Sabar tanpa batasan.....

Salam buat semua....

Dah lama tak update blog kan??
Sorry la..Bubble ada banyak masalah sejak kebelakangan ni.
Tak settle lagi masalah lama dah timbul masalah baru.





Tapi tolak tepi dulu la masalah tu. Lagipun Bubble tgh exam sekarang. Ehem2!!
Hari ni nak bincang topik best! Bagi Bubble, topik ni memang kena batang hidung Bubble. Bila Ustaz bicara tentang benda ni, rasa malu, segan, semua keluar. Korang lak apa macam?? Sedia nak dengar??

"Takpe, Aku mampu bersabar dengan perangaimu..aku terima segalanya demi cinta kita. Aku terima dirimu seadanya.." Ni ayat masa sebelum kawen beb...kalau lepas kawen??? Try tengok bawah..

"Celaka punya perempuan! Kau ingat aku nak sangat kat kau? Hari-hari menyusahkan aku! Tak ada kerja lain ke??" Ni kalau yang kawen tapi masih mentah dalam bab perkahwinan.. Kalau yang matang lak?? Try tengok bawah...

"Saya nak solat dulu la ye? Lepas solat nanti kita bincang hal ni.." Sambil tersenyum...

Nak lagi contoh??

"Takpe la, aku memang lemah..aku rela je kena buli dengan diaorang. Diaorang ramai...aku mana nak lawan.."

Setahun kemudian..

"Kau ingat tak dulu? Masa aku mula masuk sini? Kau buli aku kan?? Hari ni hari aku lak! Aku nak belasah kau cukup-cukup!" Siap dendam lagi ni....Islam ajar kita macam ni ke?? Jadi, apa penyelesaian nya??

"Mat, kau tak perlu la buli aku lagi. Aku pun rasa kau tak suka kena buli. Aku benci kau, tapi aku taknak berdendam Kau ambik la hadiah dari aku ni...coklat cadbury paling latest.." Ustaz cakap kalau benci kat orang, bagi hadiah kat orang tu...

Persoalannya, sejauh mana kita dapat bersabar?? Bersabar ada hadnya beb...(Betul ke??)

Rasulullah SAW Bersabda, "Sabar itu separuh dari iman" Bukan sebahagian. besarnya sabar dalam Islam. sabar tu pulak apa benda?? Nanti kita bincang lagi lanjut ye??

Bubble nak tekankan betapa besarnya benda yang dinamakan sabar sehingga Islam menetapkan sabar tu separuh dari iman berbanding sifat lain. Mengapa?? Sebab sabar kunci keamanan. Kunci cermianan Islam. Nak digambarkan lagi semasa perang antara tentera mujahidin dan tentera kafir quraisy, Saidina Umar yang terkenal dengan keganasannya itu berdepan dengan seorang tentera kafir.

Tatkala tentera kafir itu jatuh dan Saidina Umar Mengangkat pedangnya, si tentera kafir tu ludah pada muka saidina umar. Lalu saidina Umar marah dan beredar dari situ. bila si kafir bertanya apa yag saidina Umar jawab??

"Jika aku membunuhmu sekarang, aku membunuhmu atas dasar marah. Bukan kerana Allah SWT"

Hebat tak?? Kalau la Bubble, dah lunyai da mamat tu kot....

setakat tu je la dulu ok? Nanti kita bincang lagi Topik ni. Bubble dulu pun sampai seminggu nak belajar tentang sifat sabar...hehehe....samapi sekarang pun masih tak reti nak sabar lagi...

Salam buat semua..:)

Comments