Bala yang menimpa....

Aduhai malangnya hari itu......
Tatkala aku bangun dari tido, aku sedar2 je dah pukul 8! Aku lewat ke tempat kerja!! Tidak!! 
Habislah aku dimarah bos lepas ni!
Maka aku dengan selaju mungkin aku bergegas ke tempat kerja! Aku sudah berazam bahawa aku akan patuh pada masa! Aku segera menyarung helmet apollo ku dan memecut motor C70 dengan kelajuan maksimum gear 3!
Keadaan hari itu sungguh sejuk! Tidak seperti biasa! Tapi itu tidak mematahkan semangatku untuk terus ke tempat kerja!
Lantas aku mencilok kereta sebuah demi sebuah di lebuh raya ini! Bunyi hon kereta memekik tatkala aku mencilok!
Aku langsung tidak pedulikan itu semua! 
Ah! Akhirnya aku tiba di destinasi! Tepat pada masanya!
Tapi aku hairan, kenapa tiada orang di sini??
Aku semakin hairan....
knp kedai di sini juga tutup?


Dan kehairanan ku bertambah....
tatkala awek yang tunggu bas tu semua tgk aku...
Hensem sgtkah aku hari ni??
Bila aku tgk jam...
ARGGHHHHHHHHHHHHHHH!!!!
Rupanya hari ni hari AHAD!!
Mana ada org kerja!
Oh tidak! Kenapa aku hanya berseluar dalam???
Tidak!! Aku semakin malu!!!
Rupanya aku berbaju kemeja, bertali leher, tanpa seluar dan berkasut hitam! 
makkk!!! Tolong aku!!! 
Bala apa aku hari ni!!


Comments