Kita lupa kan??

Menyesal aku lahir ke dunia...
kenapa aku dilahirkan begini?
Aku rancang nak jumpa bomoh la....
Aku nak bunuh mamat ni!
Menyesal aku hidup..
aku nak bunuh diri...

selalu tak kita dengar ayat-ayat macam ni?

Mesti pernah kan?
Ye...kita selalu ada masalah. Kita selalu kesempitan hidup. Kita selalu tak ada masa...
Tapi kita perasan tak satu benda?
Kita selalu tak bersyukur...
Macam-macam dah Allah bagi kat kita, tapi di mana semua syukur kepada setiap nikmat yang diberi?
Setiap nikmat, ada syukurnya. Namun, betapa banyak nikmat diberi, terlalu sikit syukur dibalas.
Adui.....lagi teruk kalau ucap perkataan di atas tu.

Lagi kita lupa


dalam dunia ni siapa paling kuat?
Dalam dunia ni siapa paling pantas?
Dlaam dunia ni siapa paling gagah?
Dalam dunia, siapa raja rimba?
Dalam dunia ni siapa raja gunung?
Siapa?


Paling kuat gajah?
Paling pantas cheetah?
Paling gagah harimau?
raja rimba singa?
Raja gunung pulak helang?

Tau tak jawapan tu salah??

Raja semua jawapan di atas adalah manusia.
Ya! Manusia paling gagah! Paling pantas! Paling kuat! Raja rimba! Raja segalanya di dunia!
Tiada haiwan dapat memecut hatta kereta kancil 660cc hasil ciptaan manusia. Tiada haiwan dapat mengangkat 100tan besi jika dibandingkan dengan manusia menggunakan kren, tiada haiwan mampu menyentuh manusia apabila manusia melepaskan sedas tembakan senapang patah, tiada satu pun binatang mampu menjejakkan kaki ke gunung Everest dan turun ke kaki gunung semula. Jadi, siapa lebih hebat?

Kerana dunia ini diciptakan untuk manusia. Kita dilantik menjadi khalifah di dunia.
Mengapa Bubble cakap demikian?
Apabila diciptakan manusia, dibantah oleh para malaikat. Namun Allah tetap menciptakan manusia tanpa keraguan dan para makhluk di syurga disuruh SUJUD kepada manusia.
Lalu si malaikat berkata, "Jika Allah tidak menyuruh aku untuk sujud kepada Adam, nescaya aku tidak akan sujud kepada yang lain kecuali Allah.

Tinggi sungguh darjat manusia Allah letakkan. Namun kenapa masih ramai yang tidak sedar diri? Tidak yakin dengan kekuatan diri?
Semuanya kerana ceteknya kepercayaan kita kepada pencipta. Bubble pun buka la alim. Bukan ustaz pun. Cuma kadang-kadang bengan dengan sesetengah pihak. Korang paham-paham la kan? Ada sampai nak bunuh diri bila putus cinta, nak mintak tolong jin bomohkan orang, nak puja kubur mintak nombor ekor...apa kes ni?

Bumi untuk manusia


Bumi ni Allah ciptakan khas untuk manusia. Terpulanglah nak buat apa. Selagi mana tetap jalan kepada landasan agama. Nak bagi contoh?
Seorang manusia sepanjang hayatnya berapa ekor ayam dia makan? Kambing? Lembu??? Tak termasuk semut, nyamuk, lalat yang mati tanpa sebab lagi. Ada tak binatang-binatang ni buat rusuhan anak mereka mati? Setakat ni bubble tak pernah la dengar lagi.

Kalau seorang manusia mati dibaham buaya, maka seluruh penduduk kampung turun mencari buaya tersebut nak bunuh buaya tu. Ada nampak tak perbezaan tu??

Setakat ni je la Bubble cerita ek?? Ada lagi sambungan lepas ni. Tapi dalam bentuk cerita la. Sebab bubble suka berserita..:) Nak dengar tak cerita bubble???

Comments

  1. nice entry :) kadang2 kita lupe sape pemilik bumi ni kan.

    ReplyDelete
  2. nice entry :)
    ya manusia ni mmg mudah lupa...
    lupa siapa pecipta mereka..lupa asal usul mereka dari mana...

    ReplyDelete
  3. betul ! kita memang selalu lupe apa yang telah Allah kurniakan kepada kita dan kita sering menghargai kurniaan itu setelah kehilangannya dan bila kita berada dalam kesusahan..

    ReplyDelete
  4. fitrah manusia mudah lupa...nice..:D

    ReplyDelete
  5. syukur la dgn apa yg ada..
    bila perasaan bersyukur tu tiada, manusia akn hilang pertimbangn...:)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...kita kena sentiasa beringat kan? Kita selalu merungut apa yg kita dapat...xpernah nak bersyukur...Berfikirlah di luar kotak fikiran kita...(^_^)

    Jom jOin cOntest cik WuNny yuk!Saya mahu Join BeLoglist Cik Wunny

    ReplyDelete
  7. tazkirah yang berkesan untuk ramadhan ni...aku harap kita semua dapat mengambil iktibar...nak share sikit la kat facebook supaya orang berkenaan dapat ambil manfaat juga. terima kasih

    ReplyDelete
  8. Terima kasih semua..:) Tazkirah untuk kita semua termasuk si penulis yang telinganya lebih hampir kepada mulut yang bercakap. Hatinya lebih dekat dengan jari yang menaip. ;)

    ReplyDelete
  9. Manusia.. Memang mudah lupa..

    Harap² kita tak terbabas dari jalan yang lurus.



    Terima kasih perkongsiannya bro..

    ReplyDelete

Post a Comment