Di sebuah kampung, ada seorang lelaki yang sering berasa tertekan. Masalah tidak habis-habis menimpanya. Sehingga dia ingin membunuh diri. Hatinya tidah pernah tenteram dan sering kali menyalahkan takdirnya. Walaupun dia hidup dalam keadaan yang agak mewah dan selesa, namun hatinya sering tidak tenteram.
Di hujung kampung, tinggal seorang tua yang hanya tinggal di sebuah pondok buruk. Namun, dia selalu kelihatan gembira dan tenang. Lelaki ini ingin sekali mendapat nasihat dan petua dari si tua tadi.
Pada suatu hari, si lelaki tadi tekad untuk mendapatkan petua si tua tadi. Bila ditanya, lelaki tua itu hanya tersenyum dan membawanya ke tapi kolam yang agak luas. Lelaki tua itu memberinya cawan dan sebungkus garam.
"Cuba anak letakkan garam dan air ke dalam cawan ini dan minum."
Si lelaki tadi kehairanan, namun dituruti juga suruhan si tua tadi.
"apa rasanya?"
"Ah! Masinnya!"
"Baiklah, sekarang letakkan garam ke dalam kolam dan minum airnya."
Si lelaki tadi menuruti apa yang disuruh.
"Bagaimana pula rasanya?"
"Masih tawar. Tiada bezanya seperti asal."
"Tahu tak mengapa aku suruh berbuat demikian?" Si lelaki tadi menggelangkan kepala.
"Garam itu umpama garam. Dan cawan itu umpama hati kita. Jika hati kita terlalu kecil untuk menerima masalah, kita akan menerima rasanya. Namun jika hati kita kuat dan cukup besar menampung masalah, kita akan faham bahawa masalah itu hanya untuk mematangkan kita. Fikirlah anak muda. Usiamu masih terlalu muda untuk memikirkan masalah sekecil itu!"
Begitulah kehidupan kita seharian. Apa pun yang kita buat, haruslah menerima dengan hati yang terbuka. Masalah tidak akan habis. Terpulang kepada kita untuk meneganinya secara bijak...

Comments
Post a Comment