Kisah Si Raja Makan (Intro Puasa 2)

Semalam Bubble takde idea nak buat entry apa...so ramai yang suggest buat entry pasal puasa. Jadi, Bubble akan ceritakan 1 kisah mengenai puasa.

Kat sebuah negeri, ada seorang raja. Sememangnya raja ni sangat memilih bila bab makan. Boleh cakap semua benda dia nak makan.



Sehinggalah pada suatu hari, si raja berasa bosan untuk makan makanan di istana. Semua makanan yang dimakan berasa tidak lagi enak. Dia mahukan sesuatu yang lebih lazat.

Setelah berbincang bersama menteri, salah seorang menteri menyarankan supaya si raja turun ke kampung-kamoung untuk mencari makanan yang baru. Mungkin lebih lazat masakan kampung yang belum dirasainya.

Makan si raja membuat pengumuman untuk pergi ke setiap kampung. Semua penduduk kampung dijemput untuk makan bersama raja.


Sudah 5 buah kampung raja pergi. Semuanya sama. Malah, dia semakin tidak berselera untuk makan....

"Di seberang sungai sana ada lagi sebuah kampung. Mungkin di sana masakannya lebih sedap." Kata si menteri.

Maka, keesokan harinya mereka berangkat ke kampung tersebut..

Seperti biasa, semua penduduk kampung dijemput untuk makan bersama raja. Namun, undangan raja ini telah ditolak oleh seorang lelaki tua. Dia tidak mahu makan bersama raja.
Si raja kehairanan lalu memerintah lelaki tersebut menghadapnya.

"Apa engkau menolak jemputanku?" Tanya si raja.
"Ya wahai tuanku.."
"mengapa engkau menolaknya?"
"kerana aku ada jemmputan yang lebih mewah."
"Siapa yang menjemputmu? Apa makanan yang dihidangnya lebih lazat berbanding makanan ku ini?"
"Sudah pasti tuanku. Makanan yang dihidangkan jauh lebih lazat."
"Jika begitu, bawakan aku ke majlisnya." Minta si raja.

"Di persilakan tuanku. Namun, syaratnya tuanku tidak boleh makan sebelum ke majlisnya."
"Mengapa?"
"itu syarat.."
"Baiklah kalau begitu..." Maka si raja menahan perut dari pagi sehingga ke senja menunggu saat menghadiri majlis si lelaki tadi.

Menjelang maghrib, si lelaki tua tadi datang ke balai kampung dan menjemput raja ke rumahnya. Si raja kehairanan. Mengapa ke rumah si lelaki tadi?

Setibanya di rumah lelaki tadi, baginda terkejut tatkala hanya meilhat makanan yang dihidangkan hanyalah roti dan air zam-zam.
Si raja berasa tertipu...namun memandangkan perut yang sudah lapar, raja makan dengan lahapnya.
Sedang si raja meratah makanan, si lelaki tadi berkata...
"Inilah makanan yang Allah beri. Saya yakin inilah makanan yang paling sedp tuanku pernah rasa."
"Mana majlis yang kau katakan itu?" Tanya si raja..
"Inilah majlisnya..majlis berbuka puasa. Apa tuanku tidak perasan yang tuanku telah berpuasa hari ini? Maka saat inilah majlis yang tuanku tunggu-tunggu pada hari ini...."


Barulah si raja tersentak seketika...ya, meski makanan ini nampak biasa dan tidaklah selazat makanannya di istana. Namun, inilah makan yang paling sedap dalam hidupnya. Ya, nafsu makan itu hanya tiba bila lapar. Sama sepertinya dengan nafsu yang lain. Nafsu tidur, tiba bila mengantuk, nafsu buang air tiba bila dah sarat. Nafsu bermain tiba bila bosan. Ikutkan nafsu, hancurlah kehidupan. Apa jalan penyelesaiannya? Ikutlah syariat. Kan itu panduan? Salam Ramadhan dari BUBBLE HAZE.....

Comments

  1. hebat. :o citer pngajaran.

    mjlis berbka puasa :)

    ReplyDelete
  2. wah..bubble...awk buat sndri ke sume cte nie...best gak wat cte utk adek2 kecdik...hehe...motif pose mengajar kita bersyukur ngan mkn yg ade...bl kita diuji sedikit, brulah kita nmpk nikmat yg tuhan beri slm nie...ape2 pon, slmt berpuasa =)

    ReplyDelete
  3. hehehe...citer ni sy pikir semalaman tau...penat bubble fikirkan...:)

    ReplyDelete
  4. bersyukurlah dgn ape yg ade... bagi hal keduniaan... kita perlu memandang yg lebih rendah dari kita... dan hal akhirat... kita perlu lihat martabat yg lebih tggi dari kita..^_^

    ReplyDelete
  5. subhanaAllah, nice story... ringkas tapi penuh dengan pengajaran.. truskan menulis pnuh hikmah ya sahabat.. :)

    ReplyDelete
  6. terbaik.....suke entry ni...tahniah dapat gak hasilkan entry berkualiti

    ReplyDelete
  7. best best cite nih !!

    samat pose~~ :)

    ReplyDelete
  8. wah2x...bgus la n3 ni...best2x...semakin bersemangat utk trus berpOse. Moge pOse kita smua diberkati Allah...amin... (^_^)

    ReplyDelete

Post a Comment