Nuffnang

Wednesday, September 25, 2013

Kemelut di Persimpangan? Istikharah selesaikan!

"Kita berjumpa ddengan orang yang salah sebelum berjumpa dengan orang yang betul." Pernah dengar quote ni? Sure pernah bagi mat jambu dan yang pernah clash dengan awek or pakwe. Let me explain you all guys tentang quote ni. Theoretically, benda ni ramai org assume macam kita belajar dari kesilapan.
          Let say seorang mamat ni couple dengan minah A. Lepas beberapa bulan, clash la pulak. Sebab nya minah A kuat berleter. Selang beberapa bulan couple pulak dengan si minah B. Oppss!!! Clash lagi. Kali ni minah B tu kuat menipu. Ok, lepas ni cari perempuan yang tak kuat berleter dan tak kuat menipu. Kita try pulak minah C. Oh, minah C ni tak setia. Clash lagi. Letak pulak syarat lepas ni kena cari yang setia. Last2....nikah umo dah tua. Tu pun dengan minah A balik. So, yang B, C, D, E bla...bla...bla..tadi semua salah???

          "Dan SEGALA SESUATU Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah." (Adz-Dzariyat: 49)
              Ya memang benar kita ini djadikan dengan berpasang pasangan. Contoh di atas tadi saya letak sebagai cerita basic bagaimana manusia ni hebat mengatakan kita berjumpa dengan org yang salah dalam memilih jodoh ni.Sebenarnya tidak ada orang yang salah kita jumpa. Cuma dalam konteks di atas, kita lupa satu perkara, tidak ada istikharah dalam memilih jodoh. "Bro, aku dah istikharah. Memang muka dia yang muncul dalam mimpi aku.  Dah 3 hari beb aku mimpi dia sepanjang aku istikharah. Cuma aku tak paham macam mana aku boleh clash dengan dia."
            Dush!!! Palmface 3 kali kat muka. Hantuk kepala kat dinding. Harapkan mimpi je ke brader? Ada usaha lebih tak? Solat istikharah buat, tapi solat fardhu lu buat tak? Memang la mimpi dia sampai 3 hari kalau dah angau. Ingat jawapan Istikharah ni Allah letak dalam mimpi je? Takda cara lain?
           Kalau Allah nak bagi jawapan dalam urusan jodoh dan istikharah ni, yang pertama sekali memang melalui mimpi. Saya tak nafikan benda ni. Yang seterusnya untuk confirmation, Allah permudahkan jalan untuk korang mendirikan rumah tangga. Bukan permudahkan jalan untuk korang makin terjerumus ke maksiat! "Aku rasa aku dah dpt petunjuk yang aku akan menkahinya...kerana sekarang dia mengandungkan anak aku.." Dusshhhh!!!! Ni pun petanda gak, petanda supaya bersegera bertaubat!!!
         Lagi, apa petanda istikharah ni? Orait, bagi lelaki bila seruan itu benar, korang akan rasa tanggungjawab yang berat untuk dipikul bersama dia. Tak timbul dalam hati nak sentuh dia selagi tak halal. Come on dude!! Korang taknak dia rosak, tapi takkan korang nak biarkan tangan korang sendiri yang akan rosakkan bakal isteri??? Plus, korang akan berminat nak tahu lebih apa lagi tanggungjawab yang perlu untuk bimbing isteri. Ingat, nak jadi suami ni kena cukup kuat untuk bagi nafkah. Nafkah ni ada dua, zahir dan batin. Nafkah zahir ni pun da makin sesak sekarang, dengan harga barang yang macam roket naik, ni lagi nafkah batin. OOO.....bukan nafkah "batin" yang korang fikir tu je (im thinking the same things!! hahahaha!!) tapi nafkah batin ni merangkumi ilmu agama yang nak di bagi kat isteri dan anak-anak kelak. Ooopppsss....korang dah khatam Quran tak bulan ni? Kalau tak khatam lagi, macam mana mau khatam ilmu rumah tangga?? Hehehehe...
        Istikharah ni kena berterusan. Bukan esok nak nikah baru nak istikharah ini malam. Bukan tak boleh, tapi cuba fikir skit, kita ni kalau dalam bab kehidupan harian semua nak awal. Nak naik pangkat awal, nak dapat gaji awal, nak bonus awal....jodoh pun nak awal jgk??? So, istikharah la awal-awal. Kalau dah kenal kat kampus tu, istikharah cepat. Nanti dah cukup semua, da ada kerja, masa tu dah tak ada timbul rasa was-was dah. Lagi satu, jangan banyak baca buku novel, tengok wayang jiwang....nanti layan blues sorang-sorang. Ingat, setiap kita ni Allah dah bagi jalan cerita sendiri. Jalan cerita tu la yang paling romantik dalam hidup kita. Buat apa nak sama dengan orang?? Boring beb!! Create your own future! Get a life dude!!
       Jodoh yang diredhai akan bawak kita hampir kepada yng maha Esa. Bukan jauh dari-Nya. Ingat, dalam sesi taaruf, dan pertunangan, permainan hati sangat dahsyat. Masa ni la syaitan nak bagi korang offside habis-habis. Tingkatkan ibadah dan tegur pasangan masing-masing kalau dah terlajak. Kurangkan berjumpa. Ala, save la perjumpaan tu bagi lepas nikah kelak. Nanti lepas nikah hari-hari jumpa ma...(baru tgk KL gengster ni..)
        The rest, saya rasa sendiri boleh tambah. Kalau ada pengalaman atau point yang baik, boleh letak kat rung komen. Yang pentingnya, istikharah ni sangat penting. Bukan pasal jodoh je, benda lain pun boleh istikharah. Macam nak kerja kat mana, nak sambung study kat mana, macam-macam lagi la. Cuma kat sini saya ketengahkan soal jodoh. Ramai yang main bedal je pasal nikah ni. Ada yang kenal kat mana ntah, kapel 3-4 bulan terus nikah. Ok la, takda masalah. Cuma kalau boleh dah nikah tu belajar la apa tanggungjawab. Nikah bukan sehari dua, ni samapi mati beb....takkan nak nikah cerai sebulan sekali. Org pun jemu nak dtg majlis nikah ko sorang.
       Rasanya tu je kot. Next time saya update lagi. InshaAllah pasal masalah lain pulak. Sayonara!!
           
      

Tuesday, July 23, 2013

Nilai Iman Kita

Assalamualaikum buat pembaca semua,

Hari ini sengaja nak ceramah sikit pasal iman. Adui, beb. Benda ni kat sekolah rendah lagi gua dengar. Sound la cerita lain la. Orait, aku kasi nafas baru sikit ceramah kali ni. Try compare iman kita ni dengan orang yang baru masuk Islam. Ok  tak? Hmmm..masa aku duduk dalam halaqah satu masa dulu, aku ada dengar member aku ni cerita life dia masa kat UK dulu. Time tu dia tudy lagi kat sana. Dia cakap mat salleh ni kalau masuk Islam, jihad diaorang memang superb! Samapi sanggup turun street nak edarkan flyer pasal Islam, ikut gerakan kemanusiaan, ikut program keagamaan. Memmang respect bila dengar. Tapi bila compare dengan life kita kat Malaysia ni, tak jauh beza beb. 
     Kat negara kita ni aku jumpa ramai yang convert jadi muslim ibadah mereka sangat hebat. Malah, tidak segan bertanya ustaz tentang kemusykilan agama. Kadang-kadang mereka tanya aku "Kalau subuh, kita memang disunatkan solat sorang-sorang ke?" Adui, malu aku nak jawab beb. Cuba kita try selidik di mana silap kita...

     Bayangkan kalau kita melanggan sebuah kereta sewa. Cuba perhatikan kereta itu dengan kereta milik kita. Sure jauh beza. Kereta sewa biasanya dah buruk, banyak rosak, minyak gerenti kosong! Sebab apa? Kita bayar sejam je. Lepas pakai lantak la. Bukan kereta kita pun. Kan????
       Kalau kereta kita sendiri? Biarpun kereta secondhand, murah, 660cc je pun...gerenti kita kasi kilat, hari-hari check minyak, enjin ok ke tak, audio sistem macam mana, kalau pecah sikit bunyi, tukar baru beb! Sayang giler! Bini nombor 2 la katakan. Tapi kenapa kita sayang sangat kereta kita tu berbanding kereta sewa? Yes! Sebab kereta kita ni diperolehi dari usaha kita. Titik peluh kita, susah payah kita, wang kita dan tenaga kerja kita!
          Begitu juga dengan iman kita. Kualiti iman yang ada pada para mualaf sangat tinggi kerana mereka memperolehinya dengan air mata, hati yang kental, dan mungkin dengan darah mereka. Kita pula, lahir-lahir dah Islam. Alhadulillah! Cuma kita kurang penghargaan terhadap nikmat terbesar ini. Tidak hairan kalau ramai yang tak solat, tak puasa, tak membayar zakat, tak menutup aurat, tak jaga mulut, dan kurang ajar dalam masyarakat. Kuantiti kita ramai. Sangat ramai! Tapi kualiti kita jauh offside dari ajaran Islam. 
           Islam ni bukan untuk para Ustaz je. Islam ni untuk kita yang bergelar manusia. Kita khalifah. Kita ada banyak tanggungjawab kat dunia ni. Apa nak jawab kat depan Allah kelak kalau ditanya tentang amalan kita? Nak ke Rasulullah SAW mengaku kita ni umat baginda kalau satu pun ajaran Rasulullah SAW kitatak buat? Di mana nilai iman kita? Tepuk dada, tanya iman..:D 

Tuesday, May 7, 2013

Demam PRU 13.

Assalamualaikum semua. Sudah lama rasanya bubble tak menulis di sini. Maklumlah, keadaan bubble ni ikut mood nak menulis. Cuma kali ni ringan tangan nak try application kat android untuk tulis blog kat phone. Wow, mmg best!

Kali ni bubble nak sentuh skit pasal politik kita. Tapi bukan hanya politik, tapi mostly pasal sikap kita terhadap orang lain hanya kerana politik.
PRU dah berakhir dan siapa yang memerintah pun kita dah pilih. Cuma masalahnya demam politik tu masih terasa bahangnya. Hanya kerana kita berlainan haluan politik menjadikan kita berpecah belah. Malah ada anak dan bapa bergaduh kerana berbeza pendapat politik.

Mengapa sampai macam ni jadinya? Ya, semua ni terjadi akobat diri kita yang masih tidak matang dalam bepolitik. Politik tidak sihat akan jadi macam ni la. Mungkin tak keterlaluan bubble katakan macam budak2 bergaduh sebab nak bagitau ayah siapa paling hebat atau sekolah siapa paling best!

Ingat, dalam berpolitik kita mesti jaga ukhuwah kita ni. Ni la punca rezeki kena tahan sebab putuskan silaturrahim. Nak lagi genpak, ada yang tak jadi kawen sebab bakal isteri pilih parti lawan masa mengundi! Adui!!!
Dah nak kawen tu beb.

Apa pun, hope yang baca ni akan muhasabah diri dari masa ke semasa. Kita hidup ni bukan selamanya. Buat yg terbaik dlm hidup kita. Apa pun hujah kita, kita masih manusia yang perlukan orabg lain dalm kehidupan kita. Peace!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...