Salah ke kaya??

Salam buat semua pembaca Bubble Haze..
Macam mana hari ni? Harap semuanya baik dan sihat ye? Bubble pun tengah cuti sekarang, so, agak free la nak update blog. Even sekarang ni sibuk prepare untuk next semester. Hari ni Bubble nak cerita pasal satu benda yang kita selalu silap pandang. Apa itu?? Ya, pasal kekayaan!





Salah ke bila seseorang itu mengidam untuk kaya? Salah ke apabila seseorang itu kaya? Kita perasan atau tak, masyarakat kita sering kutuk orang kaya. Apabila seseorang itu berhajat untuk kaya, pasti kita cop mereka sebagai mata duitan..
"Duit bukan segalanya beb! Bukan boleh bawak mati!"
Tu la yang bubble selalu dengar. Tapi boleh ke masyarakat sekarang hidup tanpa duit?? Ya, memang boleh. Tapi ada duit pasti lebih baik bukan?

Tak ada benda dalam dunia ni Allah jadikan secara sia-sia. Tanpa sebab. Begitulah hakikatnya dengan duit. Kejayaan orang sekarang ni kita terjemahkan dengan duit. Sijil belajar tinggi tak guna kalau tak ada duit banyak. Trofi kat rumah berlambak-lambak. Tapi tak guna kalau tak mampu diterjemahkan dengan wang. betul atau tak?? Tepuk dada tanya iman ek?

kenapa kita belajar tinggi-tinggi?? Sure rata-rata nak kerja gaji besar. Untuk apa tu?? Mesti la nak kaya...
semua orang impikan nak kaya. Salah ke nak kaya?? Pastilah TIDAK! Kerana Islam sendiri menggariskan kita untuk mengejar kekayaan itu. Ambillah harta di dunia ini sebanyak mana kita mampu. Asalkan kena dengan caranya. Kenapa? supaya kita menjadi lebih bertaqwa. Rasulullah SAW bersabda apabila seorang sahabat menginfaqkan seluruh hartanya untuk jihad. "wariskan hartamu kepada warismu nanti. Kerana mewariskan harta itu lebih baik dari meminta-minta" Apa yang cuba disampaikan di sini, ialah mewariskan harta kita kepada anak cucu nanti lebih baik dari kita wariskan hutang kepada mereka. So, salah ke nak kaya??

memang betul, bila kaya, tanggungjawab lebih besar. Ramai yang kaya buta hatinya dengan harta. Tapi, jangan lupa, ramai yang buta hatinya kerana kemiskinan. Berapa ramai orang yang miskin menggadaikan agamanya untuk hanya beberapa ribu. Cukup ramai yang murtad kerana ditawarkan harta, tempat tinggal yang mewah, dan menjual maruah untuk beberapa ratus semalam. Apa kita pernah lihat ini??

Bubble selalu ke masjid di Bintulu ni. Ramai yang datang guna kereta mewah beb. Ye la, kat sini dekat dengan MLNG. Majoriti yang kerja di sini adalah Engineer. So, gaji memang besar la. Dulu masa cetek sangat ilmu ni, Bubble selalu anggap mereka ni riya' dan nak menunjuk-nunjuk. Persepsi Bubble sama seperti orang ramai. Tapi, bila bergaul lama dengan mereka, Bubble tersentak dengan satu perkataan ni.."Orang Islam ni kena miskin ke? Ke masjid tak boleh pakai kereta besar?"

Betul apa yang pakcik ni cakap...kalau kita pakai kereta besar sikit, mula la orang kir kanan cemburu. Lepas tu orang yang bukan Islam bila tengok kat masjid, semua kereta buruk. Motosikal je banyak. Tapi cuba kita tengok di pasar bila hujung minggu. Fuh!! Merc, BMW, Lamborghini, Ferrari semua ada! Kat masjid lak apa ada?? C70 milik pak imam je ader....

"Ala, kita tak menunjuk. Tawadhuk namanya..." Kita faham ke apa yang dimaksudkan tawadhuk tu? Kena ke sampai macam tu kita kena buat? Allah dah bagi kita kereta besar. Masih nak guna moto buruk ke masjid? Apa ertinya kemewahan yang Allah bagi kalau tak digunakan untuk jalan Allah?? Sepatutnya, kereta besar tu la yang ke masjid. Kereta buruk guna untuk ke pasar beli barang dapur. Baru jumat minyak. betul tak?

Jadi sekali lagi Bubble nak tanya, salah ke kaya?? Pasti tidak...seua orang nak kaya. semua orang nak senang. Senang di dunia dan di akhirat. Tapi tak semudah tu...kita kena usaha la sebaik yang mungkin. Sebab, dengan berusaha mengikut ajaran Islam barulah kita bersyukur dengan kekayaan tu. Baru berkat harta.


Salam dari Bubble Haze...

Comments

  1. menjadi orang kaya adalah salah satu matlamat manusia sebenarnya.
    kalo pilih jalan yang betul, insyaAllah kita boleh kaya dengan rahmat Allah

    ReplyDelete
  2. Setakat ni Alhamdulillah dgn apa yang ada... nak sesuatu lambat atau cepat insyaallah dapat.. kaya mmg boleh dan tak salah asalkan hak org miskin jgn lupa dan sedekah utk akhirat sbg bekalan..tepuk dada tanya iman...

    ReplyDelete
  3. selagi tak terkeluar dari landasan dan syariat Islam,tak salah pun kalau nak kaya,tapi bila dah kaya beringatla bukan semua rezeki tu milik kita.Ada hak org lain jugak dalam tu (zakat)

    ReplyDelete
  4. boleh kaya.. tp jgn sampe tertipu akan kekayaan

    ReplyDelete
  5. kadangkala kekayaan seseorang itu adalah hasil dari titik peluh bersusah2 dahulu...
    bg lorna, ape saja barang mewah yg diperolehi adalah satu kepuasan kerana ia adalah reward kerja keras setiap hari :)
    namun berpada2...jgn lupa sedekah pd yg memerlukan....baru la berkat insyaAllah berkongsi sedikit kekayaan kpd yg benar2 memerlukan krn dah tertulis mmg ada sedikit hak mereka pd setiap kekayaan yg kita ada :)

    ReplyDelete
  6. Kaya tu x salah tp kena pandai bwa diri dlm masyarakat. Nanti xder la yg dok mengata. Tp mulut org mana kita boleh tutup kan?

    ReplyDelete

Post a Comment