Tamak selalu rugi?? Fikir kembali....

Salam dari Bubble Haze untuk semua....
Kita sudah pasti biasa dengar pasal orang tamak selalu rugi kan?
Kita benci dengan orang yang mempunyai sifat tamak yang power!
Kita tak suka bila seseorang yang tamak makan semeja dengan kita.
Kita tak suka bila berurusan dengan orang yang tamak.





Tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia


Seperti mana yang kita tahu, Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.
Jadi, mengapa wujudnya sifat tamak?
Kemana harus kita gunakan sifat ini?

Tamaklah dalam menuntut ilmu


Tahu atau tak, ilmu tu lagi beharga dari harta berjuta?
"Wei! Ko bawak la ilmu kau tu kat pasar, tengok apa barang boleh beli??"
Hehehe...jangan cabar...sejarah membuktikan saidina Usman Al-Affan masuk ke kota Mekkah tanpa sebarang harta dan hanya meminta ditunjukkan di mana pasar kota mekkah. Lalu beliau menjadi salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang paling kaya! Ada berani?

Nanti Bubble bincangkan lagi beza ilmu dengan harta ya?

Berbalik pada topik asal, kita dikurniakan sifat tamak ni, guna la dalam menuntut ilmu. Bubble nak share sikit masa kat sekolah menengah. Kat sekolah rendah dulu mana ada member agama lain sebab sekolah kat sekolah agama. Then bila masuk sekolah sekolah menengah, mula la campur dengan member berbangsa cina. Tambah-tambah bila lepas form 3. Bubble diserapkan ke kelas paling top sebab PMR straight A.
Kat dalam kelas tu cuma 5 orang je beragama Islam dari 30 orang pelajar. Oh ya, sekolah Bubble ni diiktiraf sekolah paling ramai pelajar di Malaysia. try google. SMK Bintulu. Kelas tingkatan 5 sahaja ada hampir seribu budak. Kalau campur semua budak form 1 sampai form 6, hampir 5 ribu student. Bayangkanlah punya ramai manusia kat sekolah tu.


Ok, back to topic. bila masuk kelas ni, bubble sedikit rasa pelik. Budak-budak cina punya semangat nak belajar, sampai buat add math kat tepi tangga. Pantang je jumpa masa terluang, confirm ada je buku or calculator kat tangan. Bubble mula-mula pelik la. Tapi bila dah lama member dengan diaorang, terikut-ikut pulak..

Lagi Tamak!


Nak diceritakan betapa tamaknya mereka menuntut ilmu, sampai mereka berkira bila kelas tambahan habis awal! Pernah satu hari tu, bila cikgu cakap kelas tambahan hari tu kena habis awal, sebab cikgu ader masalah. Tak la lama sanagat, dalam 15 minit awal. Mereka siap claim nak guna kelas 15 minit tu buat homework. Bubble yang dalam group tu pun ikut je la diaorang...

Pernah satu ketika bubble agak down sebab markah kimia bubble asyik rendah je dalam kelas. SPM pun dah nak dekat...Bubble berjumpa la dengan seorang student ni. Oh ya, dia adalah pelajar terbaik MUET malaysia pada 2007 dan pelajar STPM terbaik Malaysia 2008. Mark Wong Siang Kai. Juga dari sekolah Bubble. Dan Bubble selalu berjumpa denga dia sebab sama-sama pengawas sekolah. Masa tu Bubble agak down sebab markah kimia selalu rendah. Then, bubble masa borak dengan dia, dan terpancul la ayat ni,
"Mark, am i still got time to improve my chemistry mark before spm start?"
Mark cakap apa??
"Hey! 1 minute is also time!" dengan muka senyum dia tu Bubble rasa terhempas kejap....Ya....1 minit tu pun masa.

Tamak dengan masa!


Baru Bubble teringat, yang mereka kear, bukanlah ilmu semata mata. Tapi masa! Masa yang membezakan sejauh mana kita berusaha. Masa semestinya lebih beharga dari Harta kerana, kita merebut harta dengan masa! Mereka sangat tamak dengan masa! Mereka sangat tamak untuk merebut masa!

Sepatutnya kita yang beragama Islam ni lebih awal tahu hakikat ini. Sebab Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Beribadahlah seperti kamu akan mati esok hari, dan tuntutlah ilmu seperti kamu akan hidup selamanya.."Rasulullah SAW bermain dengan masa tatkala mengajar ummatnya menuntut ilmu. Tamaklah dengan lmu, tamaklah dengan masa. Kerana Allah telah jadikan sifat tamak tu wujud dalam diri kita tak kira kita Islam atau tidak....

Salam dari Bubble Haze....

Comments

  1. depa ni manfaatkan masa tahap paling optima...patut kita tiru depa ni kalau mahu berjaya...tiru mana yang baik saja le...hehe

    ReplyDelete
  2. masa tu emas...ilmu sgt penting :)

    ReplyDelete
  3. ni sekolah ke universiti...ramai kot. Tapi cemerlang la

    ReplyDelete
  4. kalau malas nak belajar, pandang je orang cina. insyaallah byk pengajaran kita dapat.
    tahniah bubble dapat straight A PMR..

    ReplyDelete
  5. tamak dlm mncari ilmu..hehe..nice entry! =)

    ReplyDelete
  6. tamak yang berfaedah xpe..
    jgn tamak haloba je.. hahha..

    ReplyDelete
  7. ya... benar sekali. perkara yg kita terlepas pandang..

    ReplyDelete
  8. mana ada tamak rugi..orang tamak selalu untung ...tak abiz buang jerw....huhuhu

    ReplyDelete
  9. cuti2 ni rehat dari menuntut ilmu secara formal..cume bace2 kat internet je..huhu

    ReplyDelete
  10. betul2..setuju sgt..tamak dalam menuntut ilmu takpe jgn tamak makan udah..

    ReplyDelete
  11. tapi betul itulah cara mereka belajar, mereka tak suka buang masa, kalau kita boleh ikut cara mereka belajar, kita pun boleh berjaya...tamak ilmu tak akan merugikan kita

    ReplyDelete
  12. renjer lagi tamak!!! huhu tapi tamak kan ilmu alam sungai hehe.. salam ramadhan dari renjersungai ^_^

    ReplyDelete
  13. tamak klu kena tempatnya, bagus gak...:)

    ReplyDelete
  14. nice n3....sedih & rugi sgt bila teringat diri leka dgn masa... :(

    ReplyDelete

Post a Comment