Nuffnang

Tuesday, May 7, 2013

Demam PRU 13.

Assalamualaikum semua. Sudah lama rasanya bubble tak menulis di sini. Maklumlah, keadaan bubble ni ikut mood nak menulis. Cuma kali ni ringan tangan nak try application kat android untuk tulis blog kat phone. Wow, mmg best!

Kali ni bubble nak sentuh skit pasal politik kita. Tapi bukan hanya politik, tapi mostly pasal sikap kita terhadap orang lain hanya kerana politik.
PRU dah berakhir dan siapa yang memerintah pun kita dah pilih. Cuma masalahnya demam politik tu masih terasa bahangnya. Hanya kerana kita berlainan haluan politik menjadikan kita berpecah belah. Malah ada anak dan bapa bergaduh kerana berbeza pendapat politik.

Mengapa sampai macam ni jadinya? Ya, semua ni terjadi akobat diri kita yang masih tidak matang dalam bepolitik. Politik tidak sihat akan jadi macam ni la. Mungkin tak keterlaluan bubble katakan macam budak2 bergaduh sebab nak bagitau ayah siapa paling hebat atau sekolah siapa paling best!

Ingat, dalam berpolitik kita mesti jaga ukhuwah kita ni. Ni la punca rezeki kena tahan sebab putuskan silaturrahim. Nak lagi genpak, ada yang tak jadi kawen sebab bakal isteri pilih parti lawan masa mengundi! Adui!!!
Dah nak kawen tu beb.

Apa pun, hope yang baca ni akan muhasabah diri dari masa ke semasa. Kita hidup ni bukan selamanya. Buat yg terbaik dlm hidup kita. Apa pun hujah kita, kita masih manusia yang perlukan orabg lain dalm kehidupan kita. Peace!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...