Seorang pemuda berjalan di padang pasir. Sambil dahagakan air...dan perut sudah seharian tak berisi. Dihadapannya hanya padang pasir yang terbentang luas. Sepertinya tiada harapan lagi untuk meneruskan hidup. setelah beberapa ketika, khudratnya sudah tiba di penghujungnya. Dia merasakan tidak ada gunanya lagi untuk berusaha. Berjalan lah ke mana pun, tetap hanya padang pasir.
Lalu si pemuda tersebut berbaring dan memejamkan mata. Menunggu saat hembusan nafas terakhir. Meskipun dia tahu dia masih punya baki waktu untuk berusaha.
Dia mengambil pisau di beg sandangnya dan menusuk perutnya sendiri. Ah! sama sahaja! Aku tetap akan mati!
Lalu matilah lelaki tadi....
Maka datang si malaikat untuk mengambil roh si lelaki. Bertanya si malaikat.
"Kenapa engkau membunuh diri? Apa engkau tidak tahu bunuh diri itu haram?"
"Ah, sama sahaja! Daripada aku tersiksa di padang pasir ini, lebih baik aku mati!"
"Apa engkau dapat melihat masa hadapan?"
"Sudah tentu tidak!"
"Jadi, bagaimana kau tahu yang engkau akan mati di padang pasir ini jika kau tidak membunuh diri?"
"Kerana di sekeliling ku hanya pasir! Aku akan mati kelaparan juga!"
"Kau sememangnya silap....dihadapan mu ada sekumpulan pedagang arab yang membawa bahan makanan untuk ke bandar. Jika kau tidak membunuh diri, sudah pasti kau akan bergembira sekarang dan bertemu keluargamu."
Si lelaki hanya terdiam.....namun apa gunanya??
- Mengapa perlu berputus asa jika tidak tahu penghujungnya???
Comments
Post a Comment