Definisi Hidup Berbeza


Setiap manusia itu dikurnia atribut berbeza supaya melengkapi antara satu dengan yang lain. Tidak ada manusia yang sama secara total, hatta berkongsi DNA dan nasab keturunan yang sama. Meraikan perbezaan, pendapat dan buah fikiran yang tidak serupa menjadikan hidup ini lebih harmoni. Oleh tu, definisi dan hakikat kehidupan ini dinilai dengan kaca mata yang berbeza.

Setiap manusia yang mukallaf mempu berfikir dan menilai baik dan buruk sesuatu perkara menerusi timbang tara akal dan dari guru bergelar pengalaman. Ramai yang mempunyai pengalaman dan ilmu yang luas lebih memilih untuk berdiam diri berbanding berhujah kosong tanpa matlamat. Ramai yang mempu memberi kritikan dan menimbulkan masalah, tetapi amat minoriti yang mampu memberi huraian penyelesaian. Padahal tujuan utama perbincangan dan perdebatan itu mencari jalan keluar dari kemelut masalah.

Orang yang mempuyai ilmu dan menghormati ilmu ini sangat minoriti. Sugguh pun jumlah yang berdaftar punya sijil ilmu itu ramai, tai tak semua mereka berilmu. Sejauh mana adab mereka dengan manusia lain, tutur kata yang berzikirkan makian, bukan ciri-ciri orang yang berilmu. Setinggi mana juga pencapaian peribadi, bukan tiket mutlak kita melontar maki kepada manusia lain.Kembali ke konteks perbincangan asas, hidup ini dilihat menerusi kaca mata yang berbeza. Mungkin seorang manusia boleh melihat dari aspek berbeza. Apa lagi jika kita kenal lebih ramai manusia. Lebih banyak input yang kita akan lihat dan timbang tara.

Apa juga definisi kita, satu perkara yang pasti ialah dunia ini dihuni oleh manusia yang pelbagai. Tiada manusia tunggal mampu mengawal seluruh alam seorang diri tanpa meminjam khudrat orang lain. Berlaku ihsan kepad setiap makhluk. Kita cuma menumpang, tidak menduduk tetap. Selgi mana ada rasa hamba dalam diri, selagi itu kita akan sentiasa beringat bahawa Allah itu maha luas kuasanya.

Comments