Sahabat yang akan berlalu pergi...

Suatu hari yang indah, kita sibuk menghabiskan kerja seharian. Kerja yang seharusnya kita buat untuk menampung hidup. Penat lelah kita tanggung seharian.


Tiba-tiba muncul seseorang menghalang kerja kita. Kita rasa rimas! Kita rasa tidak selesa.
Dia memaksa kita berehat. Berhenti bekerja untuk seketika. Ada di antara kita yang tidak mempedulikan nasihat si sahabat ini dan terus bekerja.

si sahabat tanpa bicara dan memerhati sahaja. Tidak membantah dan tidak memaksa. 

Bagi yang menuruti nasihat sahabat ini, mereka dijaga dengan baik. Pada malam harinya, si sahabat membenarkan kembali kita bekerja. Nikmat kerja pada malam harinya ditambah dan kesihatan kita juga dijaga rapi.

Kini, hanya tinggal lagi kurang sepuluh hari si sahabat akan pergi. Segala kasih sayang yang dicurahkan kepada kita juga akan pergi bersama. Sebelum meninggalkan kita, si sahabat berjanji akan memberikan hadiah terbaik untuk kita! Apakah bahagianya kita, tatkala orang yang pergi meninggalkan kita pula yang memberi hadiah!

Ya, itulah Ramadhan.....tiggal beberapa hari lagi si Ramadhan akan meninggalkan kita. Mungkin ini Ramadhan yang terakhir? Tidak pasti pula Ramadhan akan tiba lagi tahun hadapan....

Bagaimana persiapan kita meninggalkan Ramadhan? 

Salam Lebaran dari Bubble Haze....


Comments

  1. rindunye Ramadhan sudah hendak berlalu pergi

    ReplyDelete
  2. entahkan jumpa lagi, entahkan tidak.

    ReplyDelete
  3. Ramadhan datang dan pergi setiap tahun. Semoga kita dipanjangkan umur untuk Ramadhan akan datang.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Ermm andai ramadhan ini adalah yg terkhir...takut n sayang nya rase tak dapat bertemu lg..

    ReplyDelete
  5. betul..ramadhan kali ini tidak banyak terisi...hrmmm

    ReplyDelete
  6. moga ramadhan kali ini punuh makna :)

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan.. semoga panjang umur untuk ramadhan yang akan datang ^_^

    ReplyDelete
  8. harap2 , dapat lah jumpa ramadhan tahun depan . ameeen ;)

    http://cokolatmerahjambu.blogspot.com/2011/08/mintak-maaf-dah-main-aci-nyorok-dengan.html

    ReplyDelete

Post a Comment