Nuffnang

Monday, November 28, 2011

My new rollerblade!

Salam semua kepada pembaca blog bubble nih. ;)
Hari ni bubble nak sahre kegembiraan bubble kepada semua. Setelah hampir 3 bulan bubble tak skating, akhirnya bubble akan kemabali bermain.;) Bagi yang dah tau, sebelum ni bubble pernah hilang rollerblade sebab kena curi. Memang sedih sangat. ye la, hobi yang paling bubble sayang tu. Dah la harga rollerblade tu memang mahal sangat.

Ni la OS3 yang hilang kena curi dulu...



Lepas kejadian tu Bubble try cari member yang boleh dapatkan roller baru untuk Bubble dan akhirnya Bubble berjumpa dengan Edosh dari shah alam. Dia official dealer aggressive skate kat malaysia ni. So, senang la berunding.;)

Bincang punya bincang, dan diberi kaunseling secara percuma oleh edosh, maka Bubble decide nak beli Razors Horn SL. SL tu maknanya "super light" thats mean roller tu nanti agak ringan sikit berbanding roller aggressive biasa. Edosh ambik order dari AggressiveMall.com. So, shiping dari UK ke Malaysia mengambil masa lebih kurang 4 hari dan sampai ke Sarawak dalam seminggu.

Setelah selesai order dan tak sampai seminggu pun dah sampai ke Kuching.
ni la dia Razors Horn SL 
Sesiapa berminat nak order, boleh je. Kat malaysia ni ada 3 official supplier yang order rollerblade ni. Kat FB boleh cari ek diaorang. Wheel love skateshop, Roller Unite dan Edosh Azhar. Diaorang ada katalog dan ada yang ready stock. Kalau ready stock, lagi cepat nak sampai. Hari ni bagi duit, esok samapi dah. Kalau tak pun jumpa je diaorang dan tengok sendiri yang mana berkenan. ;)

Range harga rollerblade ni dari RM600 sampai RM1500 ikut la nak beli yang mana. Bagi yang beginner, rm700 dah cukup untuk dapatkan roller yang tahan lama sampai 8-10 tahun boleh pakai. :)

Bubble punya razors horn tu RM1200. setelah discount dari edosh. Sekarang wheel love buat clearence stock. Pro model pun harga rm700 je. So, siapa cepat dia dapat.

Lawa kan? Sekarang offer tau. RM799 je kat wheel love.:)


As a conclusion, Bubble sangat-sangat gembira dapat roller baru ni. 3 bulan tak main, memang sangat-sangat rindu nak skate balik. Sekarang dah boleh main. Cuma hari ujan la...tak dapat lagi nak try. Roller pun masih dalam kotak lagi...

Wednesday, November 9, 2011

Cinta jarak jauh...susahnya...

Apa kabar semua pembaca? Bubble harap semuanya sihat.

Bila Bubble perhatikan pembaca blog ni ramai dari golongan remaja. So, Bubble nak buat satu entry yang remaja suka sangat! Iaitu CINTA....
Bagi yang dah berumah tangga, hopefully dapat berkongsi pendapat di ruang komen ye?? :)

Hari ni Bubble nak minta pendapat korang tentang cinta jarak jauh.....Yup! Cinta jarak jauh.
Ni cuma pandangan peribadi Bubble la ek? Kalau salah minta dibetulkan...



Apa perasaan korang semua bila pasangan kita jauh? Isteri jauh...suami jauh...tunang jauh....kekasih jauh....
Banyak sangat halangan....nak jumpa pun payah....kalau si dia merajuk, susah gila nak pujuk sebab jauh..
Daripada survey yang bubble dapat, bayak masalah yang ramai hadapi bila pasangan jauh.

Tuesday, November 8, 2011

Salah ke kaya??

Salam buat semua pembaca Bubble Haze..
Macam mana hari ni? Harap semuanya baik dan sihat ye? Bubble pun tengah cuti sekarang, so, agak free la nak update blog. Even sekarang ni sibuk prepare untuk next semester. Hari ni Bubble nak cerita pasal satu benda yang kita selalu silap pandang. Apa itu?? Ya, pasal kekayaan!





Salah ke bila seseorang itu mengidam untuk kaya? Salah ke apabila seseorang itu kaya? Kita perasan atau tak, masyarakat kita sering kutuk orang kaya. Apabila seseorang itu berhajat untuk kaya, pasti kita cop mereka sebagai mata duitan..
"Duit bukan segalanya beb! Bukan boleh bawak mati!"
Tu la yang bubble selalu dengar. Tapi boleh ke masyarakat sekarang hidup tanpa duit?? Ya, memang boleh. Tapi ada duit pasti lebih baik bukan?

Tak ada benda dalam dunia ni Allah jadikan secara sia-sia. Tanpa sebab. Begitulah hakikatnya dengan duit. Kejayaan orang sekarang ni kita terjemahkan dengan duit. Sijil belajar tinggi tak guna kalau tak ada duit banyak. Trofi kat rumah berlambak-lambak. Tapi tak guna kalau tak mampu diterjemahkan dengan wang. betul atau tak?? Tepuk dada tanya iman ek?

kenapa kita belajar tinggi-tinggi?? Sure rata-rata nak kerja gaji besar. Untuk apa tu?? Mesti la nak kaya...
semua orang impikan nak kaya. Salah ke nak kaya?? Pastilah TIDAK! Kerana Islam sendiri menggariskan kita untuk mengejar kekayaan itu. Ambillah harta di dunia ini sebanyak mana kita mampu. Asalkan kena dengan caranya. Kenapa? supaya kita menjadi lebih bertaqwa. Rasulullah SAW bersabda apabila seorang sahabat menginfaqkan seluruh hartanya untuk jihad. "wariskan hartamu kepada warismu nanti. Kerana mewariskan harta itu lebih baik dari meminta-minta" Apa yang cuba disampaikan di sini, ialah mewariskan harta kita kepada anak cucu nanti lebih baik dari kita wariskan hutang kepada mereka. So, salah ke nak kaya??

memang betul, bila kaya, tanggungjawab lebih besar. Ramai yang kaya buta hatinya dengan harta. Tapi, jangan lupa, ramai yang buta hatinya kerana kemiskinan. Berapa ramai orang yang miskin menggadaikan agamanya untuk hanya beberapa ribu. Cukup ramai yang murtad kerana ditawarkan harta, tempat tinggal yang mewah, dan menjual maruah untuk beberapa ratus semalam. Apa kita pernah lihat ini??

Bubble selalu ke masjid di Bintulu ni. Ramai yang datang guna kereta mewah beb. Ye la, kat sini dekat dengan MLNG. Majoriti yang kerja di sini adalah Engineer. So, gaji memang besar la. Dulu masa cetek sangat ilmu ni, Bubble selalu anggap mereka ni riya' dan nak menunjuk-nunjuk. Persepsi Bubble sama seperti orang ramai. Tapi, bila bergaul lama dengan mereka, Bubble tersentak dengan satu perkataan ni.."Orang Islam ni kena miskin ke? Ke masjid tak boleh pakai kereta besar?"

Betul apa yang pakcik ni cakap...kalau kita pakai kereta besar sikit, mula la orang kir kanan cemburu. Lepas tu orang yang bukan Islam bila tengok kat masjid, semua kereta buruk. Motosikal je banyak. Tapi cuba kita tengok di pasar bila hujung minggu. Fuh!! Merc, BMW, Lamborghini, Ferrari semua ada! Kat masjid lak apa ada?? C70 milik pak imam je ader....

"Ala, kita tak menunjuk. Tawadhuk namanya..." Kita faham ke apa yang dimaksudkan tawadhuk tu? Kena ke sampai macam tu kita kena buat? Allah dah bagi kita kereta besar. Masih nak guna moto buruk ke masjid? Apa ertinya kemewahan yang Allah bagi kalau tak digunakan untuk jalan Allah?? Sepatutnya, kereta besar tu la yang ke masjid. Kereta buruk guna untuk ke pasar beli barang dapur. Baru jumat minyak. betul tak?

Jadi sekali lagi Bubble nak tanya, salah ke kaya?? Pasti tidak...seua orang nak kaya. semua orang nak senang. Senang di dunia dan di akhirat. Tapi tak semudah tu...kita kena usaha la sebaik yang mungkin. Sebab, dengan berusaha mengikut ajaran Islam barulah kita bersyukur dengan kekayaan tu. Baru berkat harta.


Salam dari Bubble Haze...

Sunday, November 6, 2011

Cerita seorang hamba...

Salam Aidil Adha semua!

Maaflah, lama tak update blog ni. Semenjak internet takda ni, susah nak jenguk blog. Bukan takda, cuma slow sangat. Bila nak update je, memang slow line ni. Nasib hari ni line tak buat hal. Tambah lak mood nak menaip ni datang hari ni.

Ok, hari ni macam biasa Bubble nak cerita satu cerita. Cerita dia pasal seorang hamba yang bekerja engan seorang orang kaya. Oarang kaya ni sangat la kayanya sampai rumah dia ada swimming pool dalam rumah tu. Indoor la katakan.


Samapai satu masa, si orang kaya ni ambik la sorang hamba untuk membentunya buat kerja rumah. Bila si hamba datang, si hamba berjanji untuk menjalankan kerja dengan baik dan amanah. Lalu si orang kaya berasa puas hati dan berkata,
"kau boleh gunakan semua kemudahan di rumah ini ikut suka hati engkau. Swimming pool tu kau mandi la puas puas. Peti asi aku tu banyak makanan. Kau makan la suka hati engkau. Dan astro ni penuh channel aku langgan. Tak cukup lagi parabola pun ada. Nak home theatre, semua ada ada kat rumah ni. Kat belakan rumah ni pun ada padang bola. Kau main la dengan jiran2 kalau nak. Cuma aku nak kau buat kerja seperti yang aku suruh. boleh?"
 Maka si hamba tu berasa sangat genbira! Lantas si orang kaya menyerahkan kunci rumah kerana percayakan si hamba. Baik tak si orang kaya tu?? hehehehe....

Keesokan harinya, si orang kaya bangun dan melihat baju nya belum digosok..(Iron). Lalu orang kaya bengang...
"Wei hamba ku! Kenapa kau tak gosok baju aku ni?? Sarapan pagi aku pun kau tak buat lagi"
lalu apa kata si hamba??

"Maaf tuan..saya sedang berenang di kolam renang. Tadi saya tengok astro..."

Hahahaha!!!

Lawak ke?? Macam tu la kita manusia. sedar atau tidak, Allah telah beri semua kelengkapan kita kat dunia ni. bagi yang kaya tu lagi la. Macam-macam da Allah bagi. melancong seluruh dunia. Cuma Allah nak taat pada perintah-Nya. un susah nak buat. Lagi Maha penyayang Allah memaafkan kita pulak...kalau la aku jadi si orang kaya tadi, aku dah pecat hamba tu. Taknak aku bela lama-lama. Kalau lah Allah "Pecat" kita...mana kita nak tinggal??? Tu je la untuk kali ni ek?? Lama tak update blog, idea makin kering...hehehe...
Salam Eid Adha dari BUBBLE HAZE....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...