Siapa yang paling jahat?

Di sebuah gunung, ada seorang lelaki berguru dengan seorang pendeta. Sudah lama mereka berguru, maka sudah tiba si pemuda tersebut "graduate". Sebelum pemuda itu diiktiraf oleh si pendeta, dia perlu menjalani satu ujian terakhir....ujiannya tidaklah seteruk sebelum ini, malah mungkin yang paling senang!



"Kau akan tamat pelajaranmu setelah menyelesaikan ujian terakhir ini."
"apa ujiannya tuan guru?"
"Aku lepaskan kau ke kota. Engkau carilah makhluk yang oaling jahat di dunia ini dan bawakan kepadaku."
Maka si pemuda turun ke kota dan mencari orang yang paling jahat. 
Setibanya di kota, dia terjumpa dengan seorang pencuri. Pencuri ini merompak sebuah kedai dan membunuh pemilik kedai tersebut.

"Ah! Inilah manusia yang paling jahat di dunia ini! Aku mesti tangkap lelaki ini!" Si pemuda berlari mendapatkan lelaki tersebut. Setelah beberapa langkah...dia teringat....

"ah, kalau dia bertaubat, pasti amalannya lebih hebat dariku. Tidak mustahil dia akan lebih mulia jika bertaubat. Bukankah Allah itu maha pengampun?"

lalu lelaki tersebut melupakan hasrat untuk mengejar perompak tersebut.
Lantas dia berjalan lagi sehingga sampai ke sebuah kota. di sana, dia terjimpa seorang pelacur. Pelacur ini rela melayan ramai lelaki hanya kerana duit.
Lantas si pemuda itu merasakan wanita inilah yang paling jahat!
Tidak sampai beberapa saat, dia teringat betapa pengampunnya Allah dan luasnya maghfirah Allah. 
"Pasti dia akan lebih mulia darjatnya jika dia bertaubat. 

Lalu si pemuda tersebut berlalu meninggalkan tempat itu. Sedang berehat di sebuah hutan, dia ternampak seekor babi. "Ya! inilah yang aku cari! ini pasti makhluk yang paling jahat di dunia ini! Sebab itulah dia haram dari semua aspek."

Sedang mencari alat untuk menangkap si babi tadi, pemuda itu terfikir..."ah! babi hanya seekor binatang. Tiada akal dan tidak bersalah." Lalu si pemuda tersebut melupakan hasratnya untuk menangkap babi.

Sudah jauh perjalanannya dan tiba masa si pemuda kembali kepada gurunya.

"Apa engkau sudah jumpa siapa yang paling jahat?" Tanya si mahaguru..
"Wahai guruku, setelah aku berjalan di luar sana, aku tidak jumpa sesiapa pun yang jahat. Malah, aku merasakan akulah yang paling jahat!" dengan linangan air mata, si lelaki tadi melutut di hadapan gurunya.

"Bagus anak muridku...kau telah sempurnakan ujina terakhirmu. Itulah Tawadhuk. Pengubat kepada ujub dan riak. Kembalilah kepada masyarakatmu.."

Siapakah kita untuk menilai darjat manusia di sisi Allah? Malah nilailah diri kita sebelum tiba diri kita dinilai. Salam Ramadhan dari Bubble Haze...

Comments

  1. hehehe...babi yg tak bersalah pon hampir2 kene...hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe...tau takpe...ni selalu je nak salahkan babi...:)

    ReplyDelete
  3. best laa cite bubble~ byk ilmu buleh blaja n dijadikan iktibar ni.

    ReplyDelete
  4. Best citer ni...Bg takzkirah d pagi hari... :) Kita selalu anggap org lain smua jahat...tp selalu terlepas pandang pd diri sendiri kn...

    ReplyDelete
  5. Ada maksud yang tersirat di sebalik cerita yang menarik ini. Terimakasih....

    ReplyDelete
  6. Terima kasih ye...bubble hargai semua..:)

    ReplyDelete
  7. Untuk renungan dan pengajaran bagi maksud sebenar disebaliknyer..Tepuk Dada tanya Iman

    ReplyDelete
  8. cerita ni bubble create untuk 6 golongan pembaca.
    1.Kanak-kanak
    2.remaja lelaki
    3.remaja wanita
    4.dewasa lelaki
    5.dewasa wanita
    6. golongan tua.
    Setiap peringkat umur pasti mentafsirkan cerita ini secara berlainan. Apa pun, mesej yang disampaikan adalah sama. terima kasih semua..;)

    ReplyDelete
  9. masya Allah... sgt byk pengajarannya... kadang2, kita sibuk tgk keburukan org, kita lupa nak cermin diri kita

    ReplyDelete
  10. hebat cerita ini.. saya suka.. harap boleh kongsi..

    ReplyDelete
  11. kambing dh x jd kambing hitam dh, now babi dh ganti...babi hitam?haha

    ReplyDelete
  12. Kongsi la. Tp jgn lupa letak laink balik ke blog bubble k? ;)

    ReplyDelete
  13. memang kita selemah-lemah hamba yang tak layak judge orang itu dosa ke tidak.

    ReplyDelete

Post a Comment