Nuffnang

Tuesday, September 27, 2011

Sabar tanpa batasan.....

Salam buat semua....

Dah lama tak update blog kan??
Sorry la..Bubble ada banyak masalah sejak kebelakangan ni.
Tak settle lagi masalah lama dah timbul masalah baru.





Tapi tolak tepi dulu la masalah tu. Lagipun Bubble tgh exam sekarang. Ehem2!!
Hari ni nak bincang topik best! Bagi Bubble, topik ni memang kena batang hidung Bubble. Bila Ustaz bicara tentang benda ni, rasa malu, segan, semua keluar. Korang lak apa macam?? Sedia nak dengar??

"Takpe, Aku mampu bersabar dengan perangaimu..aku terima segalanya demi cinta kita. Aku terima dirimu seadanya.." Ni ayat masa sebelum kawen beb...kalau lepas kawen??? Try tengok bawah..

"Celaka punya perempuan! Kau ingat aku nak sangat kat kau? Hari-hari menyusahkan aku! Tak ada kerja lain ke??" Ni kalau yang kawen tapi masih mentah dalam bab perkahwinan.. Kalau yang matang lak?? Try tengok bawah...

"Saya nak solat dulu la ye? Lepas solat nanti kita bincang hal ni.." Sambil tersenyum...

Nak lagi contoh??

"Takpe la, aku memang lemah..aku rela je kena buli dengan diaorang. Diaorang ramai...aku mana nak lawan.."

Setahun kemudian..

"Kau ingat tak dulu? Masa aku mula masuk sini? Kau buli aku kan?? Hari ni hari aku lak! Aku nak belasah kau cukup-cukup!" Siap dendam lagi ni....Islam ajar kita macam ni ke?? Jadi, apa penyelesaian nya??

"Mat, kau tak perlu la buli aku lagi. Aku pun rasa kau tak suka kena buli. Aku benci kau, tapi aku taknak berdendam Kau ambik la hadiah dari aku ni...coklat cadbury paling latest.." Ustaz cakap kalau benci kat orang, bagi hadiah kat orang tu...

Persoalannya, sejauh mana kita dapat bersabar?? Bersabar ada hadnya beb...(Betul ke??)

Rasulullah SAW Bersabda, "Sabar itu separuh dari iman" Bukan sebahagian. besarnya sabar dalam Islam. sabar tu pulak apa benda?? Nanti kita bincang lagi lanjut ye??

Bubble nak tekankan betapa besarnya benda yang dinamakan sabar sehingga Islam menetapkan sabar tu separuh dari iman berbanding sifat lain. Mengapa?? Sebab sabar kunci keamanan. Kunci cermianan Islam. Nak digambarkan lagi semasa perang antara tentera mujahidin dan tentera kafir quraisy, Saidina Umar yang terkenal dengan keganasannya itu berdepan dengan seorang tentera kafir.

Tatkala tentera kafir itu jatuh dan Saidina Umar Mengangkat pedangnya, si tentera kafir tu ludah pada muka saidina umar. Lalu saidina Umar marah dan beredar dari situ. bila si kafir bertanya apa yag saidina Umar jawab??

"Jika aku membunuhmu sekarang, aku membunuhmu atas dasar marah. Bukan kerana Allah SWT"

Hebat tak?? Kalau la Bubble, dah lunyai da mamat tu kot....

setakat tu je la dulu ok? Nanti kita bincang lagi Topik ni. Bubble dulu pun sampai seminggu nak belajar tentang sifat sabar...hehehe....samapi sekarang pun masih tak reti nak sabar lagi...

Salam buat semua..:)

Sunday, September 11, 2011

Kisah seorang professor dan pendayung sampan

Salam sejahtera semua!
Maaf lah kalau sejak kebelakangan ni jarang update. Semua ni sebab nak final exam dah.
Ni pun baru lepas study gak. Macam-macam dah masuk dalam kepala ni.
Okeh! Back to main topic. Seperti yang Bubble pernah cakap pada post sebelum ni, nak cerita pasal professor dan pendayung sampan kan??
Ok, citer dia macam ni,



Kat sebuah perkampungan orang asli, ada seorang professor datang nak buat kajian tentang hutan tempat tu. Maka, bila tiba di sebatang sungai, dia menyewa sebuah sampan. Si pendayung sampan merangkap si empunya sampan, gembira dengan kedatangan seorang professor yang berpendidikan itu.
Dalam perjalanan mereka, si professor ingin menguji kehebatan ilmunya. Maka, dia bertanya kepada si pendayung sampan.
Prof: Awak ada belajar tentang biologi??
Pendayung sampan: Tak...
Prof: Oh, maka awak telah rugi 60 peratus dari kehidupan awak.
Maka bersedih la si pendayung sampan tadi...


Setelah beberapa minit, si professor terlihat sebuah gunung lalu bertanya:
Prof: Awak ada belajar geografi?
Pendayung sampan: Tak pernah tuan...
Prof: Sayangnya..awak rugi 30 peratus dari kehidupan awak...

Si pendayung sampan bertambah sedih...
Selang beberepa minit, si professor terlihat pula gunung berapi pasif. Lalu si professor bertanya:
Prof: Awak pernah belajar geologi?
Pendayung sampan: Tak pernah tuan. Malah, ini kali pertama saya dengar perkataan itu.
Prof: Hmm...awak telah rugi lagi 20 peratus kehidupan awak...
Si pendayung sampan terasa sangat kerdil...

Beberapa minit kemudian, sampan yang di naiki menghampiri sebuah jeram. Si pendayung sampan tidak dapat mengawal sampannya dan terjun ke sungai. Lalu berenang ke tebing sungai. Si Professor terpinga-pinga.
Pendayung sampan: Awak ada belajar berenang?? Jerit si pendayung di tebing.
Prof: Tidak...
Pendayung sampan: Bagus lah, awak telah rugi 100 peratus kehidupan awak!
Maka, mati lah si proffesor tersebut dengan ilmunya....

Cerita ni banyak pengajarannya. Bubble harap semua dapat ambil iktibar ye?? :)

Sunday, September 4, 2011

Seminggu berhari raya!!

Salam Aidil Fitri buat semua pembaca tegar Bubble Haze!

Macam mana raya tahun ni?? Best tak?? Ada jugak yang tak dapat beraya kan?? Kesian. Biasa la tu, dah selalu sangat kita beraya setiap tahun, kena la pulak miss raya sekali dua. Hahaha!! Standard la tu.


Bubble lak raya tahun ni rasa berebut sangat. Seminggu je cuti. Lepas cuti ni final exam lak. Hadui....
Nak beraya sangat, assingnment dengan presentation lak tunggu kat u ni. Ingat nak balik la lewat sikit ke U, tapi terpaksa pulak la balik awal....
kiut tak anak pakcik ni?? :)

Lepas ni beraya la dengan buku, laptop kesayangan, broadband(Maxis of course!).

Nak cerita pasal raya ni, yup! best sangat! Walaupun cuti seminggu je, 3 hari je kat kampung, tapi feel tu rasa lain. Rasa kembali ke zaman budak2 dah. Kerja bubble, jadi photographer sepenuh masa sepanjang cuti raya ni. Banyak la jugak gambar Bubble ambik memandangkan saudara mara yang kecik2 ni ramai, maka lensa Bubble yang dah berhabuk ni kembali berkilat.

Ni pun kiut kan?? Anak kacukan memang kiut..:)


Hari ni Bubble dah sampai di UiTM kota Samarahan dan kembali bikak buku mathematics dan kimia. Memandangkan dua subjek tu kena test dan presentation minggu ni, maka bubble kena la lupakan hasrat beraya ke rumah member di Kuching.

Lagi seminggu nak final nih....korang doakan kejayaan Bubble ye??

Next post, Bubble akan kembali bercerita tentang kisah seorang profesor dengan pendayung sampan. Nak dengar?? Tggu next post!! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...