Intro Puasa...

Kat sebuah gua, didalamnya sangatlah gelap! 

Lalu ada seorang lelaki mencabar anak muda di kampungnya untuk masuk ke dalam gua tersebut. Lalu berkumpul lah mereka untuk masuk ke dalam gua itu untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Syaratnya, gua itu hanya boleh dimasuki sekali sahaja. selepas masuk, gua itu akan runtuh.

Lalu mereka masuk dengan tangan kosong lalu mencari barang-barang yang beharga. 

Selepas beberapa hari mereka di dalamnya, mereka keluar melihat apa yang mereka perolehi.

Alangkah terkejutnya mereka bila melihat mereka membawa keluar emas, permata, intan dan berlian! Jika dijual, pasti jauh mahal harganya...


Lalu mengeluhlah mereka kerana menyesal. Bagi yang masuk dengan tangan kosong pasti kecewa kerana jika masuk dengan beg, mereka pasti akan lebih kaya. Begitu juga dengan yang membawa bes, rugi kerana tak bawak guni. Yang masuk bawak guni menyesal sebab tak bawak lori je masuk.

Begitulah Ramadhan...

Jika kita tahu apa yang kita akan perolehi bila memasuki Ramadhan, pasti kiita akan membuat persediaan yang secukupnya bagi memperolehi ganjaran yang jauh lebih mahal dari intan permata..

Salam Ramadhan dari BUBBLE HAZE.....

Comments

  1. oooo....jadi kalo dapat jemputan majlis berbuka pose, kena bawak beg besar-besar la ni kan...makanan yang tak abis blih bawak balik kan? kan? kan?

    ReplyDelete
  2. TERSENYUM aku baca entry manis ni..

    Semoga kita peroleh ramadhan yang lebih baik tahun ni insyaAllah.. ;D

    ReplyDelete
  3. Semakin peroleh barakah yg lebih lagi taun ni

    ReplyDelete

Post a Comment