. Maka, jadilah yang terbaik untuk diri sendiri. Tak akan rugi.....inshaAllah dunia dan akhirat...

Sumbangan : Rexxa Pixar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...