Nuffnang

Sunday, September 11, 2011

Kisah seorang professor dan pendayung sampan

Salam sejahtera semua!
Maaf lah kalau sejak kebelakangan ni jarang update. Semua ni sebab nak final exam dah.
Ni pun baru lepas study gak. Macam-macam dah masuk dalam kepala ni.
Okeh! Back to main topic. Seperti yang Bubble pernah cakap pada post sebelum ni, nak cerita pasal professor dan pendayung sampan kan??
Ok, citer dia macam ni,



Kat sebuah perkampungan orang asli, ada seorang professor datang nak buat kajian tentang hutan tempat tu. Maka, bila tiba di sebatang sungai, dia menyewa sebuah sampan. Si pendayung sampan merangkap si empunya sampan, gembira dengan kedatangan seorang professor yang berpendidikan itu.
Dalam perjalanan mereka, si professor ingin menguji kehebatan ilmunya. Maka, dia bertanya kepada si pendayung sampan.
Prof: Awak ada belajar tentang biologi??
Pendayung sampan: Tak...
Prof: Oh, maka awak telah rugi 60 peratus dari kehidupan awak.
Maka bersedih la si pendayung sampan tadi...


Setelah beberapa minit, si professor terlihat sebuah gunung lalu bertanya:
Prof: Awak ada belajar geografi?
Pendayung sampan: Tak pernah tuan...
Prof: Sayangnya..awak rugi 30 peratus dari kehidupan awak...

Si pendayung sampan bertambah sedih...
Selang beberepa minit, si professor terlihat pula gunung berapi pasif. Lalu si professor bertanya:
Prof: Awak pernah belajar geologi?
Pendayung sampan: Tak pernah tuan. Malah, ini kali pertama saya dengar perkataan itu.
Prof: Hmm...awak telah rugi lagi 20 peratus kehidupan awak...
Si pendayung sampan terasa sangat kerdil...

Beberapa minit kemudian, sampan yang di naiki menghampiri sebuah jeram. Si pendayung sampan tidak dapat mengawal sampannya dan terjun ke sungai. Lalu berenang ke tebing sungai. Si Professor terpinga-pinga.
Pendayung sampan: Awak ada belajar berenang?? Jerit si pendayung di tebing.
Prof: Tidak...
Pendayung sampan: Bagus lah, awak telah rugi 100 peratus kehidupan awak!
Maka, mati lah si proffesor tersebut dengan ilmunya....

Cerita ni banyak pengajarannya. Bubble harap semua dapat ambil iktibar ye?? :)

8 comments:

  1. pengajaran...jgn nak cri kelemahan org laen je ...mereka yang lemah pOn adew kelebihan sendiri (eh.,ske2 aty je kesimpulan ct buat...hahaha)

    http://khayalan27.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Boleh saya share entri ni kat blog saya...:)

    ReplyDelete
  3. W'salam. Boleh2. Tp link balik ke blog ni k?? :)

    ReplyDelete
  4. subahanallah,, benarlah, setiap sesuatu ade kekurgan dan kelebihnnya, jgn sombong dgn apa yg kita ada kan..

    ReplyDelete
  5. betul3. kita hidup memang takleh nak sombong dengan org

    ReplyDelete
  6. setiap org ada kelebihan & kekurangan, so manfaat kan sebaik yang mungkin ...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...