Nuffnang

Sunday, June 12, 2011

Saya sayang awak....

Dulu saya melamar awak, awak cakap saya ni skema. Tak layak dengan awak...Betapa sedih hati saya...
Kemudian saya ubah imej saya...
Saya cuba mencari fesyen yang sesuai dengan saya demi awak...
Awak cakap saya tak ada pendirian...
Apa lagi yang awak mahu?
Saya cuba belajar bersungguh-sungguh. untuk menjadi yang terbaik. 
Tapi apakan daya. Saya bukan pandai sangat...


akhirnya saya mengalah..
Saya tahu saya tak layak untuk awak.
Kerana nilai diri awak begitu tinggi.
Dan saya begitu kerdil untuk mendapatkannya...

Tiba-tiba hari itu saya melihat awak menangis.
saya cuba hampiri, tapi awak cakap jangan...
saya tanya mengapa?
Awak cakap awak dah pudar warnanya. 
Saya cakap saya tak kisah.
Tapi awak tetap menegah...
Apakan daya..
Saya tak tahu nak buat apa lagi....


Malam itu awak cakap nak keluar dengan saya esok pagi.
saya seronok sangat! 
Lalu saya mencari pakaian terbaik dan minyak wangi paling mahal untuk keluar dengan awak.
Semalaman saya tak tidur!

Dan esoknya saya bangun awal untuk bersiap. Sejam sebelum temu janji kita saya dah sampai tau!
Begitu beharganya hari itu saya rasakan.
bila awak datang, saya pelik. Kenapa awak pucat??
api saya tetap tak kesah. 

Kita nak pergi mana? 
Awak cakap temankan je. 
Maka, saya pun ikut je....

Rupanya kita pergi hospital...
Untuk dapatkan rawatan..
Sebab awak dah gugurkan kandungan awak...

Tak apa... Saya akan tetap bersama awak. Jangan risau...
Lepas rawatan, saya hantar awak balik.
Awak tinggal sorang ke?

Saya tengok awak sejuk...
muka awak pucat....
Awak juga bosan...


Saya balik dan ambil cincin yang saya nak hadiahkan untuk awak dulu.
Nasib baik masih elok. dan harganya masih mahal.
Saya gadaikan dan beli peralatan untuk jaga awak. 

Dua bulan saya jaga awak. Saya harap awak sembuh sepenuhnya.
Awak cakap, terima kasih sebab jaga awak.
Saya cakap tak apa. Sebab saya kasihan tengok awak.
Lalu saya balik ke rumah saya. Setelah 2 bulan tak balik.

Malam tu awak telefon saya.
Awak nak keluar makan dengan saya. 
Saya terus bersiap.
Satu jam sebelum dinner kita, saya dah sampai!



Tapi, awak sampai dulu...
Cepatnya awak....
Awak cantik hari tu.
Sangat cantik....
Sebab awak dah pandai pakai tudung....

"Awak sangat baik...sudi tak awak menjadi suami saya?"
saya bermimpi?
Ya, saya sudi...tapi saya dah gadaikan cincin dulu.
Awak cakap tak apa. 
Yang penting saya mahu atau tak?
Saya cakap, pasti saya sudi.
Sebab dari dulu lagi saya sayang awak....

Sumbangan : Rexxar Pixxar

p/s; Kadang kala Allah kurniakan cinta kepada kita dengan cara yang pelik, membebankan, menjijikkan....tapi mengapa?? Kita tidak pernah tahu kerana percaturan Allah itu jauh lebih hebat....



Thursday, June 9, 2011

Cinta merpati putih

Malam itu Azlan membuka e-mail nya. Seperti biasa, tiada apa-apa yang baru. Semuanya mesej lama. Penantiannya selama ini seperti sia-sia. Azmida tidak langsung mengirimkan khabar berita setelah berpindah ke luar negara. Apa Azmida sudah melupakannya?

       Esoknya, Azlan kembali memeriksa peti masuk e-mailnya. Juga hampa. Azmida seperti sudah melupakan janji meraka. Ya, janji yang sudah hampir 9 tahun. Azlan sudah berputus asa. Mengapa begitu mudah Azmida melupakannya?
      Malam itu Azlan membuka kembali e-mailnya. Ah! Ada e-mail dari Azmida! Penantiannya selama ini terjawab. Lantas Azlan membuka e-mail tersebut dan......tidak.....

   

     Azlan, saya minta maaf jika e-mail ini melukai hati awak. Saya telah dijodohkan dengan anak pakcik saya sendiri. Semuanya telah dirancang oleh keluarga saya. Kini, saya sudah mempunyai keluarga saya sendiri. Harap awak faham. Tentang janji kita, usahlah awak risau. Saya sentiasa ingat akan janji kita. Cuma, semuanya bukan di tangan kita. Jodoh yang maha kuasa itu lebih hebat. Saya minta maaf sekali lagi. Semoga awak dapat menerima kenyataan ini.
     
     Yang benar,
      Azmida

     Azlan terkedu sebentar. Cintanya selama ini sungguh mudah dilupakan. Apa yang harus dia lakukan kini? Azlan buntuk. Air matanya menitis. Penantiannya selama ini hanya berbuahkan duka. Cinta yang disemai kini sudah hancur.

     Dahulu, mereka seperti pasangan merpati putih. Pacaran yang indah. Setiap cerita cinta mereka pastinya indah dan sungguh romantis. Harapan yang disandarkan pada cinta mereka amat tinggi. Namun segalanya kini hanya tinggal sejarah cinta. yang kini sudah terkubur.

    Siapakah yang mendustai cinta ini? Cinta yang berputik selama hampir 9 tahun kini musnah.

Tiga tahun berlalu. Ruang hati Azlan masih tidak mampu dimiliki oleh sesiapa. Cintanya pada Azmida sungguh dalam. Malah sehingga kini, cintanya tidak pernah mati.
 
    tiba-tiba pintu rumahnya diketuk oleh seseorang. Lantas Azlan membuka pintu dan seorang pemuda berwajah tampan tersenyum padanya. Siapakah dia?

    "Aku Raz. Suami Azmida." Azlan tersentak seketika. Mengapa suami Azmida di sini?
   "Kenapa kau datang ke sini?'
   "Biarkan aku masuk dan aku akan ceritakan semuanya." Azlan tiada pilihan lain dan membenarkan Raz masuk.
    "Kau masih sayang pada Azmida?" Raz merenung mata Azlan. Azlan tergamam mendengar soalan itu.
    "Kalau aku sayang sekalipun, dia sudah jadi isteri orang. Berdosa aku ganggu rumah tangga korang." Azlan menjawab dengan tenang.
     "Kalau kau masih sayang padanya, kau jumpa dia. Aku akan lepaskan dia." Azlan bingung. Apa semua ini? Apa yang terjadi pada rumah tangga mereka?
      "Kau cakap apa ni? Kau tak sayang rumah tangga kau?" Azlan meninggikan suaranya.
      "Sebab aku sayangkan Azmida aku lepaskannya. Selama 3 tahun aku kahwin, dia isteri aku. Tapi dia bukan milik ku. Hatinya pada engkau. kau pergilah kepadanya. Aku bersalah, sebab ganggu hubungan kau dan dia." Raz dengan tenang menjelaskan segalanya.

********************************************************************************
        "Azmida, kau masih cintakan aku rupanya." Azlan merenung wajah bersih Azmida. Azmida sejak tadi menakung air mata. Tidak tergambar kegembiraan berjumpa Azlan. Cinta lamanya yang kini kembali.
        "Aku dah cuba sedaya upayaku untuk mencintai Raz. Tapi aku tak mampu. Hatiku masih pada kau Azlan." Azmida tidak lagi mampu menahan sebak. Air matanya gugur jua.
          "sabarlah. Raz dah beritahu aku segalanya. Malah, dia sedang uruskan proses penceraian."
          "Aku masih jaga cinta kita Azlan. Mahkotaku juga ku simpan  demi cinta kita. Hatiku ada pada kau." Azlan agak kagum dengan Azmida. Sehingga begitu sekali dia setia pada dirinya.
          "Terima kasih Azmida. Sebab jaga cinta kita....."
*********************************************************************************
          "Aku dah uruskan segalanya. Azlan, kau jaga isteri aku elok-elok. Jaga dirinya seperti mana kau jaga diri kau. Aku yakin, kau mampu. Semuanya aku dah uruskan." Azlan merenung burung merpati miliknya. Kisah cintanya bersama Azmida seperti merpati itu. Malah, merpati itu juga dihadiahkan oleh Azmida kepadanya. Tanda cinta yang agung. Seputih merpati itu.
           "Kau dah lafazkan talak?" Azlan mengajukan soalan kepada Raz.
            "Belum. Bila aku dah sedia, aku akan lafazkan. Kau tunggulah...sayu suara Raz. Tergambar sedihnya hati meninggalkan orang yang disayang.
            "Raz, kau sayangkan Azmida?"
            "Soalan apa kau tanya ni? Suami mana yang tak sayangkan isteri?"
            "Kalau macam tu, kau batalkan niat kau untuk bercerai...." Air mata Azlan menitis....
            "Hah! Kenapa? Kau cakap apa ni?" Raz terkejut dengan kata-kata Azlan.
            "Kau balik dan jumpa isteri kau. Kau suaminya yang sah! tugas kau mempertahankan rumah tangga. Bukan hancurkan rumah tangga!" Raz terkedu....tiada kata-kata yang mampu diungkapkan.
            "Aku minta maaf Raz kalau menyusahkan kau. Kau tolong aku hantar burung merpati ni kepada Azmida. Dan surat ini sekali. Lepas ni, jangan lagi datang ke rumah aku....." Raz mengambil burung merpati beserta surat itu, Azlan lantas masuk ke dalam rumahnya. Hatinya sudah tidak mampu menahan sedih. Puas dia memikirnya sejak semalam.
         
**********************************************************************************

 "Azmida, ini pemberian Azlan. Awak bacalah." Azmida mengambil surat dari tangan Raz.

          Azmida, 
        
           Aku tidak berniat untuk ganggu rumah tangga kau dan Raz. Bagi aku, Raz tiada cacat celanya. dia seorang suami yang cukup baik. Tiada alasan untuk kau berlaku nusyuz terhadap Raz. Raz telah memberikan segalanya yang kau berhak. tapi di mana hak Raz? Balik lah ke pangkuan suami kau. Lupakan tcinta kita. cinta kita kini cuma mainan syaitan untuk hancurkan rumah tangga kau. Harap kau juga sedar. dengan ini, aku sertakan merpati putih yang kau hadiahkan kepdaku. Aku telah menjaganya dengan baik. Seperti mana kita menjaga cinta kita. Aku tidak salahkan kau. Aku yakin, kau menjaga cinta kita dengan sempurna. cuma tiada jodoh antara kita. Benar apa yang kau cakap dahulu. Jodoh yang maha esa jauh lebih hebat. Kembalilah kepada Raz. kerana, dialah syuga kau.
     
     yang benar,
     Azlan.


Menitis air mata Azmida membaca surat itu. Raz hanya mapu melihat. Tak sangka, dirinya sungguh bodoh kerana meruntuhkan rumah tangga sendiri. Benar apa yang dikatakan Azlan. Azmida memeluk suaminya erat. Kini dia akui kesilapannya selama 3 tahun berkahwin.
   
      "Maafkan saya Raz....Saya derhaka..." Azmida tidak mampu memandang wajah Raz. Lelaki yang sanggup berbuat apa sahaja demi isterinya yang tercinta. Kini dia tahu, nilai cinta Raz yang tak pernah dilihatnya.
          Dengan berat hati Azmida melepaskan merpati putih....tanda cinta Azmida dan Azlan.....

      Tamat!!!

Sumbangan : Rexxar Pixxar
    
       
 

Wednesday, June 8, 2011

Sehari kepenatan....

Sepanjang cuti sem, aku banyak duduk lepak je kat rumah. Boring la jugak. Tp ok la dapat jumpa family. Jumpa adik aku yang dah lama aku tak jenguk. Main badminton dengan dia. Yes!!!

Tapi, lepas nak habis cuti ni, aku terima lak undangan kenduri kawen. Dengan selamber nya aku mencuba kamera aku yang dah berhabuk ni. Kalau takda kerja, memang bersawang la kamera aku ni. 

Ingat jadi photographer pengantin ni best? Best la jugak sebenarnya. tapi penat ui...kalau sorang2 memang penat. At least kena ada 3 orang baru la ok sket. 

Pengantin perempuan namanya Nur Ain bt Othman. Orang Bintulu, Sarawak. Kalau pengantin lelaki lak, Iskandarsa Kalipunya. Orang Sandakan Sabah. Cunnnn dude! Sarawak n Sabah. Kira ok la tu. 






Ramai gak photographer yang join sekali ambik gambar. Korang enjoy la gambar yang aku ambik ni. Gambar yang tak seberapa ni. Ye la, baru je belajar main kamera. takda trick apa pun. just snap! Yang penting, enjoy! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...