Maha pengampunnya Allah SWT...

Sedar atau tak, kita dah kat hujung Ramadhan dah. Tak lama lagi raya la. Suka? Sedih?? Macam-macam feeling...bergantung pada iman kita...hhmm...hari ni Bubble payah nak tido. Jadi, Bubble nak kongsi satu cerita ni. Ye la, Bubble memang suka bercerita...:)



ceritanya berlaku pada zaman Nabi Musa a.s. Nabi Musa ni mukjizatnya boleh berbicara secara terus kepada Allah. Hebat tak?? sebeb tu dia digelar Kalamullah. Dipendekkan cerita, satu hari kawasan bandar pemerintahan nabi Musa a.s dilanda kemarau yang amat panjang sehingga ramai penduduk yang mati. air dan sumber makanan semakin sedikit. Lalu, Nabi Musa a.s berbicara kepda Allah SWT.

"Ya Allah tuhanku, apakah maksud bala yang Engkau turunkan ini? Apakah aku melakukan dosa kepada-Mu? Dan darjatku di sisi-Mu telah jatuh atas kesalahanku?"

Lalu Allah menjawab, "Bukan. Darjatmu di sisiku tidak sedikit pun gugur. Engkau tidak berdosa kepada Aku. Malah, ada umatmu yang melakukan dosa terhadapku selama 40 tahun. Lalu Aku turunkan bala ini sebagai balasan ke atas dosa yang dilakukannya."

Lalu naabi Musa a.s mengumpulkan semua kaumnya untuk mencari pelaku dosa tersebut. Bila dikumpulkan, nabi Musa melihat kaumnya terlalu ramai dan mustahil untuk membuat pengumuman untuk semua. Lalu Nabi Musa berbicara lagi kepada Allah.

"Ya allah, bagaimana aku hendak menyampaikan hasratku sedangkan mereka terlalu ramai?"

Lalu Allah menjawab, "Sampaikan sahaja amanahmu dan pendengaran mereka itu adalah urusan-Ku"

Lalu Nabi Musa a.s berkata kepada kaumnya,

"kemarau yang turun ini adalah akibat salah seorang daripada kamu yang melakukan dosa kepda Allah selama 40 tahun! Malulah kepada dirimu wahai si pelaku dosa! Bertaubatlah kepada Allah!"

Apabila terdengar bicara Nabi Musa a.s, si pelaku dosa tadi melihat ke kiri dan ke kanan. Malu untuk mengaku akan dosanya. Lalu dia menutup mukanya dan menangis. Memohon ampun dari Allah SWT.
Lalu hujan turun dengan lebatnya serta merta.

Nabi Musa a.s hairan akan hujan yang turun tersebut.

"Ya Allah, mengapa engkau turunkan hujan pula sedangkan ada hamba-Mu yang melakukan dosa kepada-Mu selama 40 tahun?"

"Sesungguhnya dia telah bertaubat dan Aku terima taubatnya" Maha suci Allah mengampunkan dosa manusia yang melakukan dosa selama 40 tahun!!

lalu nabi Musa bertanya lagi
"Siapakah umatku ini yang melakukan dosa tersebut ya Allah?"
Lalu Allah menjawab,
"Setelah aku mnutup aibnya selama 40 tahun, apakah Aku perlu membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada-Ku?"

Maha suci Allah! Sungguh besar kasih dan sayangnya Allah kepada kita....

Semoga cerita ini menjadi iktibar kepada kita semua. Ingat, kasih Allah itu sangat besar dan luas. sementara kita masih mampu bertaubat, maka bertaubatlah. Jalan Islam itu tidak pernah sunyi dan pengampunan Allah itu maha luas. salam Ramadhan buat semua...:)

Comments