The Art of Study

Kalau Josh Waitzskin terkenal dengan bukunya the art of Learning, hari ni Bubble nak share pasal the art of study. Tak la sehebat Josh Waitzskin. Huh! Siapa mangkuk nama Josh Waitzskin ni??

Josh Waitzskin adalah pemain catur US yang berjaya mengalahkan Grandmaster US Edwin Frumskin pada usia 10 tahun. Mula bermain catur pada usia 6 tahun dibawah latihan Bruce Pandolfini.



Hebat tak?? Bila ditanya apa rahsia kehebatan dia sampai jadi macam tu punya hebat?? Dia cuma jawab latihan yang berterusan. Pada masa tu, semua orang kata dia seorang yang berbakat. Tak heran la dia boleh main power macam tu.

Tapi bagi dia, kehebatan yang hanya bergantung pada bakat tak akan kekal lama. Ianya rapuh dan mudah retak. Tidak ada cara lain untuk berjaya melainkan usaha keras yang berterusan. Josh sendiri mengakui dia belajar bermain catur hampir ribuan jam untuk satu analisis permainan! adakah itu dikatakan bakat atau usaha keras?

Sejauh mana kita berusaha keras untuk menggapai impian kita? Seorang jaguh pecut US tarining 7-9 jam sehari untuk persiapan ke Olimpik 4 tahun akan datang. Kita lak, paling hebat pun belajar dari pagi samapai subuh untuk ujian esok hari. Apa macam?? Padan tak??

Itulah the art of study. The art of learning. The art of hardworking. Tidak ada benda yang datang dalam keadaan bergolek melainkan usaha yang keras mengiringi. bagi yang berusaha lebih, maka dialah yang layak untuk mendapatkannya.

Tapi, ada jugak yang usaha keras, tpi masih tak dapat kejayaan???

Sekali lagi merujuk kepada kehidupan Josh Waitzkin. Dia pernah kalah pada kejohanan US title pertama setelah berlatih keras selama 3 tahun. Kekalahan pada masa tu amat memalukan dan kesalahan yang dilakukan adalah seperti kesalahan manusia yang baru mula bermain catur!

Kebanyakan kita akan mengalah dan terus give up. Tapi tidak bagi Josh. Dia balik dan kaji setiap permainannya pada kejohanan tersebut dan menambah bilanagn masa berlatih setiap hari menjadikan masa bermain hampir 12 jam sehari! dan sebagai ganjarannya, dia berjaya merangkul gelaran US Champion pada usia 10 tahun sebanyak 7 kali.
Ni lah dia Josh Waitzkin.....
 Kegagalan itulah yang meletakkan dirinya di atas. Josh kata, kalaulah dia tak kalah pada masa tu, maybe dia akan terus berlatih selama 6 jam sahaja sehari berbanding sekarang 12 jam sehari.

Bagaimana dengan kita?? Jangan cakap orang lain,Bubble pun sejam je tengok buku dah mengantuk....korang lak macam mana??? Hahahahaha!!!

Comments