Nuffnang

Saturday, August 27, 2011

Kematian yang mengejutkan.

Salam Lebaran dari Bubble,


Petang tadi Bubble baru sampai ke kampung. Alhamdulillah, walaupun ada sedikit masalah, Bubble sampai jugak ke kampung untuk berjumpa nenek tersayang...;)

Tiba je kat kampung, pakcik terus bawak ke perkampungan iban untuk ambik buah durian. Memang banyak giler durian kitaorang angkut. dekat sebakul besar la jugak.

Petang tu Bubble dikejutkan dengan satu berita kematian sahabat yang sudah lama kenal. Yup...sama sekolah dan sedang menuntut di universiti yang sama sekarang.

Baru 3 hari lepas jumpa dengan arwah. Sempat lagi bergurau...tak ada masalah pun.

Tup-tup dengar dah meninggal...malam tadi meninggal dah...sampai sekarang bubble masih terkejut dengan pemergian arwah. Walaupun tak seagama, tapi memang sangat menyedihkan.


Tahun ni je Bubble terima dua berita kehilangan sahabat sama sekolah. Betul cakap ustaz, orang muda lagi cepat mati dari orang tua....

dah dekat nak raya ni, ada perancangan nak ajar beraya sama. Tapi tak ada jodoh nak raya sama kan? apa boleh buat...

Tazkirah buat kita semua. jangan anggap usia masih muda,  badan masih sihat, lambat lagi nak mati. Sebab-sebab kematian, biarlah bubble rahsiakan ye....
Salam dari bubble...

Thursday, August 25, 2011

Jumpa Bubble Haze di facebook!

Salam dari Bubble!

Setelah menyiapkan assingnment, Bubble bukak la internet ni. terfikir pulak nak buat page untuk blog kesayangan. Maka, tercipta la page Bubble Haze kat facebook. Klik gambar kat bawah ni untuk like page bubble. :)



Jadi, kepada sahabat-sahabat sekalian, kita borak-borak la kat facebook ye. Bubble pun akan post entry terbaru di sana. Jadi, kepada pembaca yang bukan blogger, yang tak follow, subscribe, tapi nak ikuti perkembangan blog bubble, dipersilakan like page Bubble kat facebook ok?

Harap-harap akan lebih erat ikatan antara blogger-blogger. Oh ya, kalau ada post entry terbaru tu, post kat page bubble ya. Senang bubble nak lawat.

Maklum lah, Bubble ni suka nak baca cerita baru. Idea para blogger amat bubble hargai!

Salam Lebaran dari Bubble haze!
P/S: Akhirnya ada jugak page Bubble....:)

Wednesday, August 24, 2011

Balik Kampung!!

Salam untuk semua!

Tak sedar kita sekarang ni dah di penghujung Ramadhan. Bagi yang bekerja, ramai dah takda mood nak kerja.
Semua pasang mood nak balik beraya!



Macam tu jugak la Bubble. Tak sedar dah nak balik da.
Mungkin disebabkan kerja yang agak banyak semanjak kebelakangan ni, bubble tak perasan masa yang berlalu.
Pejam celik, dah nak balik lusa. Lepas ni boleh tenangkan otak di kampung halaman. tengok sawah padi yang luas, sungai yang tenang, tanah perkuburan yang sepi....(rumah Bubble kat kampung dekat dengan kubur..:))
Sebelum balik ni bubble nak siapkan semua assingnment yang tertangguh. Sebab, lepas cuti ni memang dah tak ada masa nak buat. 

Lepas cuti je terus ada 3 test, 1 kuiz, 3 assingnment untuk dihantar dan 2 presentation. semua tu dalam 1 minngu lepas raya dan lepas tu final exam. Pack kan???

So, sebagai pelajar, jangan tangguh kerja tau! Makin banyak kerja nanti, jadi tak siap lak. Sapa yang susah????


So, kepada yang dah balik kampung, selamat bercuti! Kapada yang tak dapat balik raya, jangan risau ye? Sekali sekala beraya di perantauan, baru la thrill!!

Salam lebaran dari bubble haze!

Monday, August 22, 2011

Sahabat yang akan berlalu pergi...

Suatu hari yang indah, kita sibuk menghabiskan kerja seharian. Kerja yang seharusnya kita buat untuk menampung hidup. Penat lelah kita tanggung seharian.


Tiba-tiba muncul seseorang menghalang kerja kita. Kita rasa rimas! Kita rasa tidak selesa.

Wednesday, August 17, 2011

Tamak selalu rugi?? Fikir kembali....

Salam dari Bubble Haze untuk semua....
Kita sudah pasti biasa dengar pasal orang tamak selalu rugi kan?
Kita benci dengan orang yang mempunyai sifat tamak yang power!
Kita tak suka bila seseorang yang tamak makan semeja dengan kita.
Kita tak suka bila berurusan dengan orang yang tamak.


Monday, August 15, 2011

Bicara Jibril a.s dengan Rasulullah SAW

Salam buat semua,
Hari ni Bubble nak tunaikan janji. Nak bercerita sikit pasal kita. Yes! kita! Perbualan antara dua makhluk yang sangat hebat mengenai KITA! Siapa dua makhluk hebat ini? Mereka adalah antara Rasulullah SAW, kekasih Allah dan Malaikat Jibril a.s, pengutus wahyu dari Allah kepada Rasulullah SAW. Apa yang mereka bualkan? Jom kita lihat....


Saturday, August 13, 2011

Kita lupa kan??

Menyesal aku lahir ke dunia...
kenapa aku dilahirkan begini?
Aku rancang nak jumpa bomoh la....
Aku nak bunuh mamat ni!
Menyesal aku hidup..
aku nak bunuh diri...

selalu tak kita dengar ayat-ayat macam ni?

Wednesday, August 10, 2011

Anda seorang pemarah??

Cerita ni biasa kita dengar sejak kecil lagi. Bubble pun dengar cerita ni sejak kecil lagi. Sebagai renungan, jom kita layan cerita ni..:)

Di sebuah bandar, tinggal seorang lelaki yang kuat marah. Pantang dicabar, pantang silap, pantang segalanya, pasti mengamuk tidak tentu hala. Tak hairanlah kalau semua orang di sekelilingnya membenci lelaki ini.

Si ayah juga perasan tentang kerenah anak jantannya ini. Lalu

My first wordless Wadnesday..




Monday, August 8, 2011

Malang menimpa Bubble Haze

semalam Bubble keluar bebrbuka puasa dengan roommate kat Sarawak Plaza. Macam biasa la, kat Sarawak Plaza tu nak cari parking punya la susah. Al last, apat la parking kat belakang Sarawak Plaza tu.

Dipendekkan cerita, lepas berbuka tu, kitaorang balik ke kereta then, tgk kereta dah kena pecah. Masa tu semua dah mengelabah...

Apa yang hilang?:

Saturday, August 6, 2011

Sembelih ayam itu.

Di sebuah pergunungan, sekumpulan remaja sedang menuntut ilmu. Sehingga pada suatu hari, mereka di beri ujian oleh guru mereka.

"Wahai anak muridku, hari ini aku akan bagi ujian kepada kamu semua. untuk menilai sejauh mana kamu faham dengan apa yang aku ajarkan selama ini."
Anak murid ini emuanya tunduk. Patuh kepada guru mereka.
Mereka diberi seekor ayam setiap seorang.


"Kamu sembelihlah ayam ini. Cari tempat di mana tidak ada seorang pun yang dapat melihatmu."

Lalu mereka berpecah mencari tempat yang sesuai. Ada yang menyorok di celah batu, ada yang memanjat pokok, ada yang bersembunyi di dalam hutan dan ada juga yang pergi ke dalam sungai.

Setelah tamat masa yang diberikan, mereka berkumpul di hadapan guru mereka. Dalam ramai-ramai anak muridnya, ada seorang yang belum menyembelih ayamnya. lalu si Mahaguru bertanya:

"mengapa kau tak sembelih ayam itu?"

"Wahai maha guruku, aku telah mencari setiap tempat yang aku rasakan selamat. Namun tak ada satu tempat pun aku boleh bersembunyi. Aku sentiasa merasakan bahawa aku diperhatikan."

"Siapa yang memerhatikan kau?"

"Allah..."

Lalu si mahaguru mengangguk dan mengucapkan syabas kepada lelaki tadi. Ternyata hanya dia yang berjaya melepasi ujian kali ini..

Sejauh mana kita percaya kepada Allah? Sejauh mana kitamengerti dan menghayati maksud Ihsan? Allah maha melihat apa yang kita kerjakan. Jika semua memahami dan percaya Allah itu maha melihat, pasti tidak ada jenayah dalam dunia ni kan?

Salam dari BUBBLE HAZE...


Thursday, August 4, 2011

Siapa Bubble Haze??

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia!

Dah banyak entry Bubble buat. lupa nak kenalkan diri...
Siapa Bubble ek?
Ye, salah bubble syok sangat nak menulis, sampai lupa nak kenalkan diri..

Ni la biodata Bubble yang ringkasnya:

On da way nak balik Bintulu...

 Nama empunya blog ni Mohd Asyurul Khazwan B Rafie.

Wednesday, August 3, 2011

Terima Kasih Ayah dan ibu....

Terima kasih? Selalu kita ucapkan...Ya memang selalu...seperti mana kita berterima kasih sejak kecil sehingga kini. Buat renungan bersama, mari kita susuri kehidupan kita sejak kecil sehingga sekarang.

Sewaktu ibu melahirkan kita..sakitnya ibu. Ayah bergegas memikul ibu bangun di malam hari tatkala mentari belum terbit.Dengan perasaan cemas si ibu menahan kesakitan seperti diheret sakaratul maut.

Lahirnya kita disambut senyuman. Kesakitan yang ditanggung berjam-jam tadi hilang serta merta. Terukir senyuman melihat kelahiran kita dengan selamat.



Namun kita menangis teresak-esak. Oh, itulah tanda terima kasih kita terhadap mereka....

Monday, August 1, 2011

Siapa yang paling jahat?

Di sebuah gunung, ada seorang lelaki berguru dengan seorang pendeta. Sudah lama mereka berguru, maka sudah tiba si pemuda tersebut "graduate". Sebelum pemuda itu diiktiraf oleh si pendeta, dia perlu menjalani satu ujian terakhir....ujiannya tidaklah seteruk sebelum ini, malah mungkin yang paling senang!



"Kau akan tamat pelajaranmu setelah menyelesaikan ujian terakhir ini."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...