“Aku dah khatam Al-Quran.”
Selalu juga saya dengar perkataan ni. Kenapa? Kadang-kadang saya cuba fikir
apa makna disebalik perkataan seperti ini? Apa yang dia nak sampaikan
sebenarnya? Mengikut pengamatan saya, dia ingin sampaikan dua perkara. Yang
pertama dia nak bagitau yang dia sudah habis dan berpencen untuk baca Al-quran.
Sangat bahaya untuk manusia yang berfikir seperti ini. Membaca dan mengenali
huruf al-Quran adalah permulaan untuk mendalami ilmu di dalamnya. Lepas khatam,
apa yang jadi dengan Al-Quran tu? Pasti akan berdebu, di letakkan di rak-rak
rumah, dalam laci atau di mana sahaja yang dianggap “selamat” oleh pemiliknya.
Ya, tidak salah untuk simpan Al-Quran di tempat yang baik dan selamat. Nak
letak di peti besi sekalipun, dipersilakan!!
Kiai Haji Zainudin MZ pernah memberi analogi mengenai perkara ini dalam
ceramahnya. Analoginya seperti seorang driver menerima surat yang memerintahkan
si driver tersebut mencari sesuatu dari tuannya. Setelah si driver tersebut
menerima surat tersebut, surat itu terus disimpan di almari yang tinggi dan
dikunci rapi. Setiap hari surat tersebut di beri minyak wangi, dicium dan di
sanjung. Tapi barang yang disuruh cari tidak langsung dicari! Lalu apabila tiba
masanya si tuan memanggil si driver dan bertanya mengenai surat tersebut. “apa
kau sudah terima surat dari aku?” Tanya tuannya.
“Ya tuan, saya sudah terima surat tuan!
Dan saya sudah “Khatam” membacanya!” Dengan bangga si driver menjawab. “Bagus, lalu apa yang engkau lakukan?”
“Saya cium setiap hari dan saya letakkan
di tempat yang mulia dan tinggi tuan!” Sekali lagi dia menjawab dengan
bangganya. “Bagus, lalu apa lagi yang engkau lakukan?” Tuannya bertanya lagi.
“Saya sapu wangian dan saya sanjungi
surat dari tuan!” Dia menjawab lagi dengan bangga. “Bagus! Jadi, kau sudah
dapat barang yang aku suruh di dalam surat itu?” Tuannya bertanya.
“Oh! Itu belum lagi tuan!” Jawab si
driver tersebut. Agak-agaknya, tuannya akan buat apa? Oh! Pasti si driver itu
akan dibuang kerja! Ini jawapan sesetangah kawan yang saya ajukan soalan ini.
Ya! Membaca, memahami Al-Quran dan menghormati Al-Quran itu sahaja tidak cukup
jika tidak mengamalkannya. Untuk mengamalkannya kena memahaminya dahulu. Untuk
memahami, kena baca dahulu. Jadi membaca dan “Khatam” membaca Al-Quran itu
hanya permulaan untuk mengenali Al-Quran. Bukan berpencen untuk membaca
Al-Quran.
Yang keduanya dia nak memberitahu bahawa
dia sudah cukup ilmu agama. Sudah khatam bermaksud ilmu agamanya sudah tidak
boleh lagi dipertikaikan. “Oi, aku ni dah khatam Quran tu 10 kali tau! Kau ni
apa kes nak ceramah aku ni? Kau dah berapa kali khatam?” Apa dia mengukur
kedalaman ilmu agama seseorang itu dengan bilangan berapa kali khatam quran?
Atau berapa kali dah pergi haji bermaksud ilmunya semakin banyak? Dengan
formula lapuk seperti ini menjadikan manusia semakin lupa pada dirinya dan
tujuan hidupnya yang sebenar. Malah yang lebih menyedihkan, kalau dah pergi
haji bermaksud khatam sudah Islamnya. Maka, tak jadi masalah nak minum arak, berjudi,
berzina atau apa sahaja maksiat yang nak dibuat! Mengucap kalimah syahadah
sudah, solat sudah, puasa sudah, zakat sudah, pergi haji pun sudah, maka sudah
khatam lah Islam! Hati kita ini sentiasa kosong. Ya, sangat kosong! Kita sering
menidakkan apa yang Allah perintahkan kepada kita. Seolah-olah kitalah yang
lebih pandai dari tuhan maha pencipta. Kita bangga dengan ilmu kita yang sungguh
sedikit. Malah sanggup mnegakkan yang salah demi menjaga ego. Khuatir kita
dilihat bodoh kerana dipersoal. Kita ini dilahirkan dalam keadaan bodoh dan
dungu yang teramat sangat! Sudahlah bodoh, lemah la pulak! Sampai nak kencing pun
atas tilam dan merata-rata tempat. Dengan kasih sayang Allah kita kini di beri
ilmu dan mampu membezakan yang benar dan yang salah. Yang haq dan yang batil.
Tapi apakah kita sudah sebetulnya sangat berilmu? Sudah pasti tidak! Setiap
hari kita belajar perkara yang baru dan teguran dari orang sekelilinglah yang
membetulkan kita. Bukan maknanya kita tahu sesuatu perkara yang orang tak tahu
bermakna kita tahu semuanya. Lalu timbullah sifat riak, ego dan takbur dalam
diri lalu menjadikan diri lupa kepada yang memberi ilmu. Sudah khatam Al-Quran
maka mulakan mengenali maksud dan makna setiap ayat al-quran. Sudah tahu
maksudnya maka cari pula tafsirannya. Sudah dapat tafsiran al-Quran, maka
amalkan Al-Quran! Itulah yang sebetulnya. Tapi sayang sungguh, kita tidak mampu
untuk berfikiran seperti ini. Buku komik jadi koleksi peribadi lebih banyak di
almari rumah berbanding buku terjemahan al-quran, buku tajwid dan buku tafsir
Al-Quran. Majalah hiburan berkotak-kotak di ruamah, dilanggan lagi setiap bulan
berbanding majalah agama dan buku-buku wirid.
Jika kita berbicara seperti ini, timbul pula pemikiran kolot si dungu
dengan berkata “Habis, semua orang tak payah ke sekolah la lepas ni. Semua
pergi masjid, belajar pondok je. Buku kat pasar tu boleh buang dan dan jual
semua buku-buku agama je!” Ini lagi satu golongan yang bahaya. Golongan ini
yang memisahkan agama dan dunia padahal dunia dan agama itu sangat berkait
rapat. Tidak kita mengetepikan kepentingan menuntut ilmu selain dari ilmu agama
malahan jatuh pula hukum fardhu kifayah terhadapnya. Apabila disebut fardhu,
maka wajib segolongan dari kita yang mempelajarinya. Syaratnya, jangan tinggalkan
agama. Ilmu itu menjadikan diri kita lebih takut kepada Allah yang mencipta
ilmu, bukan semakin bongkak dan sombong. Tapi ramai yang sebaliknya. Jika masih
tidak lagi takut kepada Allah, bagi saya secara peribadinya dia masih belum
berilmu. Ilmunya tidak sampai ke hati namun hanya di otak dan kepala. Sampai
masanya, ianya akan hilang dan pergi. Malah mungkin hanya maklumat untuk
dirinya. Belum sampai tahap yang dikatakan ilmu.
Comments
Post a Comment