Saya nak pasangan yang baik....

Bila ditanya kepada sekumpulan banduan wanita ketika memberi ceramah di sebuah penjara....

"Jika kamu diberi pilihan, lelaki seperti mana yang kamu mahu jadikan suami?"
"Kami mahukan lelaki yang baik.....seperti ustaz yang baik memberi nasihat kepada kami..."

:antas si Ustaz menjawab..."Mahukah saya berkahwin dengan kamu dalam keadaan kamu begini?"
Maka terdiam semua banduan tersebut...ada yang mengalirkan air mata. Pertanyaan ringkas itu sudah cukup memberi impak yang besar kepada semua banduan wanita itu.
Kesimpulannya, tidak ada yang mahu berkahwin dengan orang yang jahat.....meskipun dirinya seorang yang jahat.

Umpama seperti makanan....jika makanan mahal dan sedap sekalipun seperti lamb chop, chikan chop, pizza, kalau tidak ditudung....pasti akan diratah pelbagai jenis serangga...tikus, lipas, semut.....


lain pula jika makanan yang murah seperti karipap, biskut atau hanya nasi putih kalau ditutup elok...saya yakin dan pasti, kita lebih sanggup memakan makanan yang ditudung berbanding makanan yang telah dihinggap serangga.


Jodoh yang baik itu adalah untuk orang yang baik. itu janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. Maka, jadilah yang terbaik untuk diri sendiri. Tak akan rugi.....inshaAllah dunia dan akhirat...

Sumbangan : Rexxa Pixar

Comments

Post a Comment