Nuffnang

Monday, December 31, 2012

Aku Sudah Khatam!




        “Aku dah khatam Al-Quran.” Selalu juga saya dengar perkataan ni. Kenapa? Kadang-kadang saya cuba fikir apa makna disebalik perkataan seperti ini? Apa yang dia nak sampaikan sebenarnya? Mengikut pengamatan saya, dia ingin sampaikan dua perkara. Yang pertama dia nak bagitau yang dia sudah habis dan berpencen untuk baca Al-quran. Sangat bahaya untuk manusia yang berfikir seperti ini. Membaca dan mengenali huruf al-Quran adalah permulaan untuk mendalami ilmu di dalamnya. Lepas khatam, apa yang jadi dengan Al-Quran tu? Pasti akan berdebu, di letakkan di rak-rak rumah, dalam laci atau di mana sahaja yang dianggap “selamat” oleh pemiliknya. Ya, tidak salah untuk simpan Al-Quran di tempat yang baik dan selamat. Nak letak di peti besi sekalipun, dipersilakan!!

     Kiai Haji Zainudin MZ pernah memberi analogi mengenai perkara ini dalam ceramahnya. Analoginya seperti seorang driver menerima surat yang memerintahkan si driver tersebut mencari sesuatu dari tuannya. Setelah si driver tersebut menerima surat tersebut, surat itu terus disimpan di almari yang tinggi dan dikunci rapi. Setiap hari surat tersebut di beri minyak wangi, dicium dan di sanjung. Tapi barang yang disuruh cari tidak langsung dicari! Lalu apabila tiba masanya si tuan memanggil si driver dan bertanya mengenai surat tersebut. “apa kau sudah terima surat dari aku?” Tanya tuannya.
“Ya tuan, saya sudah terima surat tuan! Dan saya sudah “Khatam” membacanya!” Dengan bangga si driver menjawab.  “Bagus, lalu apa yang engkau lakukan?”
“Saya cium setiap hari dan saya letakkan di tempat yang mulia dan tinggi tuan!” Sekali lagi dia menjawab dengan bangganya. “Bagus, lalu apa lagi yang engkau lakukan?” Tuannya bertanya lagi.
“Saya sapu wangian dan saya sanjungi surat dari tuan!” Dia menjawab lagi dengan bangga. “Bagus! Jadi, kau sudah dapat barang yang aku suruh di dalam surat itu?” Tuannya bertanya.
“Oh! Itu belum lagi tuan!” Jawab si driver tersebut. Agak-agaknya, tuannya akan buat apa? Oh! Pasti si driver itu akan dibuang kerja! Ini jawapan sesetangah kawan yang saya ajukan soalan ini. Ya! Membaca, memahami Al-Quran dan menghormati Al-Quran itu sahaja tidak cukup jika tidak mengamalkannya. Untuk mengamalkannya kena memahaminya dahulu. Untuk memahami, kena baca dahulu. Jadi membaca dan “Khatam” membaca Al-Quran itu hanya permulaan untuk mengenali Al-Quran. Bukan berpencen untuk membaca Al-Quran.
Yang keduanya dia nak memberitahu bahawa dia sudah cukup ilmu agama. Sudah khatam bermaksud ilmu agamanya sudah tidak boleh lagi dipertikaikan. “Oi, aku ni dah khatam Quran tu 10 kali tau! Kau ni apa kes nak ceramah aku ni? Kau dah berapa kali khatam?” Apa dia mengukur kedalaman ilmu agama seseorang itu dengan bilangan berapa kali khatam quran? Atau berapa kali dah pergi haji bermaksud ilmunya semakin banyak? Dengan formula lapuk seperti ini menjadikan manusia semakin lupa pada dirinya dan tujuan hidupnya yang sebenar. Malah yang lebih menyedihkan, kalau dah pergi haji bermaksud khatam sudah Islamnya. Maka, tak jadi masalah nak minum arak, berjudi, berzina atau apa sahaja maksiat yang nak dibuat! Mengucap kalimah syahadah sudah, solat sudah, puasa sudah, zakat sudah, pergi haji pun sudah, maka sudah khatam lah Islam! Hati kita ini sentiasa kosong. Ya, sangat kosong! Kita sering menidakkan apa yang Allah perintahkan kepada kita. Seolah-olah kitalah yang lebih pandai dari tuhan maha pencipta. Kita bangga dengan ilmu kita yang sungguh sedikit. Malah sanggup mnegakkan yang salah demi menjaga ego. Khuatir kita dilihat bodoh kerana dipersoal. Kita ini dilahirkan dalam keadaan bodoh dan dungu yang teramat sangat! Sudahlah bodoh, lemah la pulak! Sampai nak kencing pun atas tilam dan merata-rata tempat. Dengan kasih sayang Allah kita kini di beri ilmu dan mampu membezakan yang benar dan yang salah. Yang haq dan yang batil. Tapi apakah kita sudah sebetulnya sangat berilmu? Sudah pasti tidak! Setiap hari kita belajar perkara yang baru dan teguran dari orang sekelilinglah yang membetulkan kita. Bukan maknanya kita tahu sesuatu perkara yang orang tak tahu bermakna kita tahu semuanya. Lalu timbullah sifat riak, ego dan takbur dalam diri lalu menjadikan diri lupa kepada yang memberi ilmu. Sudah khatam Al-Quran maka mulakan mengenali maksud dan makna setiap ayat al-quran. Sudah tahu maksudnya maka cari pula tafsirannya. Sudah dapat tafsiran al-Quran, maka amalkan Al-Quran! Itulah yang sebetulnya. Tapi sayang sungguh, kita tidak mampu untuk berfikiran seperti ini. Buku komik jadi koleksi peribadi lebih banyak di almari rumah berbanding buku terjemahan al-quran, buku tajwid dan buku tafsir Al-Quran. Majalah hiburan berkotak-kotak di ruamah, dilanggan lagi setiap bulan berbanding majalah agama dan buku-buku wirid.
        Jika kita berbicara seperti ini, timbul pula pemikiran kolot si dungu dengan berkata “Habis, semua orang tak payah ke sekolah la lepas ni. Semua pergi masjid, belajar pondok je. Buku kat pasar tu boleh buang dan dan jual semua buku-buku agama je!” Ini lagi satu golongan yang bahaya. Golongan ini yang memisahkan agama dan dunia padahal dunia dan agama itu sangat berkait rapat. Tidak kita mengetepikan kepentingan menuntut ilmu selain dari ilmu agama malahan jatuh pula hukum fardhu kifayah terhadapnya. Apabila disebut fardhu, maka wajib segolongan dari kita yang mempelajarinya. Syaratnya, jangan tinggalkan agama. Ilmu itu menjadikan diri kita lebih takut kepada Allah yang mencipta ilmu, bukan semakin bongkak dan sombong. Tapi ramai yang sebaliknya. Jika masih tidak lagi takut kepada Allah, bagi saya secara peribadinya dia masih belum berilmu. Ilmunya tidak sampai ke hati namun hanya di otak dan kepala. Sampai masanya, ianya akan hilang dan pergi. Malah mungkin hanya maklumat untuk dirinya. Belum sampai tahap yang dikatakan ilmu.
      

Monday, November 19, 2012

Israel VS Musleem

Setiap hari kita digemparkan dengan berita serangan Israel terhadap Palestin dan kini semakin ramai rakyat di Gaza dibunuh dan di bom rumah mereka. Kempen bantahan di seluruh dunia semakin hangat dan hebat. Orang atasan yang berkuasa semakin pening dengan kes ini. Mengapa sebegini pelik kejadian di dunia sekarang? Israel cuma negara yang sangat kecik beb! Dikelilingi oleh negara musuh. Kiri kanan Israel tu tanah arab yang hebat-hebat. Mengapa Israel sangat berani bertindak macam ni sedangkan mereka negara yang kecik? Apa peranan negara-negara besar yang lain? Cuma mampu tengok sahaja...OIC cuma mampu berkata.."Oh! I see..." Negara kuasa besar yang lain pula jadi batu api. Bagi bahan bantuan kat Palestin dan bagi peluru dan senapang pada Israel dalam masa yang sama untuk naikkan populariti sendiri supaya megah di takhta.

Soalnya, mengapa di gaza menjadi sasaran Israel? Kenapa tidak di Malaysia ni? Jawapannya terletak pada iman kita. Kehidupan kita di sini jauh bezanya dengan kehidupan mereka. Penduduk di sana hidup dengan Al-Quran. Kehidupan seharian mereka adalah sunnah. Iman mereka jauh bezanya dengan iman kita di sini. Kat sini, member yang bangun subuh saja sudah dikira alim. Kat sana, kalau setakat subuh di rumah, malu kat diri sendiri. Di mulut mereka adalah zikir dan cerita Allah dan rasul. Kita disini mulut banyak mencarut. sebut "DOE" je hari-hari. "Aku penat DOE....aku hepi giler DOE....aku DOE..DOE..DOE..." berapa banyak kalimah '  لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
Poster By : Arashy Digital Art

Hari ni pelancaran memboikot barangan Israel sudah menjadi bahan bualan. Ada yang menyokong, ada yang marah. Mereka memberi seribu satu alasan untuk memboikot barangan Israel. Macam-macam alasan yang digunakan.

- Alah! Kes boikot-boikot ni bermusim DOE! Ntah2 korang pun belasah jugak McD tu!
- Ko agak-agak la..ko pakai Facebook ni pun menyumbang kepada Israel!
- Cakap tak serupa bikin! Nak boikot Coca-cola, Colgate, Levi's, banyak tu! Kiri kanan ada barang Israel! Ko pun mesti guna jugak kan?
- Ni bukan kerja kita. Nak sangat boikot, ko pergi buat aduan kat kerajaan suruh block semua barang Israel masuk Malaysia. ada beran?

Dari sini kita dah tau sejauh mana iman masyarakat kita. Bukan hanya taknak boikot, malah memarahai usaha dakwah orang Mereka seperti tidak ambil peduli tentang nasib saudara seiman mereka di sana. Bila keluar pulak gambar baby kena potong kepala, mayat ibu mengandung kena bakar oleh orang yahudi, macam ni la respon mereka:
- Ya Allah! Kesiannya...
- Ya Allah! Kejamnya zionis!
- Hancurkan zionis! Yahudi jahanam!

Kenapa tak kata:
- Relax la, bukan tempat aku pun.
- Standard la tu, nama pun dah berperang.
- Yahudi kan banyak pengikut. So, kita nak buat macam mana?
- Kalau korang betul sangat, korang pergi report kat PBB. Angkat senjata ke, g perang sana! Ada beran?

Mereka tidak berkata demikian kenapa? sila renungi hadith ini:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Hari ini ternyata kita terlalu cintakan dunia sehingga sanggup kita pertahankan kenikmatan dunia ini dan membayarnya dengan nyawa saudara seIslam kita di sana. Di Gaza tidak ada McD. Di Gaza tidak ada theme Park. Di Gaza tak ada Mid Vally, Low Yatt, LEGOLAND, Genting Highland dan Fun Fair! Apa yang mereka ada? Mereka ada Masjid Al-Aqsa. Yang menjadi rebutan pihak Zionis untuk menakluki dunia dan menghancurkan umat Islam. Peperangan minda mereka sudah berjaya. Sudah ramai yang mengaku Islam tapi hakikatnya mereka kufur. Jumlah orang Islam di dunia sememangnya ramai. Tapi hati mereka gelap dengan dunia Islam. Suasana Islam mereka perlekehkan dan budaya luar jadi pujaan.

Tak percaya? Jumpa je orang yang mengaku Islam kat kiri kanan kita cuba tanya, siapa 10 orang sahabat nabi yang dijamin syurga? Rasulullah SAW lahir pada tahun keberapa MASIHI? Apa wasiat Nabi? Siapa Isteri Nabi yang ke 3? Apa wahyu ke-2 nabi terima? apa hukum mengangkat takbir dalam solat? Apa beza sunnat 'ab'at denagn sunnat Hai'ad? Apa beza Alif-lam Syamsiah dengan alif-Laam Qamariah? Rasa-rasa umat Islam di Malaysia dapat jawab tak?

Ok, tanya pulak soalan ni:
Siapa juara akademi Fantasia musim ke 3? Siapa Master Chef pertama Malaysia? Artis baru paling Popular AIM 2012 siapa? apa nama penuh Hafiz AF? Siapa Protege Awie dalam Mentor? Siapa scandal terbaru artis &^%*? Siapa bawak lagu Gangnam Style? Sure ramai yang pro jawab ni! Ni belum masuk hafal lirik lagu lagi. Quran yang dah 1400 tahun lebih tu pun berjuta lagi rakyat Islam Malaysia tak hafal. Lirik lagu berpuluh juta dah dalam kepala.

Dari sini kita dah boleh nilai sejauh mana Iman kita. Layak ke kita masuk syurga? Berapa dah umur kita ni? Ingat wahai pembaca semua. Siapa pun diri kita, Mati itu PASTI! Bila dah mati, kita akan berhadapan dengan dua penghujung. Syurga yang senang selama-lamanya atau neraka yang azab selama-lamanya!

 Tak salah mengikuti perkembangan semasa. Berhibur sekali-sekala. Cuma jangan lupa, kita ada agama yang menjadi keutamaan. Utamakan ilmu agama. Agama akan drive hidup kita kepada jalan yang senang untuk kita lalui. Supaya mata kita nampak yang mana benar. Las word, pray for GAZA...Save Palestine...Ameen...

Sunday, October 28, 2012

Saya dan Kit lens

Salam Aidil Adha semua! Hari ni nak story skit pasal kit lens. Bagi penggemar kamera atau fotografi DSLR pasti dah masak dgn kit lens ni. Kit lens adalah lens yang kita dapat dalam pekej permulaan kamera DSLR yang kita beli tu. Lens ni berharga agak murah berbanding lens yang lain. Mungkin kerana harganya yang agak murah, orang selalu anggap lens ini tidak berkualiti dan hasil gambarnya tak lah secantik mana pun. Ok, hari ni aku nak kongsi apa yang aku pernah buat dengan lens ni.
Main long exposure pun best jugak.Oh ya, Ni lens 18-200mm Tamron


Aku beli kamera sony A290 ni padah pertengahan tahun 2010. Masa tu, memang aku akui aku sangat noob dalam kerja ambik gambar ni. Ye la, aku baru beli kamera. Mana la paham sangat pasal kamera. Lepas beberapa minggu, aku ikut kursus asas pengendalian kamera DSLR yang dianjurkan oleh SONY. Oleh kerana aku pengguna kamera sony, aku free je masuk workshop ni. Masa ni, macam-macam kit aku tengok orang pakai. Paling noob pun guna 50mm f1.8. Aku yang berbekalkan kit lens ni agak terpinggir sikit dari mereka yang pro. So that, aku cuba jugak la tangkap apa yang dipelajari masa tu. Tambahan pulak masa tu kamera aku la yang paling murah. Ye la, dah bajet aku sampai situ je. Tak caya, boleh google harga kamera aku ni. So, no wonder la jugak aku dipinggirkan sedikit kat situ. Nasib baek ada sorang dua yang memehami situasi aku ni dan berkongsi ilmu dengan mereka.
hehehe...ingat kit lens tak boleh main bokeh?? Hehehe..Tamron 18-200mm.

 Lepas workshop tu, aku balik kampung. Kat kampung, pakcik dan makcik aku yang tengok aku ada kamera baru ni, bawak aku pusing-pusing kampung shoot ikut suka aku.Dan job pertama aku adalah shoot anak dia yang kecik tu konvo tadika. Masa tu diua bagi upah kat aku. Dia cakap pembakar semangat untuk terus dalam bidang yang diminati. Dari situ aku cuba belajar banyak dari beberapa orang member yang power dalam fotografi ni.

Yang ni aku photoshop skit.hehehe...jgn marah aa...tapi still boleh ambik guna kit lens. 18-55mm

Masa mula-mula main benda ni, aku ingat lens yang panjang, besar, tu power. Kit lens ni x berapa nak power kalau ambik gambar. Ternyata aku silap! Bila aku explore dan member-member semua terangkan apa yang kita boleh buat dengan kit lens ni, aku terbuka mata bahawa lens ni banyak kegunaannya yang aku sendiri baru sedar. setiap lens yang dicipta, ada kelebihan dan kegunaan nya sendiri. Aku ni kit lens seperti mana manusia lain yang ada DSLR jugak. 18-55mm. Hehehehe..org sebelah aku masa shoot wedding dulu siap gelak lagi cz aku pakai lens ni.
Yang ni best. Masih guna kit lens 18-55mm.

Aku ingat lagi quote Kuku Besi, dia cakap guna je apa yang ada. So, aku gunakan apa yang aku ada sebaik mungkin sehingga tahap maksimum yang aku mampu. Sejauh mana aku boleh belajar. dan hasilnya kini aku boleh katakan aku dah banyak improvement dari sebelumnya. Bila aku lihat balik gambar dulu dan gambar sekarang, amat jauh bezanya. bila outing dengan pakar-pakar fotografi kat sini, aku dah tak kisah gear apa yang mereka pakai. sebab aku kena focus dengan gear apa yang aku ada. Berbanding dulu, aku cuma tengok dan jeles dengan gear orang. Tapi bila difikir secara matang, dan atas nasihat dari para pakar, aku pun mula matang dalam duni fotografi yang aku minat sangat ni.

HDR yang aku snap guna Tamron 18-200mm
Gear? Aku still guna Sony a290 aku yang kecik dan kiut ni. Cuma lens aku beli baru. Lens lama aku simpan lagi. sekarang guna Tamron 18-200mm. Ye la, aku ni suka travel. Aku rasa lens ni paling sesuai dengan bajet yang aku ada. Kalau shoot wedding pun aku akan guna lens ni sebagai main lens. (dan flash of course!). Pengajaran dari apa yang aku dah lalui ni, gunakan kit lens anda sebaik-baiknya.

Bukan apa, ada member yang beli 50mm, 70-300mm, 55-200mm, terus jual kit lens. Padahal kit lens tu penting giler bila dah ada lens yang macam yang aku cakap tadi. Lain la kalau upgrade ke 18-200mm ke, 18-270mm PZD ke, 17-50mm f2.8 ke....but kalau aku, aku still simpan kit lens aku. Sampai sekarang aku masih guna kit lens aku yang 18-55mm tu bila outing even aku dah ada 18-200mm. Tadi aku baru selesai outing ringkas dengan member aku yang baru berjinak-jinak dengan fotografi ni. Lepas aku terangkan kegunaan kit lens, mereka jadi sayang dengan kit lens mereka. Alhamdulillah. Satu petanda yang baik. Hopefully tak wujud lagi puak-puak yang "Anti-kit lens" ni.

Malah kat dalam facebook pun ramai yang shoot guna kit lens ni kena hentam dengan brader-brader yang agak up skit dengan gear mereka. Bila si mamat ni upload gambar kat facebook, terus datang komen tanya "Shoot guna kit lens je ke? Patut la bokeh kurang..gambar tak sharp..try guna 70-200mm f2.8. Mesti gempak gambar ni." Ingat semua orang mampu ke nak tapau lens harga sebuah motosikal tu? Otak ada, fikir la skit nak bagi komen. Nampak sangat lemah basic fotografi bila orang komen macam ni. Bagi aku, (just opinion sendiri ek..) orang macam ni tak layak guna lens mahal. Lens murah pun tak master lagi, terus nak jump ke gear yang advance.

Ok, ni je la aku nak story hari ni. Hasil lepas outing dengan member tadi tak sabar aku nak tengok hasil mereka. Lepas aku explain beberapa tips tentang kit lens, Alhamdulillah mereka dapat shoot dengan sangat baik. Malah lebih cepat berbanding aku belajar dulu. Semoga para fotografer di luar sana yang beranggapan remeh tentang kit lens mereka, dapat meluhat abality yang ada pada kit lens mereka dengan lebih baik. Guna semua kit yang anda ada secara menyeluruh. Makin-makin benda yang dah mencecah harga beribu-ribu ni, sure banyak benda korang boleh buat. Salam!

Saturday, October 20, 2012

HDR atau high dynamic range. Apakah itu??

Assalamualaikum semua!! Lama bena tak update blog. Dah cuti ni alhamdulillah ada masa sikit nak update. Hari ni nak cerita sikit pasal HDR. Pernah dengar benda ni? High Dynamic Range atau HDR ni selalu dengar orang cerita dan kalau masuk blog yang ada cerita pasal fotografi, ada la post yang macam ni. Macam-macam kisah ada. Bila tengok gambar yang di post, perghhh!! memang melilih air liur beb. Lawa gila gambar. Maka, bermula pada hari itu, aku mula mencari cara untuk buat HDR ni. Macam-macam la versinya. sampai konfius dibuatnya....

gambar ni, kalau kita ambik secara biasa, sure yang kat hujung tu tak nampak pokok. Putih je nampak 



lepas 3 tahun pegang DSLR ni, maka tiba la satu hari ni nak buat HDR. Tgk je kat youtube macam mana. Pergh!! Tak jadi jugak! Hampeh! try dan try lagi. Juga hampeh!

Lepas beberapa minggu try, terjumpa la seorang brader ni kat U yang ash belajar tu hebat main HDR. Gambar yang dia process memang kaw2...Malam tu, terus jumpa dia. Masa tu jugak dia ajar. Start dari shooting, sampai post-processing. Pagi tu, terus try buat satu. Sambar kamera, then terus buat 1. memang jadi. Masa tu kira lawa dah gambar HDR tu. (sebab tak tau apa makna HDR). Bila show kat member tadi, hadussss..... "ko buat effect painting ni apasal? Mana HDR nya?" Owh, yang ni bukan HDR ke? Then terus kena ceramah. Oww....ingatkan HDR ni macam effect-effect je. Macam painting effect. Macam cartoon effect...rupanya jauh dari tu.

Apa itu HDR?

HDR itu high dynamic range untuk kamera kita. Kamera ni dia ada metering yang mana dia calculate exposure pada kawasan yang kita nak ambik. Kadang-kadang kawasan yang kita nak ambik tu ada jarak exposure yang jauh bezanya. Kawasan yang terang tu melampau terang dan yang gelap tu memang bapak gelap. Contoh macam bawah jambatan di tengah hari. Kalau kita meter exposure kat bawah jambatan tu, gambar atas jambatan akan overexposed habis. Kalau meter kat atas jambatan lak, bawah jambatan tu gelap gila...Jadi, tujuan HDR ni kita nak dapatkan gambar yang macam mana kita nampak. Tanpa ada kawasan yang overexposed dan underexposed. Lagi 1, HDR ni ada kelebihan dimana detail gambar akan lebih menyerlah berbanding gambar yang kita ambik 1 kali je. (paham?? Macam susah je nak paham ayat aku ni..).

dgn teknik HDR kita boleh nampak ruang legar dalam UiTM Samarahan ni.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini HDR ni bukan EFFECT. Tapi ianya satu TEKNIK untuk dapatkan dynamic range yang lebih tinggi dari apa yang kamera kita mampu. Effect yang terhsil dari teknik ni akan terhasil dari exposure yang pelbagai dari shoot multiple yang kita ambik tu. Sebab tu akan timbul effect macam painting tu..

Lepas banyak gambar yang aku buat, aku cuba perbaiki dari masa ke semasa untuk menjadikan gambar aku lebih detail dan lebih realistik. Alhamdulillah, banyak perubahan aku dah buat dan HDR aku mula diterima orang. Tapi, untuk ke tahap yang boleh dibanggakan, banyak lagi yang kena perbaiki. Ni balik Bintulu ni ada banyak masa nak buat HDR. Ni la antara gambar yang aku dah buat setakat ni.
Bawah menara Jam ni pun still boleh nampak detail banggunan ni. Dalam kedai tu pun boleh nampak gak. This is HDR!
Bagi yang suka ambik lanscape, ni la cara nak dapatkan reflection yang hampir semourna malah mungkin sempurna pada air.
Aku selalu jaga awan bila HDR ni supaya nampak realistik. Berbanding dulu, gambar sekarang lebih baik. Alhamdulillah...:D
Bermain symmetry kadang-kadang layan jugak. Jom try!
HDR pada waktu malam memang mencabar! Cuba la kalau nak tahu apa cabarannya..:D
Alhamdulillah, sekarang aku boleh buat HDR sendiri. Dulu meleleh je tengok hasil kerja orang lain. Apa pun, bidang fotografi ni luas. HDR ni antara teknik feveret aku. Sebab aku sukakan nature and landscape. Siapa yang duduk kat Bintulu, boleh je aku ajar kalau nak. Ni sebahagia dari gambar yang aku dah process. Ada banyak lagi. aku upload nanti je la. Nanti kalau upload semua, takda apa nak upload lain kali. Hahahaha!!

Monday, September 24, 2012

Mengimbau zaman kanak-kanak (Kartun)

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling best! Kalau orang lain cakaop zaman U la, zaman bujang la, zaman nikah ke, bagi bubble zaman kanak-kanak la best! Hehehehe!!

Zaman kanak-kanak bubble banyak berkisar dengan persekitaran. Apa yang berlaku pada masa tu semua bubble rasa. Dari segi hiburan x payah cakap la. Macam-macam game, movie, kartun dah Bubble tengok.

Kartun

Power rangers!!
Kenal tak ni?? Alpha namanya..:)

Ni la zordon. Kenal?

hehehe...duduk lepak depan TV hari sabtu. :)

 Siapa tak kenal power rangers? Siri hero yang hebat masa tu. Semua budak-budak minat kat diaorang ni. Sampai tak boleh miss tengok siri ni. Kalau pukul 5 kat pasar lagi, cepat-cepat suruh mak balik nak tengok cerita ni pukul 5.30 petang. hehehehe!!

Dragon Ball

Ni jangan cakap la. samapai bapak budak pun minat ni! Samapai sekarang orang still minat cerita ni. Cuma yang bestnya cerita dragon ball ni sempat beli komik dia versi bahasa melayu dari vol 1-43. Hehehehe!! Tambahan lak, dulu mana kisah member cina ke, india ke, sapa ada buku ni, boleh pinjam, tukar-tukar...best!





Sailormoon

Hehehe!! Yang ni adik perempuan la tengok. Lepas cerita dragon ball versi hari sabtu, pukul 9.30 sampai 10-00 tu dragon ball, then 10.00 sampai 10.30 giliran adik perempuan lak tengok cerita ni. Kalau tengok cerita ni dulu, kena marah adik. Hehehehe!! Tapi curi-curi lak tengok. Hahahaha!! Sure korang pernah tengok ni kan? Best tak?? Ni la anime zaman kami. Our trand last few years back!


Beetleborg

Yang ni kurang popular skit la. Sempat jugak tengok. Hehehe!! Siapa yang kenal ni, sure dia lahir dalam tahun 80-90 an. Yang baru lahir tak sempat tengok ni. 

Usop Sontorian

Ingat malaysia xda kartun ke zaman kami? Ada beb!! walaupun x la 3D, tapi cukup untuk memberi memori indah buat Bubble dan member yang lahir semusim dengan bubble. Kartun ni ditayangkan waktu malam pukul 7.30. Masa tu ambik makanan duduk depan TV dan NGAP!! Hehehe!! korang pun sama?? Give me 5!!!

Cuba korang sebut nama kartun ni sorang-sorang. Ingat lagi tak??

Kak kiah!!!
Yokies

Yang ni korang familiar tak? Tak pernah dengar?? Ok, ni bagi gambar sure korang familiar kan?? Yeah!! Ni la cerita pasal keluarga telur. Kejap je cerita ni. Tak lama. Tu la kurang popular. 



Keluang Man

Dia bagai seorang pahlawan...tolong sambung..hehehehe!! Ni pun satu lagi siri animasi negara kita. Best jugak cerita ni. Sayangnya tak sempat nak tengok banyak. Sebab masa tayangan cerita ni adalah masa Bubble pergi mengaji. Hehehehe!! So sayang.... anyway, dapat jugak tengok bila ada member yang rajin nak rakam cerita ni. Tu la best masa kecik. Member menyayangi member..yeah!!


Sampai ada majalah sendiri tu...popular punya pasal. hehehehe!!

Ada banyak lagi kartun yang tak disenaraikan di sini. Tambahan lak, bubble lupa da kartun apa lagi ada. Hehehe!! Korang try komen kat bawah kartun apa lagi yang tinggal. sure banyak lagi yang ada pada zaman kita tu. Apa yang penting, memori tu yang bubble nak share untuk semua. Terima kasih kerana sudi membaca. Ni la kisah zaman bubble kecik dulu. Sekarang ni jarang da tengok kartun. Kartun macam-macam dah. Banyak sangat. Sampai tak terkejar. Hehehehe!! Tambahan lak jalan cerita berbelit-belit. Malas pulak nak tengok. Thanks all!!! Gracias!!

Saturday, September 22, 2012

Love Theme

Salam semua! Lama tak update blog...sekarang ni masa terluang makin sikit. So, agak susah nak update blog ni. Kesian...ramai da org like page tu tunggu update kot. Ceh! Perasan. Blog for hobi je bubble ni. Ada masa, ada la update.

By the way, sekarang tengah release design baru t-shirt keluaran The Alchemist Art. Opsss...lupa nak introduce. The Alchemist Art ni kiranya satu bisness antara Bubble dengan member nak design t-shirt keluaran sendiri. Design tertakluk kepada ilham sendiri. Hehehehe...



Sekarang dengan tema Malaysia With Love. Banyak la design yang berkenaan hati ni keluar. Our first design adalah "The Broken Heart". Nak order, boleh PM Bubble kat Facebook or like page The Alchemist Art. Kat sana semua update dan info terbaru pasal baju akan diberitahu.

Semua design tu bergantung kepada permintaan dan mungkin ada design yang limited edition. Jadi, kena la book awal-awal ek? Hehehehe..pre-order time amatlah digalakkan untuk membeli sebab masa tu harga runtuh. Ye la, tengah promosi barang baru kan..hehehehe..

Apa-apa pun semoga dimurahkan rezeki dan maju dalam bisnes kecil kecilan ni. Bubble buat ni pun semua atas keseronokan ada desig sendiri yang diiktiraf orang ramai. kepuasan tu ada walaupun jumlah pembeli tak la ramai. Hehehehe...

Tuesday, September 4, 2012

Fotografi dan bubble Haze..

Bidang fotografi sememangnya sangat popular sekarang. Berlambak dah manusia ada kamera terutamanya kemra besar bapak seperti DSLR dan DSLT. Orang yang beli DSLR atau kamera ni ikut sita rasa masing-masing dan semua ada sebab tersendiri untuk membeli gadjet mahal sepeti tu. Tak dinafikan harga DSLR sekarang lebih murah berbanding dahulu. Namun bagi bubble, ianya tetap mahal. Sebab orang yang main kamera ni biasanya takkan beli body dan kit lens sahaja. Sure mereka akan beli jugak aksesori lain seperti speedlite, prime lens, betteri grip, filter dan so on. Bila dah beli semua tu, try calculate balik semua barang tu. Mau nya sampai RM10 ribu....Sekarang ni nilai RM10 ribu dah tak kesah dah. Kira murah dah tu...hehehehe...

    Sanggup ke melabur sampai RM10 ribu tanpa apa-apa pulangan? Ada jugak yang kata DSLR ni sebagai hobi...hehehe..gila la hobi sampai beribu-ribu nak labur. Tapi nak buat macam mana, minat masing-masing jugak.

Hasil dari lens baru.hehehehe! Best tak??

    Kenapa sanggup beli kit sampai beribu-ribu kalau semata-mata nak ambik gambar kat dapur, ruang tamu, gambar kucing peliharaan je?? Kamera tu fungsinya banyak. Malah boleh pergi jauh dengan kamera yang ada di tangan tu. Belajar lah untuk snap gambar yang baik dan bernilai. Baru la worth sikit pelaburan untuk beli kamera mahal macam tu.
Kadang-kadang tak perlu edit banyak. adjust je warna. Cukup!!

     Bubble tak cakap kena buat bisnes dengan kamera tu. Tapi kalau ada income dari kamera, it is much better!! Cuma kena bersedia dari segi kemahiran dan ilmu tentang kamera. Ingat main tangkap je gambar? Kalau setakat ambik gambar biasa, better beli compact camera harga dalam rm1000 then guna la puas-puas. Still dapat capture gambar. Tak pun beli je handphone yang ada kamera power. its better sebab dapat jugak dengar mp3, calling, massage semua.

     Bubble beli camera dulu niat nak buat assignment kat U je. Tapi bila makin lama handle camera ni, makin banyak pula rasa nak belajar. Walaupun camera bubble tak la mahal mana kalau nak compare dengan DSLR orang lain. Jenama orang tak pandang pun. sony a290 je. Dulu pernah rasa nak jual kamera ni masa semester 2 dulu. Jual murah je RM700 semua sekali dengan lens 50mm terus. Tak ada sorang pun nak beli sebab jenama SONY....start dari situ bubble nekad nak teruskan minat ni dan pakai je kamera ni untuk buktikan yang jenama kamera bukan ukuran untuk dapatkan gambar yang baik dan cantik.

Ni hadiah untuk member bubble sempena pernikahan beliau..:)
     Macam-macam teknik Bubble belajar dari member sama kampus, teman sebilikdan tak lupa juga kepada youtube. Shoot demi shoot bubble belajar hanya menggunakan kit lens (18-55mm) dan body camera yang orang tak pandang ni (Sony alpha). Dalam proses pembelajaran tu, bubble rasa something special tentang body camera yang bubble pakai ni. The price is quite cheap but boleh mengambil gambar dalam quality yang agak bagus melangkaui harganya. Walaupun kamera ni tak mampu nak shoot lama sebab bateri dia paling cepat habis. bubble pernah handle banyak jenis kamera, dari yang murah sampai la yang paling mahal untuk pelbagai jenama. Terutamanya Nikon dan Canon. Kualiti?? Hampir sama semuanya. Berbeza setting dan cara shooting je yang menyebabkan hasil akhir jauh berbeza.

     Bubble mula rasa taknak jual dah kamera ni. Just keep it!! hehehehe!! Nasib baik tak ada orang nak beli kamera ni dulu. Kalau tak, rugi je la...Bubble upgrade lak kamera sony ni dengan kit lens baru 18-200mm. Dan try kualiti lens baru ni. Yes, memang boleh buat banyak trick guna lens baru ni. Cuma kadang-kadang lens lama (18-55mm) dapat hasilkan gambar yang lebih baik dalam situasi berbeza. So, still 18-55mm bubble guna sampai sekarang even dah ada lens baru.

     Burmula hari tu, bubble rasa agak yakin skit dengan karya bubble dan mula post beberapa gambar kat facebook. Biar orang nilai artwork bubble macam mana pulak. Kalau sendiri je tangok, ye la cantik di mata kita. Di mata orang lain pulak??

     Terkejut lak bila post kat fb dan penilaian pertama orang apa?? "Ni kualiti kamera Nikon ni. Sure nikon user ni.." ye la sangat!! A290 je la!! ada jugak orang cakap pakay canon ke?? colour saturation ni macam canon punya je.." Master mana lak boleh cakap lain camera lain colour saturation ni? Tak pernah lagi aku dengar benda ni...bila Bubble cakap pakai sony je orang tak percaya. Apa teruk sangat ke DSLR sony ni?

       Tu la ramai sangat orang kat luar nak judge. semua nak jadi hakim. Camera nyer pasal nak gaduh. Apa barang la...dan bulan lepas Bubble dapat 1 job wedding. Kira besar la jugak event tu sampai 1000 orang datang. Bubble jadi official Photographer masa tu. Mula-mula taknak la ambik job tu sebab event tu besar. Tapi disebebkan yang nikah tu member sendiri dari kecik lagi, bubble sahut la cabaran tu...

     Cuma guna kit lens, dan 50mm serta beberapa strobist set, bubble buat jugak la kerja dengan confident. Hehehehe!! Yakin mau ada...

     Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. dan yang paling menggembirakan, pihak pengantin berpuas hati dengan hasil kerja Bubble. yes!! Hanya dengan sony a290, bubble boleh pergi jauh. betul kata otai-otai photography ni, nak start biarla budget. Kamera bukan ukuran 100% untuk dapatkan hasil yang bail. Tapi skill mau ada! Bubble percaya kata-kata tu. Ni nak tukar camera dah. Nak ambik yang tahan lama sikit bateri. asyik abis je bateri masa shoot....ingat nak ambik sony jugak la. Tangan ni dah gian nak main kamera sony...hehehehe!!

Monday, August 13, 2012

Hari yang sunyi..

Hari ni sememangnya sunyi. Ye la, student semua dah balik kampung nak beraya. Tinggal la Bubble kat U ni. Nak balik lagi 2 hari. Banyak kerja nak diselesaikan. Sunyi?? Tak la.. Bubble jarang berasa sunyi. Even sorang-sorang pun memang susah nak sunyi. why?? Hmm...ntah la. Bila masa lapang je memang banyak kerja Bubble buat sampai tak ada masa lapang dah. hehehe....



Bila kat U ni, kamera dan laptop la jadi peneman. Nak harap member sama bilik, so sorry la nak lepak sama. Diaorang pun ada kerja jugak. Semalam lepas beli makanan untuk berbuka, terlihat la 1 scene yang best. Maklum la lama hujan kat Samarahan ni. So, semalam matahari timbul lak. Memang perghhh la beb. Bubble angkat kamera dgn tripod, terus je shoot. awan laju je bergerak. So, kena kejar masa dengan awan. Atas ni la gambar tu. buat HDR terus. Hahaha!! Ye la sekarang dah gila dengan teknik HDR. Tak la mantap mana pun Bubble nyer strok gambar. Cuma minat la. Anyway, tak lama lagi nak raya. Dah beli barang raya?? Puasa cukup tak?? Hehehe!!!

Wednesday, August 8, 2012

Maha pengampunnya Allah SWT...

Sedar atau tak, kita dah kat hujung Ramadhan dah. Tak lama lagi raya la. Suka? Sedih?? Macam-macam feeling...bergantung pada iman kita...hhmm...hari ni Bubble payah nak tido. Jadi, Bubble nak kongsi satu cerita ni. Ye la, Bubble memang suka bercerita...:)



ceritanya berlaku pada zaman Nabi Musa a.s. Nabi Musa ni mukjizatnya boleh berbicara secara terus kepada Allah. Hebat tak?? sebeb tu dia digelar Kalamullah. Dipendekkan cerita, satu hari kawasan bandar pemerintahan nabi Musa a.s dilanda kemarau yang amat panjang sehingga ramai penduduk yang mati. air dan sumber makanan semakin sedikit. Lalu, Nabi Musa a.s berbicara kepda Allah SWT.

"Ya Allah tuhanku, apakah maksud bala yang Engkau turunkan ini? Apakah aku melakukan dosa kepada-Mu? Dan darjatku di sisi-Mu telah jatuh atas kesalahanku?"

Lalu Allah menjawab, "Bukan. Darjatmu di sisiku tidak sedikit pun gugur. Engkau tidak berdosa kepada Aku. Malah, ada umatmu yang melakukan dosa terhadapku selama 40 tahun. Lalu Aku turunkan bala ini sebagai balasan ke atas dosa yang dilakukannya."

Lalu naabi Musa a.s mengumpulkan semua kaumnya untuk mencari pelaku dosa tersebut. Bila dikumpulkan, nabi Musa melihat kaumnya terlalu ramai dan mustahil untuk membuat pengumuman untuk semua. Lalu Nabi Musa berbicara lagi kepada Allah.

"Ya allah, bagaimana aku hendak menyampaikan hasratku sedangkan mereka terlalu ramai?"

Lalu Allah menjawab, "Sampaikan sahaja amanahmu dan pendengaran mereka itu adalah urusan-Ku"

Lalu Nabi Musa a.s berkata kepada kaumnya,

"kemarau yang turun ini adalah akibat salah seorang daripada kamu yang melakukan dosa kepda Allah selama 40 tahun! Malulah kepada dirimu wahai si pelaku dosa! Bertaubatlah kepada Allah!"

Apabila terdengar bicara Nabi Musa a.s, si pelaku dosa tadi melihat ke kiri dan ke kanan. Malu untuk mengaku akan dosanya. Lalu dia menutup mukanya dan menangis. Memohon ampun dari Allah SWT.
Lalu hujan turun dengan lebatnya serta merta.

Nabi Musa a.s hairan akan hujan yang turun tersebut.

"Ya Allah, mengapa engkau turunkan hujan pula sedangkan ada hamba-Mu yang melakukan dosa kepada-Mu selama 40 tahun?"

"Sesungguhnya dia telah bertaubat dan Aku terima taubatnya" Maha suci Allah mengampunkan dosa manusia yang melakukan dosa selama 40 tahun!!

lalu nabi Musa bertanya lagi
"Siapakah umatku ini yang melakukan dosa tersebut ya Allah?"
Lalu Allah menjawab,
"Setelah aku mnutup aibnya selama 40 tahun, apakah Aku perlu membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada-Ku?"

Maha suci Allah! Sungguh besar kasih dan sayangnya Allah kepada kita....

Semoga cerita ini menjadi iktibar kepada kita semua. Ingat, kasih Allah itu sangat besar dan luas. sementara kita masih mampu bertaubat, maka bertaubatlah. Jalan Islam itu tidak pernah sunyi dan pengampunan Allah itu maha luas. salam Ramadhan buat semua...:)

Tuesday, August 7, 2012

High Dynamic Range (HDR)

Salam semua!! Maaf lah kalau lama tak update blog...hehehehe...makin hari makin ramai lak like Bubble Haze kan? Alhamdulillah..
Bagi tak meghampakan semua, hari ni Bubble nak share 1 benda yang buat Bubble agak busy skit. That is HDR. HDR ni bukan la effect . Cuma 1 skill untuk dapatkan detail gambar. Kebanyakan gambar yang kita ambik akan ada area yang gelap sangat dan ada area yang sangat terang. Semua ni sebab pencahayaan dan range kamera yang tak mampu nak estimate keseluruhan pencahayaan gambar seperti mana mata kita lihat. Jadi teknik ni sesuai untuk timbulkan detail gambar yang under expose atau over exposed.

Secara umumnya HDR teknik memerlukan 3 atau lebih gambar berlainan exposure untuk memberi detail pada gambar yang akan dihasilkan kelak. Bubble taknak bagi tutorial dulu pasal taknik ni sebab x cukup bahan lagi nak buat tutorial. Nanti Kalau ada masa Bubble bagi k??

Ini lah gambar Bubble. Yang diambil oleh sahabat sebilik. Hehehe....

Ni bahan experiment Bubble. Thanks to him want to be my model.

Bnyk yang perlu diperbetulkan pada gambar ni kot...

Ni hasil pertama Bubble...:P
Ni antara artwork yang Bubble dah siapkan dalam minggu ni. InshaAllah masa raya nanti lagi bnyak art yang Bubble dpt keluarkan. InshaAllah...:)

Friday, June 8, 2012

Wristband watch untuk dijual..:)

Salam semua!
Hari ni Bubble nak share kat semua pasal perniagaan bubble. bubble rasa barang ni menarik untuk dijual sebab warnaya yang comel..:) Sekarang ni semua orang nak yang simple dan kiut. So, jam ni memang menepati ciri-ciri tersebut.

Jam ni bagi bubble sangat ringan dan mudah digunakan. Bagi yang sporty, jam ni sangat sesuai. Sebab Bubble sendiri gunakan jam ni untuk bermaik Aggressive inline. Kalau nak order, sila ke page Bubble di facebook yea..:) Klik kat sini untuk ke page bubble.

Saturday, May 26, 2012

Tanda-tanda kematian seorang muslim..

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT;Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu matimaka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"

(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.




Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencarikeredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Monday, May 21, 2012

Kisah budak bijak

Kisah ni aku kongsikan untuk orang yang baca Bubble Haze. Tengkiu sangat cz bagi peluang untuk aku kongsi cerita ni.

Masa tu aku jadi guru sandaran kat sebuah sekoah menangah ni. Ye la, dah nama guru sandaran, aku ajar budak tingkatan 1 je la. Nak ngajar tingkatan 5 lak takut kena ngorat. (Maklum la aku ni hensem sket..:P)

Nak dipendekkan cerita, satu hari ni ada sorang student baru masuk kelas aku. Oh ya, lupa lak aku ni ngajar sejarah. kesian diaorang ni takda guru sejarah lagi. Aku la yang ngajar diaorang ni walaupun pada hakikatnya aku ni bengap juak sejarah...:)

Mau nya tak panas aku dibuat student ni, aku mengajar punya la setengah mati diaorang tak paham 1 benda pun! Masa ngajar bukan main cakap paham. Nak je aku tangankan nanti, kena saman mak bapak pulak. Adui! Sakit jiwa dibuatnya! Kalau exam nanti student tak pass, aku pulak kena soal dengan penagetua. Ahhh!! Lantak la! Janji gaji jalan!! Lagipun aku ni bukan guru tetap pun... :P

Berbalik dengan budak baru ni. Lagi aku pening. Sah-sah ni nak tambah masalah aku lagi. Nak aku bagi makan kasut ke berani masuk kelas aku? botak la kepala aku lepas ni!

Lepas aku ngajar bab 3, aku buat speed test! Hehehehe..ambik korang! Tengok korang dengar tak apa aku ajar tadi. Ke, diaorang ni saja buat-buat paham depan aku. Esok exam, hampeh! Lepas test, aku collect paper diaorang aku semak kat bilik guru. First sekali aku cari nama budak baru tu. Nak tengok apa budak kecik ni jawab!

Huh!!! Ternyata tanggapanku meleset sama sekali! (Ceh!! Ayat novel bro....) Ayat dia..perghh!! sebijik macam dalam buku teks! Aku nak bagi markah kurang pun aku tak jumpa kat mana salahnya. Macam mana ni? Ah! Bagi je la 100%. Test je. Kalau exam nanti tengok la macam mana dia jawab...

Di pendekkan cerita, masa exam pun sama jugak beb....semua jawapan betul Sekali dengan tarikh, tempat, tokoh...satu huruf pun tak tinggal. Aku try la tanya cikgu lain. Pergh! sama jugak...tambah-tambah matematik dengan sains. Pening kepala aku nak jawab apa....ah...bagi je la 99%. Kalau bagi 100% lak orang cakap aku bocor soalan der....

pagi tu masa kelas aku, aku panggil budak ni. Apa la petua dia tu sampai jadi genius macam tu. Dia cakap, sebelum masuk tingkatan 1, dia dah habiskan semua silibus tingkatan 1 sampai 3 untuk semua subjek. Dan buku sejarah tu dia dah hafal yang dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3... mak aih....manusia apa ni??

Matematik lak dia dah belajar tu lama dah. Masa sekolah rendah lagi dah didedahkan dengan masalah trigonometry dan asas algebra. Genius?? Dia cakap tak la. Cuma mengisi masa lapang...dia cakap kat rumah banyak sangat masa terluang. sebelum tunggu main bola dengan member petang-petang dia belajar la. Sebelum turun mengaji malam, dia belajar. Sebelum tunggu van sekolah datang lepas subuh dia belajar sikit. ada ke manusia macam ni??? Aku cakap dia tipu. Ni mesti mak ayah hantar tusyen kan?? Or mak ayah ajar awal...:P (Ego cikgu maaa....)

Dia cakap apa?? "imam As-Shafie lagi hebat cikgu. umur 12 tahun dah hafaz Quran. Setakat buku teks sejarah tu, tak ada apa sangat la cikgu..."

arrr...aku nak jawab apa agak-agak ek?? betul jugak. Cepat-cepat aku suruh dia balik ke meja dia.

Tu la sepatutnya student buat kalau nak pandai. Sentiasa dahagakan ilmu. Sentiasa bersedia sebelum masuk ke kelas. bukan dah habis ngajar baru la nak ulang kaji. hampeh la kalau macam tu...berbalik pada kisah imam As-Shafie tadi, memang betul. cara para ilmuan dulu mempelajari ilmu memang diaorang master dulu bidang tu baru berguru. Bak kata orang tua, pre-reading dulu. Contohnya kitab al-Muattok iamam as-Shafie hafal dulu sebelum berguru dengan tuan punya kitab, Imam Malik. Nampak tak?? Betapa orang dahulu hebat belajar. Kalau macam aku ni?? Huh!! Mintak-mintak la dikuatkan iman. Harap korang ambil iktibar dari cerita aku yang tak seberapa ni...

Thanks Bubble!! 

Sunday, May 20, 2012

Kisah BMW yang tak guna

Kat sebuah bandar ada seorang bisnesman yang kaya giler. Satu hari tu dia ada meeting penting. Projek yang nak meeting ni nilai berjuta jugak la. Kalau makan 7 keturunan pun x sure habis lagi kot...hehehe..



Pagi tu si bisnesman tu bangun awal. Ye la, semangat tander dah dapat. Masyuk ma....

Lepas sarapan semua, si bisnesman tu ambik kunci kereta dan keluarkan BMW mewah dia dari garaj. Nak pakai Merc nanti orang cakap kereta majikan lak. Pakai BMW la ok sket..hehehe...


dalam perjalanan ntah apa kes hari tu boleh jem lak jalan....adui...lambat pulak nak sampai nanti. Takpe, ada 1 jam lagi nak meeting. Jam pun tak la teruk mana pun. Lepas je dari simpang, jalan clear. Huh!! Terbaek!!! Sempat sampai ni!!


Bila on da way tu ntah kenapa enjin jadi slow lak...adui...meter turun mendadak. Aih!! Apasal ni?? Takkan BMW buat hal lak???

Alamak!!! habis minyak rupanya!! Apasal la aku tak perasan lampu amaran tu dah bernyala!!

Si Bisnessman ni bingung jap. Dah lambat ni....nak jalan kaki krismas nanti baru sampai ni...adui!!!

dengan segera si bisnesman tu tahan teksi dan suruh hantar pergi pejabat. BMW yang mahal tadi tu si bisnesman suruh makenik tunda ke workshop.


Apa kes cerita bodoh ni?? Haaa...ni la bubble nak bagitau. Hidup tanpa iman, inilah jadinya. Manusia ibarat BMW. Iman dan taqwa ibarat minyak tadi. Kalau tak isi, ada guna tak BMW mewah tu?? Sama je nilai dengan besi buruk! Tak bagi manfaat langsung! Bagi susah lagi ada! Batul tak?? sebab tu sangat tinggi nya nilai iman ni. Namun tak ramai yang perasan. Semua lupa. Mata umat Islam buta dah. Kenapa?? Syaitan tu bijak dan sangat halus bisikannya. Jadi, semoga kita muhasabah diri dan berusaha untuk menambah Iman kita setiap hari supaya BMW kita ni menjadi berguna dan boleh dibangga....:) bubble Haze....

Saturday, May 12, 2012

Jangan Kahwini Wanita Ini!

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah".


Wanita Ananah : banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah : suka membangkit-bangkit tentang sesuatu terhadap suami. Wanita ini sering mengatakan 'aku buat tu keranamu'.
Wanita Hananah : menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah : ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising.


---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Di atas ni antara ciri-ciri wanita yang tak layak dikahwini. renugi diri anda....

Thursday, May 10, 2012

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita


1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...