Nuffnang

Saturday, August 6, 2011

Sembelih ayam itu.

Di sebuah pergunungan, sekumpulan remaja sedang menuntut ilmu. Sehingga pada suatu hari, mereka di beri ujian oleh guru mereka.

"Wahai anak muridku, hari ini aku akan bagi ujian kepada kamu semua. untuk menilai sejauh mana kamu faham dengan apa yang aku ajarkan selama ini."
Anak murid ini emuanya tunduk. Patuh kepada guru mereka.
Mereka diberi seekor ayam setiap seorang.


"Kamu sembelihlah ayam ini. Cari tempat di mana tidak ada seorang pun yang dapat melihatmu."

Lalu mereka berpecah mencari tempat yang sesuai. Ada yang menyorok di celah batu, ada yang memanjat pokok, ada yang bersembunyi di dalam hutan dan ada juga yang pergi ke dalam sungai.

Setelah tamat masa yang diberikan, mereka berkumpul di hadapan guru mereka. Dalam ramai-ramai anak muridnya, ada seorang yang belum menyembelih ayamnya. lalu si Mahaguru bertanya:

"mengapa kau tak sembelih ayam itu?"

"Wahai maha guruku, aku telah mencari setiap tempat yang aku rasakan selamat. Namun tak ada satu tempat pun aku boleh bersembunyi. Aku sentiasa merasakan bahawa aku diperhatikan."

"Siapa yang memerhatikan kau?"

"Allah..."

Lalu si mahaguru mengangguk dan mengucapkan syabas kepada lelaki tadi. Ternyata hanya dia yang berjaya melepasi ujian kali ini..

Sejauh mana kita percaya kepada Allah? Sejauh mana kitamengerti dan menghayati maksud Ihsan? Allah maha melihat apa yang kita kerjakan. Jika semua memahami dan percaya Allah itu maha melihat, pasti tidak ada jenayah dalam dunia ni kan?

Salam dari BUBBLE HAZE...


13 comments:

  1. Allah Maha Kuasa..Celah mana kita sembunyikan sesuatu perkara sehingga tiada manusia pun ketahui tapi Allah nampak segalanya..:)

    ReplyDelete
  2. wah..sentap ckit..kdg2 kta t'lpa Allah sntiasa memerhatikan kta..xnah t'lpas even sdetik pon. nice entry. :D

    ReplyDelete
  3. allah mengetahui segala-galanya..

    ReplyDelete
  4. Takzkirah di pagi isnin..Alhamdulillah... (^_^)Nasihat yg sgt bermakna...

    ReplyDelete
  5. pergi menyorok kat mane pon Allah tetap nampak..

    ReplyDelete
  6. Kalau kita letakkan Allah sebagai rujukan dan sumber utama, insyallah perjalanan hidup kita akan sentiasa berlandaskn jalan yg betul..

    ReplyDelete
  7. Subhanallah.. Sesungguhnya ALLAH Maha Melihat.


    Thanx perkongsiannya.. ;)

    ReplyDelete
  8. tenet ifa sgt slow nie..huhu..nk tgl jejak xleh nie..

    ReplyDelete
  9. Nice entri... Allah sentiasa memerhatikan apa yang kita buat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...