Setelah kewujudan Islam, kita tahu syarat nak masuk syurga tu ialah taat perintah Allah dan melakukan setiap suruhan Allah kan? Kena la amalkan rukun Islam yang 5 tu. terutamanya solat. Tapi ada zaman Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW akan masuk syurga walaupun tidak pernah solat!! Apatah lagi puasa dan zakat...Siapakah yang sangat bertuah ni??
Dialah Amar bin Thabit. Siapa pula Amar bin Thabit ni?
Ok, Macam ni kisah dia. Amar Bin Thabit ni merupakan seorang yang sangat angkuh dalam kaumnya. Keangkuhannya sangat terkenal oleh setiap orang sehingga pembesarnya sendiri telah Islam pun dia masih taknak memeluk Islam. Dia sanggup menyendiri dan dipulaukan oleh kaumnya yang telah memeluk Islam semata-mata ingin mempertahankan agaa musyriknya.
Sehingga pada suatu hari, Rasulullah SAW dan tentera Islam bersedia untuk pergi perang Uhud. Para sahabat pun sibuk bersiap untuk berperang masa tu. Maka datanglah Amar Bin Thabit kepada Rasulullah SAW menyatakan keislamannya. Amar berkata ingin turut serta dalam perperangan Uhud itu. Lalu Rasulullah membenarkannya turut serta dengan hati terbuka.
Semasa perang berlangsung, para mujahidin terkejut dan hairan dengan kehadiran Amar. semua orang tahu akan keangkuhn Amar dan tidak tahu akan keislamannya. Amar maju dalam medan perang dengan pedangnya dan beberapa kali pedang musuh menembusi badannya tetapi dia tetap melawan sehingga dia terjatuh dan tidak mampu lagi untuk bangun.
Dalam keadaan antara hidup dan mati itu, para sahabat mendengar Amar berkata "Aku sudah beriman kepada
Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama
lagi." Maka syahidlah Amar di medan perang. Maka Para sahabat bertanya dengan Rasulullah SAW tentang Amar. Lalu Rasulullah SAW menjawab "Amar itu nanti akan berada dalam syurga"
Mendengar kata-kata Rasulullah SAW itu, para sahabat sangat kagum dengan Amar. Sesugguhnya nikmat Islam itu milik Allah dan Allah akan memberinya kepada siapa sahaja yang dikehendakinya pada bila-bila masa dikehendaki-Nya.
Pengajaran dari cerita ni...jangan kita selalu nak judge orang. Kita yang pandai-pandai bagi hukum kat orang masuk syurga atau neraka ek?
sholat itu tiang agama,dan amal yang pertama kali dinilai kelak di hari kiamat.
ReplyDeletejika sholatnya baik,maka baik pula seluruh amalnya, namun jika sholatnya buruk, maka amal lainnya akan dianggap buruk pula
Meremang bulu roma baca entri ni dik, trm ksh ye. Bkn apa...walaupun entri ni pendek, tp nk kata betapa terbukanya ht dia pd Allah.
ReplyDeletesaya ada nak perbetulkan sikit tulisan anda. anda ada tulis ayat diatas yang berbunyi kena la amalkan rukun islam yang 6 tu. ingat lah anda rukun islam ada 5 perkara. rukun iman baru ada 6 perkara.. harap teguran ini dapat menyedarkan kita ini bahawa manusia tak lari dari melakukan kesilapan yang tak di sengajakan.. harap maaf
ReplyDelete