Saya sayang awak....

Dulu saya melamar awak, awak cakap saya ni skema. Tak layak dengan awak...Betapa sedih hati saya...
Kemudian saya ubah imej saya...
Saya cuba mencari fesyen yang sesuai dengan saya demi awak...
Awak cakap saya tak ada pendirian...
Apa lagi yang awak mahu?
Saya cuba belajar bersungguh-sungguh. untuk menjadi yang terbaik. 
Tapi apakan daya. Saya bukan pandai sangat...


akhirnya saya mengalah..
Saya tahu saya tak layak untuk awak.
Kerana nilai diri awak begitu tinggi.
Dan saya begitu kerdil untuk mendapatkannya...

Tiba-tiba hari itu saya melihat awak menangis.
saya cuba hampiri, tapi awak cakap jangan...
saya tanya mengapa?
Awak cakap awak dah pudar warnanya. 
Saya cakap saya tak kisah.
Tapi awak tetap menegah...
Apakan daya..
Saya tak tahu nak buat apa lagi....


Malam itu awak cakap nak keluar dengan saya esok pagi.
saya seronok sangat! 
Lalu saya mencari pakaian terbaik dan minyak wangi paling mahal untuk keluar dengan awak.
Semalaman saya tak tidur!

Dan esoknya saya bangun awal untuk bersiap. Sejam sebelum temu janji kita saya dah sampai tau!
Begitu beharganya hari itu saya rasakan.
bila awak datang, saya pelik. Kenapa awak pucat??
api saya tetap tak kesah. 

Kita nak pergi mana? 
Awak cakap temankan je. 
Maka, saya pun ikut je....

Rupanya kita pergi hospital...
Untuk dapatkan rawatan..
Sebab awak dah gugurkan kandungan awak...

Tak apa... Saya akan tetap bersama awak. Jangan risau...
Lepas rawatan, saya hantar awak balik.
Awak tinggal sorang ke?

Saya tengok awak sejuk...
muka awak pucat....
Awak juga bosan...


Saya balik dan ambil cincin yang saya nak hadiahkan untuk awak dulu.
Nasib baik masih elok. dan harganya masih mahal.
Saya gadaikan dan beli peralatan untuk jaga awak. 

Dua bulan saya jaga awak. Saya harap awak sembuh sepenuhnya.
Awak cakap, terima kasih sebab jaga awak.
Saya cakap tak apa. Sebab saya kasihan tengok awak.
Lalu saya balik ke rumah saya. Setelah 2 bulan tak balik.

Malam tu awak telefon saya.
Awak nak keluar makan dengan saya. 
Saya terus bersiap.
Satu jam sebelum dinner kita, saya dah sampai!



Tapi, awak sampai dulu...
Cepatnya awak....
Awak cantik hari tu.
Sangat cantik....
Sebab awak dah pandai pakai tudung....

"Awak sangat baik...sudi tak awak menjadi suami saya?"
saya bermimpi?
Ya, saya sudi...tapi saya dah gadaikan cincin dulu.
Awak cakap tak apa. 
Yang penting saya mahu atau tak?
Saya cakap, pasti saya sudi.
Sebab dari dulu lagi saya sayang awak....

Sumbangan : Rexxar Pixxar

p/s; Kadang kala Allah kurniakan cinta kepada kita dengan cara yang pelik, membebankan, menjijikkan....tapi mengapa?? Kita tidak pernah tahu kerana percaturan Allah itu jauh lebih hebat....



Comments

Post a Comment