Terima Kasih Ayah dan ibu....

Terima kasih? Selalu kita ucapkan...Ya memang selalu...seperti mana kita berterima kasih sejak kecil sehingga kini. Buat renungan bersama, mari kita susuri kehidupan kita sejak kecil sehingga sekarang.

Sewaktu ibu melahirkan kita..sakitnya ibu. Ayah bergegas memikul ibu bangun di malam hari tatkala mentari belum terbit.Dengan perasaan cemas si ibu menahan kesakitan seperti diheret sakaratul maut.

Lahirnya kita disambut senyuman. Kesakitan yang ditanggung berjam-jam tadi hilang serta merta. Terukir senyuman melihat kelahiran kita dengan selamat.



Namun kita menangis teresak-esak. Oh, itulah tanda terima kasih kita terhadap mereka....


Setelah umur mencecah dua bulan, ibu memekaikan iita dengan pakaian. memandikan kita dengan lembut. Di malam hari, kelambu dibuat mengahalang walau seekor nyamuk pun tak lut.
Tapi kita menangis di malam hari mahukan susu...si ibu tidak tidur semalaman sedangkan esok terpaksa lagi bangun seawal mungkin.
Oh ya, mungkin itu tanda terima kasih kita kepada ibu....

Selepas berumur 3 tahun, si ayah gembira melihat kita sudah pandai berbicara. ayah dan ibu meghantar kita ke taska. Bukan tak sayang kita. Tapi nak bagi didikan ilmu awal. Setibanya di pintu kelas, kita meraung mehu balik. Hendak berada di rumah sahaja tidak mahu ke taska...
Oh, itu tanda kita berterima kasih rupanya....



Balik kerja, ayah belikan alatan mewarna. Pensil tulis pun ayah belikan. Kerana mahu kita lengkap turun ke sekolah. Tak payah pinjam-pinjam kat kawan.
Tapi kita conteng pulak didnding rumah yang putih. Tak cukup, di sekolah pun kita bantai.
Oh ya, mungkin itu caranya kita berterima kasih...

Sewaktu di bangku sekolah rendah, mak ayah hantar kita ke sekolah. Ya, muhukan didikan sempurna. Tak pernah merungut nak hantar kita setiap. Kalau tak dapat hantar pun ayah tak kisah upah pemandu bas sekolah hantar kita. Kesudahahnya?
Kita melencong pula ke tempat lain. Maklumlah, kedai cyber dekat. Shoping mall pun sebelah je.
HHmmm...mungkin itu caranya kita berterima kasih...

Masuk sekolah menengah, mak ayah bagi bajet besar sikit. ye la, dah besar ni makan banyak sikit kat sekolah. Baru la senang nak tangkap ilmu. Tak jatuh sakit.
Tapi duit tu jadi la rokok, handphone, belanja awek, belanja balak....
Ye la kot...itu tanda kita berterima kasih....

Lepas spm, kita dapat pula tawaran masuk universiti..
Mak dan ayah sibuk cari dana untuk masukkan kita ke U. nak jadi anak yang bekerjaya bila keluar nanti.
Setibanya di u, malas pulak masuk kelas. Kuliah tak turun. Markah pun ala kadar...mak dan ayah cakap, "Takpe, usaha lagi ye nak? Mak yakin kamu boleh!"
Nak naikan semagat kita walaupun di hatinya sakit!
Oh, itu rupanya tanda terima kasih kita...

Masa konvo, mak dan ayah gembira sangat! Maklumlah, anak dah berjaya. Nak buat pula doa selamat.
"Lepas ni boleh la cari kerja ye? Lepas tu kawen. Nak juga mak timang cucu."
kita jawab apa??
"Ala mak! Baru je penat belajar. Bagi la rehat dulu. Pasal kawen tu nanti la. Baru je habis belajar. Kerja pun belum lagi..."
Susah ke nak tunaikan permintaan ibu dan ayah??

eh, itu tanda terima kasih kita rupanya....

Malam itu, panggilan telefon dari kampung. Memberitahu mak dan ayah sudah pergi selamanya.
tersentak seketika....
Rupanya aku tak sempat nak ucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah....
Baru tersedar segala kesalahan masa lalu..
Penyesalan yang tak ada sudahnya....

Bagi Bubble Haze, ucaplah terima kasih kepada ayah dan ibu sementara masih sempat ni. Bagi yang sudah tiada ibu bapa, berdoalah untuk mereka. Nescaya mereka akan gembira menerima doa dari kita...
Salam Sayang dari Bubble Haze...Hargai ibu bapa kita.

Comments

  1. jadikan hari² anda bermakna bersama ibu dan bapa selagi mereka masih ada.. ;)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah kita semua mnjd anak soleh/solehah . .

    ReplyDelete
  3. Skrg abah dah ada anak br tau ssh payah nk jaga anak ni,nak itu inilah,demam sakit..terina kasih pd mak dan ayah

    ReplyDelete
  4. gambar tu bkn bdk kecik yakuza tu ke?haha

    ReplyDelete
  5. ibu ibu ibu ayah.. kita harus selalu menghormatinya ^_^

    ReplyDelete
  6. oh ibu..oh ayah lebiu......selalu hormati org tua....

    ReplyDelete
  7. suka entry ni.^^

    banyak pengajaran. sekarang ni banyak yang jadi gitu. bila mak ayah dah tak ada baru menyesal.

    ReplyDelete
  8. Photo tu yg empunya diri ke google..He..he.

    ReplyDelete
  9. hehe..saje je letak gambar tu. Bagi feel santai skit ek? Kesian bagi yang takde mak dan ayah lagi. ;)

    ReplyDelete
  10. tanpa ibu dan bapa siapa la kita kan....

    ReplyDelete

Post a Comment