Tadi bukak Twitter dan ada seorang artis tanya lepas solat Subuh dan Asar tak ada solat sunat kenapa?
Jawapan paling mudah, tengok balik sejarah Rasulullah SAW. Pada zaman Rasulullah SAW ada satu agama yang dinamakan Zoroaster. Ada jugak yang menggelar agama Majusi kerana menyembah matahari dan api. Apabila matahari terbit, maka pengikut agama ini akan menyembah matahari yang terbit.
Begitu jugak dengan solat asar. Pada agama majusi, waktu asar piala api yang dinyalakan mereka semakin malap apinya. Dan perbuatan sembahyang selepas waktu asar tu menyamai perbuatan mereka. Pada waktu selepas asar, para penyembah api akan mula ritual sembahnyang mereke sehingga maghrib dan berhenti apabila maghrib. Oleh itu, kita diharamkan untuk solat selepas waktu asar dan Subuh. Satu lagi apabila matahari tegak di kepala. Sebab tu waktu zohor adalah selepas tergelincir matahari. Bukan tegak matahari. Kerana pada waktu tegaknya matahari adalah waktu dinyalakan api neraka.
Jelas?? Jadi kat bawah ni antara dalil yang Bubble boleh dapat. Semoga bermanfaat.
1. Diriwayatkan bahawa Abu Sa'ed al-Khudri (r.a.) berkata : Nabi saw bersabda :
"Tidak ada solat selepas Solat Asar sehingga terbenam matahari, dan tiada solat selepas Solat Fajar (Subuh) sehingga matahari telah terbit" - [hadith riwayat Al-Bukhaari #586, Muslim #728]
2. Bahawa 'Amr ibn 'Abasah al-Sulami (r.a.) berkata :
"Saya berkata : Ya Nabi Allah, khabarkan kepadaku apa yang Allah telah ajarkan kepada kamu apa yang kami tidak tahu, khabarkan kepada ku mengenai Solat. Rasulullah saw bersabda : Bersolatlah di waktu Subuh, kemudian jangan bersolat sehingga matahari terbit dan naik...kemudian bersolatlah kerana solat anda di saksi dan dihadiri [oleh malaikat], sehingga bayangan lembing menunjukkan kearah utara - dimana waktu matahari tegak dilangit - kemudian berhentilah bersolat, kerana waktu tersebut api neraka sedang dinyalakan. Apabila bayang-bayang hilang [tergelincir matahari] - ia merupakan awal waktu zuhur, maka bersolatlah, kerana solat anda akan disaksikan dan dihadiri [oleh malaikat], sehingga anda bersolat Asar, kemudian berhenti bersolat sehingga matahari terbenam.." - [Hadith riwayat Muslim #832]. Sebarang kesilapan, sila komen ye?? Wallahu'alam..:)

لا صَلَاةَ بَعْدَ صَلاةِ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ ، وَلا صَلاةَ بَعْدَ صَلاةِ الْفَجْرِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
"Tidak ada solat selepas Solat Asar sehingga terbenam matahari, dan tiada solat selepas Solat Fajar (Subuh) sehingga matahari telah terbit" - [hadith riwayat Al-Bukhaari #586, Muslim #728]
2. Bahawa 'Amr ibn 'Abasah al-Sulami (r.a.) berkata :
قُلْتُ : يَا نَبِيَّ اللَّهِ ، أَخْبِرْنِي عَمَّا عَلَّمَكَ اللَّهُ وَأَجْهَلُهُ ، أَخْبِرْنِي عَنْ الصَّلاةِ . فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( صَلِّ صَلاةَ الصُّبْحِ ثُمَّ أَقْصِرْ عَنْ الصَّلاةِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ حَتَّى تَرْتَفِعَ . . . ثُمَّ صَلِّ فَإِنَّ الصَّلاةَ مَشْهُودَةٌ مَحْضُورَةٌ حَتَّى يَسْتَقِلَّ الظِّلُّ بِالرُّمْحِ – وهو وقت كون الشمس في وسط السماء- ثُمَّ أَقْصِرْ عَنْ الصَّلاةِ فَإِنَّها حِينَئِذٍ تُسْجَرُ جَهَنَّمُ فَإِذَا أَقْبَلَ الْفَيْءُ – وهو أول وقت صلاة الظهر - فَصَلِّ فَإِنَّ الصَّلاةَ مَشْهُودَةٌ مَحْضُورَةٌ حَتَّى تُصَلِّيَ الْعَصْرَ ، ثُمَّ أَقْصِرْ عَنْ الصَّلاةِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ . . .
"Saya berkata : Ya Nabi Allah, khabarkan kepadaku apa yang Allah telah ajarkan kepada kamu apa yang kami tidak tahu, khabarkan kepada ku mengenai Solat. Rasulullah saw bersabda : Bersolatlah di waktu Subuh, kemudian jangan bersolat sehingga matahari terbit dan naik...kemudian bersolatlah kerana solat anda di saksi dan dihadiri [oleh malaikat], sehingga bayangan lembing menunjukkan kearah utara - dimana waktu matahari tegak dilangit - kemudian berhentilah bersolat, kerana waktu tersebut api neraka sedang dinyalakan. Apabila bayang-bayang hilang [tergelincir matahari] - ia merupakan awal waktu zuhur, maka bersolatlah, kerana solat anda akan disaksikan dan dihadiri [oleh malaikat], sehingga anda bersolat Asar, kemudian berhenti bersolat sehingga matahari terbenam.." - [Hadith riwayat Muslim #832]. Sebarang kesilapan, sila komen ye?? Wallahu'alam..:)
Comments
Post a Comment